BAB 8 : Meluat

217 11 8
                                    

Kereta mewah ini akhirnya tiba juga ke destinasi. Kebas pinggul duduk lama sangat dalam kereta. Dua tiga kali aku tidur dan bangun balik baru sampai. Kesesakan lalu lintas yang semakin menjadi jadi di ibu kota kuala lumpur ini wajar dipandang serius. Pihak kerajaan mesti memikirkan suatu cara bagi mengatasi masalah sedia ada, bisik hati aku.

Mataku melilau melihat kemegahan bangunan sekitarnya. Tak sabar sungguh rasanya nak sambung belajar di sini. Jumpa kawan baru dan bakal hidup dalam suasana baru.

" kau tunggu apa lagi, turun ah! Jangan sampai aku kunci kau dalam ni mati sia sia je tak cukup oksigen " tegas namun bersahaja 'abang kesayanganku' ni berbicara.

Aku cuma mampu menyumpah seranah dalam hati, siapa suruh menyusahkan dia kan dah mendapat.Belum sempat aku buka pintu kereta, ada yang sedia membuka dari luar. Tiba tiba rasa malu pantas sahaja aku berpura pura untuk memaksa pandanganku tidak jatuh padanya. Pura pura pandang lampu dan jalan.

"Tak de siapa nampak pun lah, gila agaknya tiba tiba blushing... mesti tengah berangan anak raja tolong bukakan kereta kuda kan? " tebaknya sesuka hati.

Aku menjeling tajam . " mana ada, tak tahu ke fitnah tu dosa ? " ha, hambek kau.

" habistu , jadi penipu tu dapat pahala ke ?"

Damn! Kena setepek kat muka aku. Peduli lah aku bukan penipu, cuma nak beri khidmat kepada orang lain. Tuhan aje yang tahu niat sebenar aku.

Malas melayan mulut lancangnya, aku percepatkan langkah meninggalkan dia di belakang. Mahu mengejar masa untuk sesi pendaftaran sebentar lagi.Dia hantar pun dah cukup baik, yang lain aku boleh selesaikan sendiri.

Mataku meliar mencari kerusi kosong di dalam dewan sementara menunggu giliran. Sesekali aku hadiahkan juga kepada orang lain. Saja nak bagi aura positif pagi pagi ni sekaligus buat orang rasa selesa dengan aku. Namun bila aku terpandang kerusi sebelah aku bunyi seperti ditarik aku berpaling sekilas.

"Kenapa awak ikut saya ? Saya rasa awak dah boleh balik kot " ujarku dingin.

"Jangan nak perasan lah..aku ikut kau sebab mama yang suruh, risau sangat takut kau tak biasa benda benda macam ni "

Eleh, poyo je.

"Saya ni memang orang kampung, tapi saya ada otak dan akal.. tak perlu la pandang rendah sangat dekat saya sampai macam tu sekali, saya tahu uruskan diri sendiri " luahku sebal. Fikir aku ni apa, kolot sangat ke?

"Ooo i see, orang kampung rupanya kau patutlah pftt " ujar Danial Hakim sambil menayangkan senyuman sinisnya. Orang kaya memang kena belagak ke? Wajibul ghunnah ke ?

Sudahnya aku cuma bertindak mendiamkan diri dan berpaling ke tempat lain. Sesekali aku lihat dia tersenyum sendiri sambil bermain telefon pintarnya. Bermesej mungkin sampai tak hirau orang sekeliling.

Sedang aku mengelamun bahuku disentuh perlahan. Pandangan mataku jatuh ke arah wanita yang berdiri di sebelahku. Sopan berbaju kurung juga cumanya tidak bertudung. Tapi masih tetap manis.

"Kerusi ni ada orang ke ? Boleh saya duduk ? " soal gadis itu sopan.

Aku cuma mengangguk kecil. Biarlah sekurangnya aku bakal ada teman nak berborak.

"Nama saya Dahlia, nama awak ? " ujarnya lalu menghulurkan tangannya ke arahku.

"Nama saya Irish..selamat berkenalan juga " lalu aku sambut huluran tangannya.

"Awak ambik course apa ? " soalnya tiba tiba.

"Saya ambik course accountancy..awak pula?"

"Ya allah, tak sangka saya dah jumpa bakal classmate saya ..teruja nya! "

Aku cuma mampu tersenyum lebar. Kami juga mula berbual bual dan mula rasa selesa bersama. Akhirnya dapat juga aku jumpa kawan baru dalam masa yang singkat. Nak harapkan orang sebelah aku yang lagi seorang tu jangan mimpi lah. Bila dia buka je mulut mesti akan bergaduh.

"Wey.. lama lagi ke ? "

Aku cuma menjelingnya. " kan saya dah kata, kalau penat pergilah balik dulu.. nanti saya boleh ambik public tranport "

"Kau tak payah nak menyusahkan aku boleh tak? Nanti yang kena marah aku jugak kan"

"Kalau dah tahu bosan..pergilah jalan jalan ke apa ke, saya boleh urus diri sendiri " luahku geram . Cadangan ku nampaknya diterima baik olehnya, bosan bertekak danial hakim mengambil keputusan untuk bangun dan beredar dari situ.

Dahlia yang sedari tadi cuma menjadi pemerhati baru berani membuka mulut. "Siapa tadi tu ? Boyfriend awak eh ? "

Tersedak aku tiba tiba. Mana entah dapat idea nak tanya macam ni.

"Hee bukanlah, dia abang saya " sumpah rasa nak muntah bila aku cakap macam ni.

"Maafkan saya, tak nampak macam korang ni adik beradik tapi lebih kepada pasangan bercinta ..macam lebih kurang je " ujarnya lalu ketawa kecil.

Aku hanya mampu menggeleng. Dalam hati ni ya tuhan persepsi orang ni ada kalanya memang tak logik langsung.

🍃🍃🍃🍃

Usai sesi pendaftaran di kolej tadi, kami menuju untuk pulang ke rumah. Mujur juga ada Dahlia boleh juga buat peneman di sana tadi. Nak harapkan mamat yang tengah drive ni hampeh.

Aku cuma merehatkan kepala dan menyandar di kerusi. Letih seharian memakai tudung. Sebenarnya aku ni jenis tak boleh pakai tudung lama lama sangat sebab mudah pening kepala. Tapi, dalam pening pening pun otak aku masih berjalan lagi. Cepat sahaja dia proses bila aku terpandangkan jalan yang agak berlainan yang kami lalui kali ni. Yang pasti ini bukan jalan balik ke rumah.

Aku mula rasa cuak.

"Awak nak bawak saya pergi mana? Setahu saya ni bukan jalan balik ke rumah kan ? " soalku tegas.

"Haah memang pun.. aku dah janji dengan bapak ayam nak jual kau , untung badan mahal jugak tawaran yang dieorang bagi..kalau melepas memang rugi " selamba danial hakim berkata walhal dalam hati dah gelak gelak jahat nak tengok reaksi dia nanti.

Pucat muka aku jadinya. Serius ke dia ni?

"Awak jangan nak main main boleh tak ?! Ingat kelakar ke ha ! "

"Ada nampak aku macam buat lawak ke sekarang ni ? "

Meluatnya aku rasa sekarang ni. Lebih baik aku diamkan diri saja dari melayan mamat sewel ni.

Belum sempat danial hakim ingin mengusik lagi, telefon pintarnya berdering minta diangkat. Merengus perlahan nadanya kerana menganggu rancangan jahatnya lagi. Namun, saat terlihat nama yang terpapar di skrin senyumannya mekar kembali.Sesekali dikerling gadis disebelah muncung dah panjang boleh buat penyangkut baju.

"Hello sayang " tutur Danial Hakim sewaktu panggilan diangkat.

Aku yang berada disebelah tersentak. Tapi masih menayangkan reaksi bosan. Bukan urusan aku pun kan?

"I miss you too sugar, kejap lagi i sampai ok " oh manisnya kata kata dia buat perempuan semua cair tak gitu? Tapi aku rasa meluat adalah. Sesekali aku nampak mata dia kerling aku juga. Nak bagi aku cemburu ? Please lah.

Lelaki Pinjaman TuhanWhere stories live. Discover now