PART 15

391 29 10
                                    

"Oh god"

Tangan langsung dibawa menutup mulut. Hanya dengan melihat pagar rumah yang besar itu runtuh dan rosak sudah mampu membuatkan SinB terbayang keadaan di dalam. Apatah lagi dia dapat lihat dengan jelas beberapa mayat bergelimpangan di atas tanah dengan darah merata melalui cermin tingkap kereta Kang Daniel itu. Hampir mengalir air matanya apabila melihat keadaan yang sungguh tak dijangka itu.

"Jihoon", Kang Daniel yang sedari tadi hanya diam dan memerhatikan langsung menyeru nama Jihoon.

Jihoon yang berada di tempat duduk belakang menjengukkan kepalanya ke depan melalui bahagian tengah di antara tempat pemandu dan sebelah pemandu. Wajah Kang Daniel dipandangnya. Sedia menerima arahan dari lelaki itu.

"You stay in the car. Biar aku dengan SinB masuk ke dalam dengan yang lain", arah Kang Daniel. Jihoon mengangguk kecil.

"Baik, hyung", arahan diterima dengan hati yang terbuka walaupun sebenarnya kalau boleh, dia nak sangat ikut Kang Daniel masuk. Namun, dia sekarang ini menerima arahan dari Kang Daniel dan pasti ada sebab kenapa Kang Daniel memberi arahan seperti itu.

Kang Daniel memandang SinB pula. Jihoon sudahpun kembali bersandar pada tempatnya. SinB masih lagi memandang keadaan di luar dengan hati yang dipaut sayu. Apatah lagi sekarang ini dia risau dengan keadaan appanya. Apalah yang mereka buat dengan Ho Jin. Selamatkah Ho Jin di dalam bilik kebal itu?

"SinB", panggilan dari Kang Daniel menyentakkannya. Kepalanya langsung menoleh memandang Kang Daniel.

"Hmmm?", sahutnya. Kang Daniel tersenyum nipis.

"Stay in the car with Jihoon. Biar saya dan orang-orang saya je yang masuk ke dalam. Okay?", arah Kang Daniel dengan lembut tapi arahannya itu dibalas dengan gelengan keras dari SinB.

"Saya nak ikut masuk!", SinB mula berkeras. Wajahnya berubah tegang.

"SinB..."

"THIS IS MY HOUSE! Appa saya pula ada kat dalam and I don't know how is he now. So. LET ME IN AND DON'T STOP ME!", kata-kata Kang Daniel terus dicantas dan tinggi suara SinB menyatakan keinginannya.

Kang Daniel menghela nafas ringan. Kepalanya diangguk tanda setuju walaupun hatinya berat ingin melepaskan SinB. Dia teramat risau akan keselamatan wanita itu. Ditambah lagi dengan kepercayaan Ho Jin terhadapnya untuk mengutamakan keselamatan SinB lebih dari segalanya. Tapi nak buat macam mana. Dia tak nak melihat SinB mengamuk di dalam kereta dan tak mustahil SinB akan mencederakan dirinya sendiri.

Melihat anggukkan dari Kang Daniel itu, SinB terus membuka pintu dan melangkah keluar dari kereta itu. Kang Daniel sekali lagi mengeluh berat lalu turut keluar dari situ. Pintu kereta ditutup. Jihoon yang masih berada di dalam berubah tempat ke tempat duduk pemandu. Senang sahaja dia pergi ke situ tanpa perlu keluar dari kereta.

Kang Daniel melangkah menghampiri SinB dan berdiri di sisi wanita itu. Tangannya mencapai jemari SinB yang bersilang lengan ke dada itu lalu dipautnya erat. SinB memandang Kang Daniel. Jarinya juga turut menggenggam jemari lelaki itu. Kang Daniel tersenyum memberi kekuatan kepada SinB tapi SinB hanya mampu tersenyum hambar pada saat itu.

"Please. Jangan mengamuk macam tadi. You scared me", lembut Kang Daniel bersuara. Sungguh dia takut. SinB seolah-olah berubah menjadi orang lain apabila dia mengamuk dan Kang Daniel sangat tidak sukakan akan perubahan itu.

SinB hanya diam. Tidak mengangguk. Tidak juga menggeleng. Hanya senyuman meniti di bibirnya. Dia tak boleh nak menabur janji sebab dalam dirinya, dia memang sudah sedia ada darah baran yang diwarisi dari appanya. Dia juga cuba belajar untuk mengawalnya kerana dia yakin dia akan mampu seperti appanya.

BEAUTY TARGET [Completed✔] (The Watty Awards 2019 •Fanfiction•)Where stories live. Discover now