Kami tiba di hadapan sebuah restoran berkonsepkan barat. Mengikut pemerhatianku dia ingin berjumpa kekasih hatinya di sini mungkin. Tapi, kenapa harus aku yang terpalit sama dalam hal ini?
"Cepat la keluar tunggu apa lagi? Tak habis habis termenung " rungut Danial Hakim lalu turun dahulu dari kereta dan membuka pintu belakang untuk mengambil sejambak bunga yang besar.
Untungnya jadi kekasih dia, keluar makan tengahari saja pun dia akan selalu beri bunga. Jangan terkejut dari mana aku tahu, tadi aku yang kena turun untuk belikan bunga tu. Akak kedai bunga tu yang cerita pada aku sebab Danial Hakim ni regular customer dieorang.
Aku turun dari kereta dan mengikut langkahnya ke dalam restoran itu. Mataku melilau ke sana ke mari mengikut langkahnya. Akhirnya langkah kami berdua berhenti di sebuah meja sudut yang terletak jauh dari pandangan orang. Kekasih dia ni artis ke apa sampai tersorok sorok macam tu?
"Sayang , sorry lambat " ujar Danial Hakim sambil tangannya menghadiahkan sejambak bunga itu yang diletakkan di atas meja.
Mataku terpaku melihat wanita itu. Setahu aku perempuan ni instafamous kot! Puas aku cuba mengingati namanya.
"Its okay, i pun baru je sampai a few minutes ago " ujarnya sambil menarik senyuman manisnya. Aku yang tengok pun boleh terpaku. Bila tengok dia dan bandingkan dengan aku dah macam langit dan bumi. Dia jenis wanita hijabster yang manis menawan aku pula macam perempuan kampung biasa yang cuma tahu berbaju kurung. Jadi segan pulak tiba tiba.
"Siapa yang you bawak ni ? Scandal baru " usiknya lalu pandangannya dihadiahkan ke arahku.
"Nope, she is my sister .. kenalkan ni irish dan irish ni .."
"Antasya rose.. nice to meet you" belum sempat abangku menghabiskan bicaranya aku terlebih dahulu memotong. Dapat ku lihat dari ekor mata wajahnya jelas terkejut. Itulah cakap lagi aku perempuan kampung kolot. Ingat aku tak reti main instagram semua tu.
"You know me ? How unexpected actually " jelas rose lalu menarik senyuman manisnya lagi.
"Sayang, how dare you tak pernah kenalkan i dengan adik you pun ? " nadanya merajuk.
"Not important at all " macam biasa nada mamat tu dingin.
Rose mencebik bibir. " hey, duduklah .." pelawanya lalu menarik kerusi disebelahnya untuk aku duduk. Dia ni nampak baik juga.
Selesai pelayan mengambil pesanan kami. Rose terlebih dahulu membuka cerita. "Sayang.. pelik juga kan ? "
Danial Hakim menayang wajah bingung. Dah kenapa dia ni tiba tiba je. " apa yang pelik ?"
"Yelah.. i selalu kot pergi rumah you, yang i nampak cuma mama dan papa.. adik you ni tak pernah nampak pun ? "
Aku cuma bertindak mendiamkan diri saja. Aku tak punya kuasa veto nak jawab soalan sensitif macam tu. Pandangan mataku hanya jatuh ke arah dia. Nak lihat apa jawapan yang bakal aku dengari.
"Thats not an issue pun kan ? "
"Ok lah since you pun macam banyak sangat nak berahsia lately, suka hati you la" nampaknya kekasih dia ni macam merajuk je. Nak tengok juga sama ada dia pujuk atau tak.
"Ok fine, sebelum ni adik i tinggal dengan nenek kat kampung.. and sekarang baru balik ke sini " akhirnya mulut emas dia tu terbuka juga. Dari tadi yang aku nampak rose je berceloteh sana sini. Agak hambar juga hubungan dieorang ni.
"Oooo i see..lain kali you jangan nak berahsia sangat dengan i, tak lama lagi kan kita nak bertunang ,so you kenalah biasakan cerita every single things about you ok ? " ujar rose ceria.
Nasib engkau lah rose dapat kekasih hati kering macam tu.
"Haa bercakap pasal tunang ni, bila family you nak datang rumah i ? Bukan apa i nak start prepare apa yang patut je "
Rupanya dieorang ni belum ada apa apa ikatan lagi lah maksudnya. Aku tersengih sendiri, belum ada apa apa ikatan tapi beria bukan main lagi. Budak zaman sekarang memang lah macam ni kan?
Lainlah orang susah macam aku ni, tiada masa langsung nak fikir soal ni. Lebih kepada nak fikir macam mana nak majukan diri dan keluarga.
"Chill rose, i tak nak buat apa apa keputusan dalam masa terdekat ni..lemme enjoy my life first and then we proceed.. lagipun i baru je balik aussie , why such in hurry ha ? "
"You ni kan memang tak pernah ambik serius pasal i kan ? Kita bercinta dah lama sejak zaman sekolah menengah lagi.. you dah janji kan habis je belajar nak terus tunang and then kita kahwin ? I sanggup tunggu you kimm " luah rose dengan nada kecewa. Aku yang cuma mendengar pun rasa simpati. Ingat senang seorang perempuan tu nak setiakan hati tak pandang orang lain hanya semata mata kerana seorang lelaki ?
Danial hakim memandang aku sekilas. Malu mungkin pergaduhan mereka didengari olehku juga. Dia seperti menghantar isyarat mata supaya aku berpindah ke meja lain. Aku yang faham terus saja bangun, tak sanggup nak jadi saksi cerita cinta mereka tu. Tak pula dihalang oleh rose, mungkin sibuk melayan perasaan kecewanya.
🍃🍃🍃🍃
Hampir dua jam dalam restoran itu, barulah kami pulang ke rumah. Penat seharian di luar ,sekarang ni aku rasa nak cepat cepat ke bilik dan baring atas katil empuk tu. Sudah selamat kereta mewah ini terparkir di garaj rumah. Ku lihat kereta papa juga ada. Tak kerja ke dia harini?
Pintu kereta aku buka perlahan dan menapak masuk terlebih dahulu . Tapi lenganku cepat direntap dari belakang.
" apa ni main tarik tarik ? Sakitlah " rungutku kerana kesakitan lenganku dicengkam oleh tangannya.
"Aku nak kau tutup mulut atas apa yang jadi tadi, faham ? !" Tuturnya tegas.
Aku merengus geram. " saya tak nak ambil tahu pun lah urusan awak "
Mama melangkah ke arah kami sewaktu kami berdua masih berdiri di muka pintu.
"Laaa awalnya balik .. " soal mama hairan.
"Apa masalahnya kalau balik awal sangat? Mama ni macam nak menghalau kimm dengan irish je " rungut Danial Hakim sambil tangannya dilingkarkan di bahuku. Ya allah maafkan lah aku, kut ya pun lelaki ni ingat sikitlah batas tu. Namun, dalam diam ku ketam perutnya sedikit. Tanda untuk dia lepaskan pelukan haram itu sekarang. Tapi dia buat tak tahu je. Sewel!
"Bukan macam tu...tapi yelah mama nak irish dan kimm bina balik hubungan adik beradik tu, sebab you guys nampak awkward sangat " nasihat mama.
-tapi aku dan danial hakim mengambil untuk masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri saja!
"Maaa, papa tak kerja ke harini ? " soalku .
Mama hanya menayangkan senyuman muslihatnya. Dari matanya aku tahu ini semua agenda mama! Aku tahu papa tak de meeting pun pagi tadi. Hurghh!
YOU ARE READING
Lelaki Pinjaman Tuhan
Ficción GeneralKARYA 1 -by Twinklemashy Kehadiran lelaki itu dalam hidupku ibarat cahaya, menerangi kegelapan dan kesedihanku dibawa pergi seperti angin lalu tak kunjung tiba, dia pinjaman tuhan buatku. -Danial Hakim- sebaris nama yang tidak pernah aku fikirkan ak...