BAB 11 : Skema

182 9 1
                                    

Mataku yang berair sejak dari tadi aku gosok gosok dengan kuat. Melawan perasaan mengantuk masa tengah dengar pensyarah membebel apa kat depan tu macam perasaan orang berjihad untuk mempertahankan negara. Aku hampir tewas sebenarnya ni.

Aku lihat di sebelah mata si dahlia tu bukan main segar bugar. Macam mana dia tahan ? Aku jeles tahu tak. Padahal aku bukan tidur lambat sangat malam tadi, biasa biasa je.

Aku kerling jam di tangan, dan damn! Ada lagi 30 minit sebelum kelas harini tamat. Aku pun belum call papa lagi nak beritahu balik jam berapa. Bukan apa aku takut dieorang kenakan aku lagi macam haritu. Pantang ada peluang memang saja nak dekatkan aku dengan mamat yang tak pernah sebulu dengan aku tu.

Aku kalau boleh tak nak langsung balik dengan dia. Kalau terus balik rumah tak pe, nanti dia bawa aku sekali pergi jumpa kekasih dia tu macam mana? Aku rimas tahu tak.

Sedap aku mengelamun aku dengar orang orang sekeliling semua dah nak siap berkemas. Habis dah ke?

"Ok class dismiss, see you guys tommorow " ujar Prof Suhana di hadapan.

"Err prof, what about our first assignment ? " ciss jadah haram betul ada yang ingatkan benda tu. Habis bergema satu dewan kuliah ni meng-boo-kan gerangan yang bertanya tu. Aku pun tak terkecuali dari mereka juga.

Dan yang paling mengejutkan, lelaki yang tegur aku masa kat tangga tadi tu rupanya! Padanlah nampak nerd.

Prof Suhana tersenyum tenang. Faham dah dengan kerenah students yang memang pantang kena ingatkan pasal assignments.

"Ok cool down everyone..err whats your name boy ? "

"Im atiqull arash , just call me arash " ujarnya.

"Ok arash.. terima kasih kerana mengingatkan saya..by the way pasal tugasan anda semua saya akan hantar melalui emel sahaja..jelas semua ?  Dan tarikh akhir akan saya maklumkan dalam masa terdekat " ujar Prof Suhana tenang dan keluar dari dewan kuliah.

Aku terduduk lemah. Aku tengok ada juga golongan macam aku yang masih belum bersedia nak buat assignment bagai ni. Cuma aku tengok dahlia buat muka rileks je. Aku benci gila ketenangan dia, sumpah!

"Awak kenapa irish? Muka masam je " tegur Dahlia prihatin.

"Saya tak sangka hari pertama kita belajar kat sini dah kena buat assignment " ujarku perlahan.

Aku pandang dahlia bila aku nampak dia macam nak ketawa tapi lepas tu muka jadi serius balik.

"Laaa awak tak tahu ke ? Memang lah life as student tak kan lengkap kalau tiada assignment semua ni..awak kena biasakan diri untuk semua ni, kalau awak rasa susah tak pe saya ada, kalau tak faham apa apa tanya je saya kita boleh discuss "

Terharu juga lah dapat kawan macam ni. Dia tak pandang rendah pada aku langsung pun.

Dan aku masih berkira kira nak mesej papa atau tak. Aku takut diprank lagi. Sudahnya aku tak mesej pun , biar sajalah. Ataupun aku boleh tumpang dahlia je nanti.

Sewaktu kami sudah bergerak keluar dari dewan kuliah dan ingin menuju sebentar ke kafeteria bagi mengalas perut. Telefon pintar ku berbunyi. Aku memberi isyarat supaya dahlia pergi dahulu ke sana. Nama papa tertera di layar. Punah harapan aku.

"Assalamualaikum pa, kenapa telefon ni ? "

"Waalaikumsalam..ni irish balik jam berapa ? "

Lelaki Pinjaman TuhanWhere stories live. Discover now