BAB 3 : Hidup

226 11 7
                                    

Perjalanan diiringi muzik klasikal lama, jenis orang klasik dengar muzik mozart, ataupun beethoven? Aku pernah dengar sewaktu aku belajar pendidikan muzik di sekolah menengah dahulu. Sesekali wajahnya disebelah yang tenang memandu aku pandang sekilas. Entah bila perjalanan yang sangat panjang itu akan berakhir.

"Tan Sri nak bawa saya pergi mana ni ? " soalku jujur dan pada masa yang sama takut.

Ya, aku takut. Mungkin kerana terpengaruh dek cerita melayu yang bila seseorang beli kau maknanya dieorang nak buat benda yang bukan bukan terhadap kau -dirty minded.

Tan Sri Razak tersenyum nipis. " Adalah , apa kata Myra tidur dulu.. nanti dah sampai Uncle kejutkan " lembut sekali tuturnya. Berbeza dengan personalitinya sewaktu pertemuan pertama kali di rumah Ayah Mansur.

Huh, teringatkan si Ayah Mansur rasanya buatkan aku mahu mengeluh untuk kesekian kali. Sampai hati Ayah jual Myra untuk kepentingan sendiri?

" dunia ni memang kejam untuk orang macam Myra " luah aku tiba tiba.

"Tapi dunia juga tak kejam untuk biarkan orang macam Myra terasa dikejamkan setiap masa ."

Kata kata dia buatkan aku ingat pada cahaya. Untuk tidak terus berputus asa cari cahaya aku satu masa nanti aku jumpa dia, pasti.

Enggan dibelenggu rasa kekok, aku berdehem kecil . " Sebenarnya di mana Tan Sri jumpa Ayah Mansur ? Kawan lama ? "

"Jumpa di kelab malam tempat dia bekerja "

Aku mengangguk kecil. Perjalanan masih jauh.

                              🍃🍃🍃

"Bangun Myra. " terasa tubuhku digoncang kecil. Terpisat pisat mataku memerhati Tan Sri Razak disebelah yang menghadiahkan senyuman kecil lalu menggosok kepalaku yang berbalutkan tudung dengan perlahan. Cara layanannya mengingatkan ku kepada seorang insan bergelar ayah.

Cepat aku tersedar dan membuka tali pinggang keledar lalu keluar dari kereta mewahnya. Tersergam indah kini dihadapan mataku rumah agam yang sangat besar cukup untuk membangkitkan semula mataku yang kuyu tadi.

"Tercegat apa lagi tu, marilah masuk " pelawa Tan Sri Razak yang sedang elok menanti di hadapan pintu masuk sambil membawakan beg pakaian ku.

Berpasang kaki ku yang kerdil melangkah masuk dalam istananya. Hiasan dalaman memang moden namun masih ada ciri minimalis. Jika untuk seorang lelaki sepertinya tinggal sendiri dan mampu menghias sebaik ini memang wajar diberi penghormatan. Tapi dia kaya apa nak dihairankan?

"Myra tunggu sekejap ya, uncle nak naik atas sekejap "

Aku mengangguk perlahan lalu melabuhkan duduk di salah sebuah kerusinya. Mata meliar ke sana ke mari masih terpegun meneroka setiap inci hiasannya. Indah.

Tapi, entah kenapa dalam banyak banyak perkara mataku tertarik untuk menacap kepada sebuah potret keluarga yang terpampang besar di ruang hadapan itu. Kakiku melangkah meratapi potret bersaiz besar yang diletakkan kemas di suatu sudut.

Bila diamati, dalam potret itu akan terlihat jelas wajah Tan Sri Razak, bersama seorang wanita yang anggun berbaju kurung dan cuma berselendang tetapi masih menampakkan juntaian anak rambutnya , seorang lelaki dewasa berdiri megah di samping Tan Sri Razak segak berkot pejabat dan lagi seorang gadis duduk bersimpuh di sebelah wanita berbaju kurung tadi.

Dan yang menghairankan, wajah gadis itu serupa dengan aku . Terasa sejuk badanku seketika. Mungkin saja pelanduk dua serupa. Dalam dunia ni ada 7 orang muka yang sama.

Sedang aku khusyuk meneliti potret itu dengan kepala yang berat dengan persoalan, bahuku ditepuk perlahan dari arah belakang. Terkejut aku dibuatnya.

" Irish, anak mama " terus sahaja tubuhku tidak semena mena ditarik ke dalam dakapan wanita yang ada dalam potret itu. Kaku tubuhku dalam pelukan hangatnya. Kelibat Tan Sri Razak yang ada di situ aku pandang dengan wajah yang - Tan Sri, myra mohon penjelasan sekarang -

"Irish pergi mana sayang? Mama risau tahu tak .. semua orang cakap anak mama dah mati tapi mama yakin suatu hari nanti Irish akan kembali juga, dan harini terbukti Irish kembali semula pada kami , mama bersyukur " luah wanita itu yang membahasakan dirinya 'mama'.

Ya tuhan, aku benar benar kaku sekarang ni. Siapa pula wanita ini yang memanggilku sebagai Irish?

"Terima kasih bang kerana kembalikan sinar hidup saya, " ujar wanita itu kepada Tan Sri Razak dengan keadaan teresak esak. Aku yang masih terkejut hanya membalas senyuman wanita . Tidak mahu dia merasakan sangat ketara kejanggalanku. Senang melihat dia benar gembira memelukku dan dicium dahiku berkali kali. Terubat rasa rindu dengan arwah ibu.

"Sudahlah Maria, abang rasa elok awak naik atas dan berehat saja.. nanti besok besok pun boleh lepas rindu pada Irish ya? Awak tu bukan sihat sangat " ujar Tan Sri Razak lembut kepada wanita itu.

Pegangan wanita itu kepadaku semakin erat bagai tidak mahu dilepaskan. " mana boleh bang, mar rindu sangat pada Irish.. rasa nak peluk saja sampai besok pagi " ujar wanita itu berseloroh. Diusap wajahku berkali kali dan dicium sekilas.

Aku cuba memberanikan diri melakonkan watak sebagai Irish " maaa, mama naik la dulu ya? Nanti Irish datang teman mama kita boleh cerita sampai besok pagi ok ? " pujukku lembut. Dapat kulihat Tan Sri Razak menarik senyuman kecil.

"Irish janji ya sayang ? Mama rindu " lirih sekali nadanya. Tidak sampai hati aku mendengarnya.

Aku cuma mengangguk kecil dan mampu menghantar wanita itu naik ke kamarnya dengan pandangan mata. Tan Sri Razak yang berada disebelahku aku kerling sekilas.

"Rasanya banyak perkara yang perlu Tan Sri jelaskan pada saya "

"Mulai harini tolong panggil papa " ujar Tan Sri Razak menambahkan kerutan di dahi ku.

" what do you want to prove ?"

"Akan menjadi malam yang panjang untuk kita,i bet "

"Saya perlu penjelasan Tan Sri tentang perkara ni, sampai bila nak biar saya hidup dalam teka teki ? " ujarku senada.

"First ground rules , kalau Irish cakap dengan papa pakai gelaran Tan Sri lagi..papa tak nak jawab soalan Irish ,serious talk. "

"Second , papa rasa tak perlu untuk dijelaskan apa apa sekarang sebab nanti apa yang akan berlaku akan jelaskan satu persatu tentang apa yang Irish tak faham "

Aku yang terasa bagai diperbodohkan. Apa maksud dia ?

"Kalau Tan Sri ada rules , Myra pun nak ada peraturan sendiri jugak "

"Sorry sayang, jangan sampai papa ungkit balik pasal duit tu ..dont make me uhmm orang melayu cakap buruk siku " ujar Tan Sri Razak lalu digosok perlahan kepalaku yang berbalutkan tudung. I hate his touch towards me.

Lelaki Pinjaman TuhanWhere stories live. Discover now