Harini aku dan mama meluangkan masa yang berkualiti berdua. Bermacam macam jenama barangan yang dipaksa untuk aku menerimanya. Sudah ku tegah namun mama masih memaksa ku. Katanya sudah lama tidak membelanja anak kesayangannya seperti selalu.
Indahnya jadi kau 'irish'. Hidup macam dalam syurga.
"Irish, dah sudah ke makan tu ? Lepas ni mama nak bawa irish jumpa kawan baik mama..dia owner spa, mama nak suruh dia groom sikit muka irish..nampak kusam sangat sayang..kalaulah mama tahu mana irish hilang sebelum ni, kan bagus? Berbeza sungguh anak mama jadinya " ujar mama sambil memandang aku yang masih terkial kial hendak menggunakan sudu dan garfu ketika makan.
Pada mulanya aku tak tahu langsung hendak memesan makanan apa. Maklumlah aku tidak pernah masuk ke dalam restoran mewah seperti ini. Sudahnya mama yang memesankan makanan untuk aku.Aku cuma akur mengikut. Hendak menyebut nama makanan itu juga berbelit belit. Kalau dilihat harga yang terpampang buatkan aku serba salah sahaja mahu memesan .
"Ermm, irish minta maaf kalau menyusahkan mama " luah aku tiba tiba. Walhal aku sudah tahu jawapannya, masakan dia akan merasakan terbeban sedangkan melabur untuk darah daginya sendiri.
-tapi aku bukan darah dagingnya.
"Apa yang irish merepek ni..irish kan satu satunya anak perempuan kesayangan mama dan papa , i will sacrifice anything for my daughter remember that "
Melihat kesungguhannya aku terharu. Tapi sampai bila kebahagiaan ini tuhan akan pinjamkan pada aku kan? Sampai masanya nanti kebenaran akan kunjung jua. Nanti bila ingatan mama maria sudah pulih , mungkin dia akan dapat menerima hakikat yang anak gadisnya sudah lama meninggal dunia. Semua ini hanya sementara. Oleh sebab itu aku rasa biarlah aku nikmati bahagia sementara ini sebelum direnggut kembali.
"Terima kasih mama " ujarku lalu ku genggam jari jemarinya bertaut dengan aku.
Belum sempat mama membalas, telefon pintarnya berdering minta diangkat meleraikan tautan jemari kami. Nama yang tertera di layar skrin tidak pula sempat aku lihat cuma dipandang sekilas. Biarlah bukan urusanku mungkin saja Tan Sri Razak yang mahu bertanya tentang keberadaan kami memandangkan sudah sehari suntuk di luar.
"Errmm hello? Who's on the line ? " sapa mama dengan suara terujanya.
Dapat kulihat wajahnya yang teruja makin bertambah berseri seri. Sekali sekala tawanya menghiasi wajahnya yang ayu bak sofea jane itu.Entah apa yang menghiburkan.
"Emm ya, i will get back as soon as possible ,maybe right after our spa time ok ? " ujarnya sambil memandang aku sekilas yang masih khusyuk dengan makanan ku. Nikmat jelas terasa.
"Siapa call maa ? Happy semacam je irish tengok " soalku sekadar berbasi basi.
"Papa .. katanya ada suprise untuk kita balik nanti, sibuk suruh kita balik cepat cepat.. tak sabar sungguh " seloroh mama lalu tersenyum.
Oh, kejutan lagi. Agaknya apa ya?
🍃🍃🍃
Selepas sesi spa kami tamat, terus sahaja kami langsung pulang ke rumah. Berbeza sungguh keadaan wajahku yang terawat berbanding sebelum ini. Sesungguhnya pengalaman ini tidak akan aku lupakan sampai bila bila.
Kenderaan yang membawa kami tiba di halaman rumah. Aku menawarkan diri membantu mama untuk mengangkat semua beg beg plastik membeli belah ke dalam rumah. Sudah mama tegah tapi aku berdegil juga.Entah apa yang kami beli banyaknya sampai begini.
"Haih, senyap je rumah ni.. kata ada suprise bagai " ujar mama memecah keheningan dalam rumah agam itu. Mataku ikut turut sama meliar memandang ke sana ke mari. Hampa keadaan jelas terasa sunyi.
"Mama ! " terus sahaja mataku ikut sama memandang ke arah suara garau yang agak husky datang dari arah dapur. Terkedu aku.
" ya allah , kimm bila balik ? Tak beritahu mama langsung pun. " laju sahaja mama melangkah pergi meninggalkan aku sendiri dan menuju ke dalam dakapan lelaki itu. Aku lihat penyatuan dua anak beranak itu dengan perasaan sebak.
Pada masa yang sama ingatanku giat berputar. Inilah lelaki yang di dalam potret keluarga mereka. Mungkin sahaja dia anak sulung puan Maria dan Tan Sri Razak.Aku mula jadi kekok, entah bagaimana penerimaanya terhadap aku kan ? Harap saja Tan Sri Razak sudah memberitahu perkara sebenar.
"Sebenarnya dah sampai semalam, tapi kimm singgah tidur hotel... tak nak kacau mama tu yang datang buat suprise pagi ni heheh " ujar lelaki itu dengan senyuman manisnya. Ada lesung pipit juga!
"Apa pula macam tu , patutnya lain kali balik terus ke sini tahu ? " ujar mama lalu dikepit hidung lelaki itu dengan jarinya. Diusap juga rambutnya sehingga berserabai . Hai, comelnya
Cepat aku tersedar dengan emosi sendiri. Siapalah kau Myra nak berangan.Keluhan kecilku didengari oleh mama . Aku yang masih berdiri statik di tempat tadi lantas dihampiri oleh mama dan lelaki itu. Itu pun lepas mama memaksa lelaki itu untuk datang ke arah ku juga. Jelas terlihat riak wajahnya yang dingin setiap kali pandangan mata kami bertemu.
"Irish kenapa ni ? Macam tak excited je abang kimm dah balik , hmm ? Tak nak cium, peluk abang " usik mama lalu pandang ke arahku.
Aku yang malu diusik terus sahaja pandang ke bawah lantai. Bercampur baur perasaanku. Antara malu dan rasa berdosa.
Gila kau nak dipeluk , cium lelaki yang bukan mahram macam ni ?
Aku cuma mampu melemparkan senyuman manis itupun ke arah mama. Wajah lelaki itu langsung tidak aku pandang lagi. "Irish, naik atas dulu lah ya ? Nak simpan barang " terus sahaja aku dapat idea nak larikan diri daripada situasi yang awkward macam ni.
Mama mengangguk faham dan ku jeling sekilas lelaki itu menarik senyuman sinisnya. Sedar kehadiran ku dalam keluarganya cuma penganggu." Nanti jangan lupa turun, kita makan sama ya " ujar mama kepadaku sebelum aku berlalu ke atas.
"Pelik la irish ni, biasa kalau kimm balik dialah yang paling teruja nak lepas rindu.. ini tak dipandang langsung muka kimm hmm " luah mama seorang diri.
"Maybe we're mean to be stranger after all " terpacul jua rasa hati danial hakim.
"Nonsense kimm, maybe sebab lepas kes kehilangan irish kamu berdua dah lama tak jumpa dan hubungan kamu jadi kekok, thats all. "
Danial hakim mencebik bibir . " for what im seeing, she is even not my precious irish i mean ours , dont you think so ? " ujar Danial Hakim tiba tiba.
Tan Sri Razak yang kebetulan terdengar perbualan mereka cepat sahaja memotong perbualan sensasi tersebut. "Kimm, please ? Not now " ujar Tan Sri Razak mengingatkan. Wajah Puan Maria yang keliru itu membimbangkan hatinya. Sudahlah isterinya itu masih belum pulih sepenuhnya. Ingatannya tidak boleh terus dipaksa untuk mengingati kejadian yang lalu nanti akan menjejaskan kesihatannya.
Danial Hakim menayang wajah cemberut lantas bergerak ke ruang dapur. Hatinya sakit. Perempuan tu perampas dan pemusnah kebahagiaan keluarganya. Dasar materialistik. Sudahlah orang asing , entah siapa siapa papa angkut menjadi keluarganya. Yang penting dia langsung tak terima walau sekelumit pun.
YOU ARE READING
Lelaki Pinjaman Tuhan
General FictionKARYA 1 -by Twinklemashy Kehadiran lelaki itu dalam hidupku ibarat cahaya, menerangi kegelapan dan kesedihanku dibawa pergi seperti angin lalu tak kunjung tiba, dia pinjaman tuhan buatku. -Danial Hakim- sebaris nama yang tidak pernah aku fikirkan ak...