Hujan lebat membasahi bandar raya metropolitan Kuala Lumpur hari ini. Aku masih di sini termenung ke luar jendela menyaksikan titisan air hujan yang seolah olah mengerti penderitaan ku. Aku ingin sekali keluar dari kegelapan ini dan mencari cahayaku, tapi apakan daya sudah suratan takdir tertulis untukku terus di sini.
Pintu kamar dibuka dari luar, tersembul wajah bapa tiriku, Ayah mansur. Meliar matanya memandang ke dalam kamar mencari aku mungkin?
Belum sempat aku membuka mulut, dia menyoal terlebih dahulu " Myra, kejap lagi ada kawan ayah nak datang.. nanti Myra tolong buatka air, layan tetamu " arah Ayah Mansur lalu tersenyum.
-dan senyuman itu pada pandanganku sangat menakutkan.
Aku diasuh oleh Ayah Mansur daripada umurku belasan tahun lagi semenjak kematian arwah ibuku dulu. Sejujurnya aku juga tidak rela untuk terus diasuh olehnya. Aku tahu perkerjaannya sebagai buruh binaan di siang hari dan malam berkerja sebagai bapa ayam di kelab malam terkemuka itu sedikit sebanyak menganggu gugat keselamatan ku.
Memang selama ini Ayah Mansur tidak pernah mengarah aku untuk melakukan kerja yang keji seperti itu namun kadangkala aku seperti bersubahat dengan maksiat, aku takut.
Aku juga tidak pernah diberi peluang untuk menyambung pengajian , walhal selepas sahaja tamat SPM dulu aku diberikan biasiswa untuk menyambung pengajian di luar negeri tetapi entah atas alasan apa, Ayah Mansur bertindak tegas untuk aku terus tetap di sini.
Kesudahannya aku telah berkerja sambilan di salah sebuah kafe minuman sekitar sini. Terdetik rasa cemburu untuk meneruskan impianku, namun apakah dayaku untuk membantah keputusan Ayah Mansur yang memang terkenal dengan sikap keras kepalanya?
Ah, sudah tidak perlu aku persoalkan lagi.
Bingkas aku bangun dan menyarung tudung bawal milikku. Aku menatap wajahku yang sembap di hadapan refleksi cermin.
Wajah ini yang kehausan cahaya, hmm.
Setelah berpuas hati dengan keadaanku, aku keluar dari kamar beradu untuk menyiapkan air buat tetamu yang Ayah Mansur sebutkan tadi. Aku terserempak dengan Ayah Mansur di ruang tamu . Sibuk benar nampaknya lelaki itu membuat rokok buatan sendiri.
" Myra , kalau boleh tolong masakkan apa apa yang boleh dimasak dalam peti ais tu.. rasanya kawan ayah tu nak makan tengahari sekali di sini " ujar Ayah Mansur senada.
Aku cuma mengganguk. Dalam pada masa yang sama hati tertanya tanya siapa pula rakan yang ingin dibawanya ke rumah kali ini.
Tangan lincah menguis guis peti ais mencari cari jika ada apa apa yang boleh dibuat lauk tengahari. Cuma yang ada telur ayam 3 biji dan juga kacang panjang. Boleh juga dibuat telur goreng masak sambal dan kacang panjang belacan.
Aku menyudahkan kerja memasakku seorang diri. Tidak tahu sama ada Ayah Mansur mahu makan atau tidak terpulang.
Ayah Mansur masuk ke dapur, membuka peti ais mengambil sebotol air galian lalu dibawa ke hadapan. Tidak pula dia merungut atau berkata apa sewaktu melihat apa yang aku masak.
"Myra cepat sikit, kawan ayah nak sampai dah ni " laung Ayah Mansur kuat.
Kelam kabut aku dibuatnya. Usai menyiapkan segala juadah itu aku pun menghidangkan segala lauk itu di atas meja makan. Nasi yang baru ditanak dalam periuk nasi juga diangkut bersama.
Ayah Mansur ikut berdiri disebelahku membantu menyusun pinggan makan. "Maaf ayah, ini aje yang ada " ujar aku serba salah.
Ayah Mansur tersenyum sinis . " Apa pula nak minta maaf, dah memang ini je yang mampu, nak harapkan kau memang tak boleh.. duit kerja tu semua entah pergi ke mana, serupa tak payah kerja " sindir Ayah Mansur.
Hatiku menjerit hiba. Apa dia tidak tahu selama ini duit kerjaku dihabiskan untuk siapa? Untuk apa? Ada diambil cakna? Seharusnya aku yang marah kerana duit gaji 'dia' yang entah ke mana habis untuk berjudi semata.
Tidak mahu terus bertekak, aku menyudahkan kerjaku dan ingin melangkah semula ke kamar, tetapi tindakan Ayah Mansur mencapai lenganku membatalkan hasrat.
"Kau nak pergi ke mana, duduk sini tunggu sampai kawan ayah datang dan makan sekali dengan kami " arahan Ayah Mansur tegas namun bersahaja.
Aku merentap kembali lenganku dari cengkamannya perlahan. " Tak usahlah ayah, makan aje tanpa Myra .. Myra penat nak rehat" dan memang aku maksudkannya.Semalam aku terpaksa pulang lewat ke rumah kerana mengambil over time.
"Jangan nak degil sangat boleh tak, aku suruh makan je bukan buat apa apa pun " tengking Ayah Mansur tiba tiba.
Aku cuma akur. Tidak mahu memancing kemarahannya lagi. Memang pelik sikapnya harini, biasa bukan diambil cakna apa aku sudah makan atau tidak, tup tup harini diajak makan bersama, memang aneh.
Pintu rumah diketuk bertalu talu, menandakan insan yang sangat ditunggu Ayah Mansur sudah tiba ke sini. Aku cuma berdiam diri dan mengambil tempat duduk di kerusi. Aku cepat mencedokkan nasi ke dalam setiap pinggan.
"Sampai pun Tan Sri ke mari, jemputlah masuk dalam rumah saya yang tak seberapa ni " ujar Ayah Mansur merendah diri. Aku yang mendengar omongannya hanya mencebik. Entah siapa siapa dia ajak ke rumah, setahu aku tidak pula dia ada kenalan golongan atasan begitu.
Lelaki yang bergelar Tan Sri itu tersenyum nipis sahaja. Ayah Mansur mengiringi langkahnya ke arah meja makan. " Jadi inilah Nur Amyra yang kamu cakap tu ? Not bad " lancang bukan main mulut Tan Sri ni huraikan aku. Dipandang aku atas bawah buatkan aku rasa -tak selamat.
Hati aku jadi tidak enak. "Err jemput makan ayah dan Tan Sri " ujar aku berbasi sekadar menghormati tetamu Ayah Mansur.
" yang kau tak sabar sabar nak lari ni kenapa, takut ? " gertak Ayah Mansur. Janganlah apa yang aku fikirkan akan berlaku. Memang mereka ni ada niat buruk ke terhadap aku? Atau pun perasaan saja.
Writer note:
Alhamdulilah baby pertama saya untuk acc ni sudah dipublish. Apa pendapat anda tentang bab pertama?
YOU ARE READING
Lelaki Pinjaman Tuhan
General FictionKARYA 1 -by Twinklemashy Kehadiran lelaki itu dalam hidupku ibarat cahaya, menerangi kegelapan dan kesedihanku dibawa pergi seperti angin lalu tak kunjung tiba, dia pinjaman tuhan buatku. -Danial Hakim- sebaris nama yang tidak pernah aku fikirkan ak...