BAB 12 : Tersentuh

221 11 7
                                    

Suasana dalam masjid malam ini agak padat. Mata yang sudah kuyu menahan kantuk aku gagahkan juga untuk mendengar ceramah takut terlepas apa apa isi penting. Aku ni pun agama cetek lagi, masih banyak perlu aku belajar.

Tapi sumpah aku penat gila sekarang ni. Balik dari kelas dengan tak mandi mamat ni terus angkut aku ke sini. Dah la macam gaya penculik tapi bila aku tahu dia nak bawa aku ke sini terus tak jadi nak marah. Bukan salah pun kan? Tapi cara dia je salah.

Perut yang berkeroncong aku usap usap perlahan. Aku lapar sangat. Pagi tadi kat kolej aku makan apa je ? Satu bungkus roti gardenia. Mana cukup weh! Tambahan pula aku tak sempat nak sarapan pagi tadi sebab bangun agak lewat.

Tahankan ya myra, apalah sangat tunggu beberapa puluh minit sebelum ceramah habis. Tiba tiba aku rasa mengidam nak makan burger tepi jalan uhui! Sedap tu.

Kalau dia sudilah nak turunkan aku tepi jalan tu, bukan aku yang bawa kereta kan.

Selesai ceramah , kami pun bersalam sesama jemaah wanita. Kain telekung kepunyaan masjid aku buka dan aku letakkan kembali di tempat yang disediakan. Tudung yang terletak di atas kepala aku kemaskan kembali. Ku lihat refleksi cermin mataku kuyu. Dah serupa sepupu sepapat kung fu panda je.

Aku keluar dari ruangan solat wanita dan mencari kelibat lelaki itu. Aku lihat dia duduk di  tangga hadapan sambil bermain telefon pintarnya. Kenapa harini dia nampak lain sangat ? Aku mati mati ingat dia ustaz ke pak imam masjid ni huhu.

Aku tepuk kuat bahunya dari belakang.

"Jom kita balik " ujarku perlahan.

Dia tidak menjawab sebaliknya bergerak ke arah keretanya.

Tak habis habis nak jeling aku. Sumpah mata kau jadi buta tahulah.

                           🍃🍃🍃🍃

Sepanjang perjalanan balik ni perut aku beberapa kali berkeroncong. Aku tahankan je sebab tak mahu menyusahkan dia lagi. Aku harap dia tak dengar sangat la.

Sesekali mataku terpandang deretan kedai burger di sepanjang jalan. Ya tuhan menggoda sungguh!

"Kadang orang pandai susah juga kan? Ada otak tapi benda basic pun tak boleh buat "  ujar dia tiba tiba.

Aku menoleh sekilas. "Apa maksud awak ni ? "

Dia tak membalas sebaliknya aku lihat dia seperti memberhentikan kereta ke tepi di bahu jalan. Dia terus mematikan enjin dan keluar dari kereta. Aku yang terpinga pinga cepat cepat keluar.

Aku tak tahu dia nak pergi mana cuma aku ikut saja langkahnya yang berhenti di sebuah food truck. Yang paling aku teruja semua jenis burger ada dijual di situ. Dia ni boleh baca isi hati aku ke macam mana ?

Sewaktu kami melabuhkan duduk aku tidak habis habis tersenyum. Dia ni rupanya sweet juga kan?

"Kau dah kenapa tersengih sengih macam tu, seram pulak aku "

Aku tarik nafas sejenak. " terima kasih sebab bawa saya datang sini , saya minta maaf sebab selalu susahkan awak je " luahku bersalah. Mesti dia dengarkan bunyi perut aku tadi?

Danial hakim tiba tiba tergelak. Serius la perempuan ni mencuit hati betul. Perasan!

"Kenapa awak gelak ? " soalku aneh.

"Haha serius ah, aku rasa dah boleh stop kot lakonan kau ni... dah tak valid " ujar danial hakim sambil sambung gelak . Terkeluar air mata sebab terlampau lawak.

Aku rasa pelik. Apa masalah dia ni?

Danial hakim masih dengan sisa tawanya. "Kau ingat aku datang sini sebab kau ke? Eh, sedarlah diri tu sikit !? Kau ingat kau siapa yang aku nak kisah pasal kau ? Berpijak la pada bumi yang nyata. Aku datang sini sebab nak belikan makanan untuk rose, dia pesan kat aku suruh belikan .. and ada aku suruh kau turun ke dari kereta tu tadi ? Tak kan ? Kau yang memandai ikut " ujar dia dengan nada sinis lalu memandang kembali skrin telefonnya.

Entah kenapa aku rasa tubir mataku kian memberat. Enggan dikatakan wanita lemah aku tarik nafas dengan perlahan. Dengan harapan rasa hibaku dapat diusir.

"Sayaa.. tunggu dalam kereta " ujarku lalu bangun berdiri dan masuk dalam kereta semula.

Aku malu sangat sangat. Aku rasa diri aku sebagai seorang perempuan yang loser. Aku ingatkan dia singgah sebab aku, sebab dia dengar perut aku berbunyi tanda aku lapar. Tapi, kau ni bodoh myra! Kau bukan siapa siapa dalam hidup dia. Kalau kau mati kelaparan sekali pun bukan masalah dia.

Hina sungguh aku rasakan martabat aku sekarang ni. Buatkan aku rasa nak ikut arwah ibu .

Entah bila aku terlelap dengan linangan air mata diselangi bunyi perut yang bergendang kelaparan.

                          🍃🍃🍃🍃

Bila aku buka mata, kami sudah selamat sampai di rumah. Lama juga aku tidur. Dia tak kejut aku langsung pun. Aku angkut semua barang dan masuk ke dalam rumah. Peduli lah dia , yang aku tahu malas nak bertembung dengan dia lagi dah. Kalau ya pun benci, berperikemanusiaan lah sikit.

Keadaan rumah gelap gelita. Aku tengok jam di dinding dah masuk pukul 12:00 malam. Pergh, lama sangat ke dia dekat kedai tadi tu? Mesti semua dah masuk tidur .

Aku masuk ke dapur terlebih dahulu mencari makanan, kot kot ada mak kiah tinggalkan lauk untuk aku ke kan? Laju kakiku melangkah ke dapur. Tak menyempat mandi ataupun tukar baju.

Aku angkat tudung saji di atas meja. Tapi hampa kosong.

Ya allah lagi rasa nak menitis air mata aku ni. Walaupun dulu masa aku duduk dengan ayah mansur dan kami susah tapi tak pernah sekalipun sampai aku tak makan apa apa walaupun sehari. Nampaknya aku terpaksa tahankan saja sampai besok pagi. Lagi pula kalau nak masak maggi kat rumah ni memang tiada. Mak kiah cerita orang kat rumah ni menjaga kesihatan katanya jadi makanan segera macam tu memang diboikot awal awal.

Sudahnya aku tutup semula lampu dapur dan bergerak ke depan. Tapi perjalananku dihalang. Heh, dia ni lagi.

"Maaf, tolong beri laluan " ujarku dingin.

Dia tidak mengendahkan sebaliknya menarik lenganku mengikutinya. Pandangan matanya mengarahkanku duduk di meja dapur itu. Aku berpaling.

"Tolong la, saya dah penat dan nak rehat..esok pagi saya ada kelas awal "

"Kut ya pun penat, alas la perut tu dulu..nanti kalau kau sakit siapa susah ? Cukup la kehadiran kau dalam rumah ni dah menyusahkan aku . Tak payah nak susahkan mama dan papa aku sekali " ujarnya tegas dan  meletakkan bungkusan makanan itu dihadapanku.

"Apa ni ? "

"Benda yang dah tahu tak payah ditanya banyak kali, buang masa .. tunggu apa lagi makan jelah.. karang tak memasal aku dituduh nak bunuh anak orang pulak " ujar danial hakim sambil menuangkan segelas air oren lalu dihidangkan dihadapanku. Kemudian ditinggalkan aku seorang diri di dapur.

Saat aku ingin membuka bungkusan makanan itu , mataku tertancap pada suatu sticky note yang elok dilekatkan di atasnya.

           -Im sorry, enjoy your meal :)

Terlakar segaris senyuman dibibirku. Rasa macam bahagia eh?

Lelaki Pinjaman TuhanWhere stories live. Discover now