Bunyi guruh sabung menyabung berjaya membangkitkan aku daripada lena. Jam digital yang terletak di sebelah meja kecil aku capai. ' dah pukul 3:00 pagi ' bisik hatiku. Mulut yang terbuka luas untuk menguap aku tutup dengan sebelah tangan. Mengantuk. Aku pandang sekeliling . Tiba tiba rasa haus yang amat .
Tudung ekspres milikku yang tergantung di hujung katil aku capai dan sarungkan di kepala. Pintu kamar dibuka perlahan. Aku lihat di luar keadaan gelap gelita. Aneh juga, biasanya sebelum mak kiah pulang pasti semua lampu akan dibiarkan terbuka dahulu. Maklumlah rumah agam ni besar. Mahunya sesat kalau dibiarkan bergelap.
Hatiku rasa tidak enak . Aku ni takut kepada kegelapan sebenarnya, yang buat jadi lagi takut sebab bunyi guruh tu. Memang menguji ketabahan aku betul. Namun, mahu tak mahu aku kena beranikan diri juga... rasa kering tekak ni mengatasi segala galanya.
Fikir positif myra! Kau boleh!
Ok. Baik.
Aku percepatkan langkah melintasi beberapa buah pintu kamar sebelum berjaya tiba di anak anak tangga menuju ke dapur. Menyesal pula aku tak bawa telefon sekali, boleh juga dibuat untuk suluh apa apa. Tawakal habis aku ni.
Namun apabila tiba di anak tangga yang terakhir aku dapat merasakan seperti ada benda yang menghalang dan lalu secara tidak sengaja aku tersilap langkah memijak anak tangga dan ya! Suara aku bersatu dengan suara itu. Aku punya baik landing dekat tempat yang empuk.
" hoi ! Kau ni pahal " jerit suara itu betul betul dihadapanku. Serentak lampu dibuka. Wajah mak kiah yang jelas terpisat pisat mata menjengah pandangan. Tapi , baru aku perasan yang aku jatuh betul betul atas badan dia. Jadi bayangkan sajalah posisi aku dengan dia macam mana?
Rasa apa?
Horny?
Bullshit! Rasa berdosa! Cepat aku bangun dan menepuk nepuk baju tanda kejijikan yang melampau.
"Maaf.. saya tak sengaja" tuturku perlahan seraya kepala ditundukkan. Dia yang masih menjeling ku sekilas lalu melanggar sedikit bahuku sewaktu dia melintasi jasadku untuk naik ke atas. Hampir saja aku jatuh lagi. Boleh tahan kuat juga dia langgar.
"Kenapa ni myra? Mak kiah dengar bunyi menjerit tadi... tahu tahu je kamu berdua dah tergolek dekat depan tangga ni " soal mak kiah dengan nada perlahan. Mata kuyunya dipisat pisat dengan kuat.
" tak de apalah... salah faham je tadi " ujarku ringkas. Penat mahu berterus terang. Hasrat murni ku yang mahu dilunaskan tadi terbantut. Hilang mood jadinya.
🍃🍃🍃🍃
Subuh itu aku bangun sedikit lewat. Mujur juga harini kelas cancel. Aku kerling jam di sisi, baru sahaja menginjak ke jam 8 pagi. Automatik tangan ku naik menyentuh dahi. Fuh, panas.
Aku demam agaknya , tekak pun sudah menjadi kering. Payau. Itu belum tambah lagi pakej kepala pun naik pening saja ni. Berangkai rangkai pula sakit yang aku dapat harini. Tak baik untuk aku merungut kan? Bukankah tuhan bagi sakit tu sebagai tanda nak hapuskan dosa! Patutnya aku kena bersyukur.
Aku tidak bangun daripada katil sebaliknya menyandarkan sahaja kepala ke katil. Pintu bilik aku pandang sayu.
" kenapa harini rasa pintu tu jauh macam kena rentas laut cina selatan hmmm " rungutku sendiri. Rasa nak telan analgesik buat hilang sakit sekejap, kejap pun jadilah. Baru aku teringat yang aku masih ada kerja projek yang kena disiapkan harini dengan rakan rakan aku. Tapi kalau begini gayanya nak discussion apanya? Nak gerak waima seinci pun rasa sengsara.
Telefon pintarku berbunyi tanda ada pesanan diterima.
Dahlia :
Irish ! Awak jadi ke nak turun discussion sekali? Kalau tak sihat tak pe nanti saya inform awak kemudian lah .Received !
Mesej itu aku pandang dengan wajah yang penuh tanda tanya. Macam mana dia tahu aku tak sihat? Sejenis psikik ke apa ?
Irish :
Awak ni hebat kan? Macam mana tahu saya tak sihat ni ? Oh lupa awak kan sayang saya lebih huhu 💕Sent !
Sempat lagi aku buat lawak swasta. Biasalah sejenis myra yang kelakar.
Dahlia :
Thanks buat saya gelak, by the way bukan awak ke yang suruh abang awak beritahu saya tadi ? Nasib baiklah dia tu sejuk mata memandang , tak lah penat saya datang nak jemput awak tadi hahah . Dapat cuci mata pun ok .Received !
Kejap.
Macam mana yang mamat tu pula boleh tahu aku demam ni ? Dia masuk bilik aku ke tadi ? Dah la aku tak pakai tudung apa semua. Faham faham sajalah gaya aku kalau tengah tidur macam mana. Kot terselak nampak benda yang tidak sepatutnya . Aduh , tak kan lah aku nak menutup aurat sepanjang masa. Susah hidup aku .
Kepalaku yang memang tengah pusing aku ketuk berkali kali. Bencinya dengan diri sendiri. Beria ria kot aku jaga maruah selama ni.
Pintu bilik terbuka daripada luar. Pantas mataku memandang. Wajah Danial Hakim menjengah pandangan mata. Memandangku selamba.
Baru aku tersedar yang aku belum menutup kepala dengan apa apa lagi. Aku menjerit tiba tiba.
"Hey! Pergi tunggu dekat luar dulu boleh tak ? Tak nampak ke saya belum bersedia lagi .. " marahku dengan perlakuannya. Dah la pandang lama tak lepas lepas.
Terus sahaja selimut aku tarik dan balutkan kemas kemas di kepala. Aci main redah sajalah asal bertutup.
Selepas itu barulah dia masuk semula sambil menatang dulang yang terdapat semangkuk bubur dan secawan air masak. Oh ya dan tidak dilupakan seperti biasa gayanya yang kasual sambil memakai apron.
Husband material ke idok ?
" nah makan ni ? Aku bawa panadol sekali "
Aku masih menjelingnya. Dia membalas kembali pandanganku dengan riak wajah bosan.
" dah kenapa pandang aku macam tu ? Marah sangat aku nampak kau tadi ... heh tak luak pun lah "
Fuh, belagaknya.
" ini bukan masalah luak ke tidak , tapi awak ni memang tak sensitif langsung ke dengan aurat perempuan ? Suka hati awak je masuk bilik saya , sentuh saya ? Apa awak ni ? Saya tak nak sebabkan awak , orang lain fikir yang bukan bukan pasal saya " bebelku .
"Wait.... kau cakap aku sentuh kau ? Bila masa ..."
"Jangan nak pura pura tak faham .. kalau awak tak sentuh habistu macam mana awak tahu saya demam ? " sengaja aku perangkapnya.
Aku nampak wajah Danial Hakim jadi blur. Asal dia ni ? Clueless sangat ke , huh!
" kalau orang cakap kau bodoh kau marah tak ? "
Aku bengang . " mestilah saya marah, tak kan nak happy pula "
" thats it, tapi tulah this time aku terpaksa juga cakap kau ni bodoh sebenarnya , im sorry "
Aku rasa macam nak tumbuk dia ni. Pagi pagi nak naikkan darah aku dah kenapa?
"Kalau naik sini nak sakitkan hati saya , untuk apa ? You better get out from my eyesight " marahku dengan nada geram.
"Ok fine, but sebelum aku turun aku nak cakap sikit " sambung Danial Hakim lagi.
Aku sekadar mendiamkan diri , memberi laluan kepadanya.
" for your information , mrs bimbo, i never touched my innocent finger towards you without put something between our skins just in case to prevent our skins from be contact to each other, and yes maybe aku nampak jahil tapi aku tahu batas aku macam mana dengan kau... " dia berjeda sebentar sebelum merapatkan lagi wajahnya ke arahku . "And one more thing, cara orang macam aku check orang yang demam macam kau , definitely i used thermometer , not using my hands .. remember that .. in case " ujarnya sebelum bergerak meninggalkanku dengan senyuman sinisnya.
Ok, sumpah malu!
Bercakap tak pakai otak sangat kan.
YOU ARE READING
Lelaki Pinjaman Tuhan
Ficción GeneralKARYA 1 -by Twinklemashy Kehadiran lelaki itu dalam hidupku ibarat cahaya, menerangi kegelapan dan kesedihanku dibawa pergi seperti angin lalu tak kunjung tiba, dia pinjaman tuhan buatku. -Danial Hakim- sebaris nama yang tidak pernah aku fikirkan ak...