Suasana di meja makan malam tu senyap dan sepi sekali. Cuma sesekali terdengar dentingan sudu dan garfu berlaga dek pinggan kaca yang dipakai. Sesungguhnya kehidupan mereka yang terlalu mewah ini buatkan aku rasa tak selesa pada masa yang sama.
Aku langsung tidak turun dari bilik sejurus insiden tadi. Sedar akan kehadiranku di sini langsung tidak diterima baik -olehnya. Itu pun selepas mak kiah naik sendiri ke atas untuk menjemputku makan malam bersama mereka. Kasihan mak kiah, kalau boleh tidak mahu menyusahkannya lagi namun di antara maruah dan egoku yang menebal dan tinggi melangit lebih diagungkan.
Tan Sri Razak yang nampaknya sudah lama menyudahkan makan membersihkan mulutnya yang sedikit comot terkena nasi dan lauk sekadar membersihkan. Berdehem perlahan tanda ada sesuatu ingin dikatakannya. Kami menanti dengan sabar.
"Kimm, since kamu dah balik..nampaknya kimm dah boleh get ready your physical and mental untuk you know for upcoming progress hmm ? " ujar Tan Sri Razak lalu matanya tepat menatap anak lelakinya itu.
Aku lihat dari ekor mataku, danial hakim yang duduk berhadapan ku cuma mengangguk faham. "Sure pa, kimm pun dah lama tunggu saat ni.. tak sabar nak kaut semua harta papa" seloroh danial hakim.
Tan Sri Razak senyum segaris. Ada ada saja anak bujangnya ni.Namun, tidak lama selepas senyumanya cepat dipadamkan dan matanya beralih menatapku pula.
"Irish still minat untuk continue studies? If you dont mind nanti papa tolong carikan a few private university untuk irish , hmm? So macam mana ? " pelawaan papa itu jelas membuka lembaran baru dalam hidupku. Memang impian aku sejak dari dulu lagi untuk meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.
Tapi, apa pandangan lelaki dingin dihadapanku ini terhadap aku? Mungkin dia akan bertambah membenci aku dan menganggap aku cuma mengikis harta keluarganya. Lagipun aku bukan siapa siapa.
Belum sempat aku membuka mulut, mama menyampuk terlebih dahulu " kalau boleh mama nak irish cari universiti yang dekat sini je ya, tak payah la sampai nak ke luar negara.. cukup la abang kimm suka tinggalkan kami " ujar mama sedih.
Danial Hakim hanya menayang wajah bosan."kalau kimm tak de sekali pun kat rumah ni, sama je maaaa...kan semua orang dah ada pengganti kimm " luahan straight forward danial hakim sedikit sebanyak menganggu emosiku. Jelas terlihat perasaan bencinya terhadap aku.
"Apa pulak ke situ kimm, dua dua pun anak mama .. mama dah cuba bagi kasih sayang sama rata to both of you, kimm kenalah mengalah sikit sayang.. you're eldest son "
"Kimm tak mahu kongsi mama dengan siapa siapa pun, especially stranger "
Berdesup hatiku. Ya, aku faham akulah orang asing tu.Enggan berlama lama di situ, nasi yang masih berbaki dalam pinggan tidak selera lagi untuk dijamah. Terus sahaja akalku mengarah untuk bangun dan keluar dari situasi tegang ini.
Bunyi kerusi yang ditolak ke belakang menarik perhatian mereka untuk mengalih pandangan ke arahku yang tiba tiba sahaja bangun. " dah habis makan ke ? Ada banyak lagi ni lauk kegemaran irish tak bersentuh langsung " soal Tan Sri Razak bertanya penuh prihatin.
" err, tak pelah irish dah kenyang.. nak masuk tidur dah "
" hmm still early, i mean if you dont mind its never too late for our night conversation .. banyak papa nak kena bincang dengan irish regarding your university intakes , boleh ? " soal papa .
Aku akhirnya mengangguk akur. Dan-sepasang mata yang penuh kedinginan masih lagi memandangku tidak lepas.
🍃🍃🍃🍃
Selesai makan malam tadi, aku tidak terus menapak ke bilik kerja papa malahan lebih memilih untuk mengerjakan solat fardhu terlebih dahulu. Semuanya gara gara makan malam tadi , aku terpaksa mengerjakan sedikit lambat. Tudung bawal disarung ala kadar menutupi mahkota ku.
Kaki melangkah keluar dari kamar menuju ke tingkat tiga. Aras ketiga dalam rumah agam ini memang sepi. Jarang untuk dinaikki kata mak kiah, lagipula hanya bilik kerja Tan Sri Razak yang berpenghuni dan cuma ada sebuah bilik stor menyimpan barang. Jika ditanya mengapa Tan Sri Razak memilih aras yang sunyi, sudah tentu kerana mahukan privasi dan bebas daripada gangguan .
Setibanya dihadapan pintu biliknya, aku terdengar ada suara lain yang menjengah pendengaran. Suara -lelaki itu.
"Kimm, berapa kali papa nak cakap dan ingatkan pada kimm tentang perkara ni? Susah sangat ke nak anggap Amyra tu sebagai irish ? For the god sake, ini semua demi kebaikan mama..kimm tak kesian ke kat mama haa? " luah Tan Sri Razak kesal. Sudahnya aku tidak masuk ke dalam sebaliknya melekapkan telinga di pintu mendengar setiap inci perbualan mereka. Entah apa lagi mamat tu nak cakap pasal aku kan?
"Sampai mati pun, kimm tak pernah anggap orang asing tu sebagai adik kimm..never, kalau nak jugak over my dead body first "
Amboi, kemain lagi lelaki tu. Nampaknya semakin menarik perbualan ni. Tapi, hati mohon bertabah .
" but at least, cuba layan Myra dengan baik .. will you ? Hargai sikit kesudian dia nak tolong mama ... pengorbanan dia pada kita besar "
Danial hakim mendengus geram. " hey pa, ingat kimm tak tahu ke papa beli budak tu ? Bukannya dia rela pun untuk semua ni .. berapa ratus ribu papa rasuah dia hmm ? " selamba sahaja mulut lancangnya berbicara.
Aku yang tenang mendengar menahan emosi. Cara dia bercakap tu macam tak pakai otak tak ke?"Suka hati kimm nak cakap apa, but from now on please ..have a respect . Bila depan mama layan dia macam mana kimm layan arwah irish dulu "
Aku yang masih leka mendengar dari sebalik pintu agak kelam kabut saat mendengar kerusi seperti ditarik dari dalam. Mungkin saja salah seorang daripada mereka ingin keluar. Belum sempat aku menyembunyikan diri , pintu telah dibuka dari dalam.
Lelaki itu memandang aku atas dan bawah dengan wajah sinisnya. " dah lama ke buat kerja macam ni ha ? Curi curi dengar perbualan orang...thats kind of rude little girl " ujarnya lalu melangkah mendekatiku sehingga aku tidak punya tempat untuk melangkah lagi dan aku terperangkap di antara pintu masuk dan dirinya yang tinggi lampai itu.
Terlalu dekat sehingga aku dapat merasai nafas hangatnya menampar pipiku.
"Saya minta maaf, tak..tak sengaja . Lagipun saya nak jumpa Tan Sri je "
Dia menunduk lagi . Makin ke bawah aku dibuatnya , mencipta jarak.
"Kenapa nampak takut ni, irish tak rindu abang ke hmm ? " ujarnya lebih kepada nada sinis. Namun, bila kulihat ke dalam matanya nampak ikhlas. Berbeza dengan personalitinya ketika kali pertama kami bertemu semalam.
Deheman papa dari sebalik pintu mematikan perbuatan tadi. Ya tuhan, maafkan aku andai aku terleka sebentar tadi , sungguh tidak punya niat lain.
Danial hakim yang kelihatan terpinga pinga terus sahaja menggaru sedikit kepala yang tidak gatal dan terus sahaja turun ke bawah semula. Entah kenapa, bila terlihat wajah Amyra memang menggamit rindunya pada arwah adiknya , irish.
Irish, bang kimm rindu. Bisik hati kecilnya berbalutkan rawan.
YOU ARE READING
Lelaki Pinjaman Tuhan
Художественная прозаKARYA 1 -by Twinklemashy Kehadiran lelaki itu dalam hidupku ibarat cahaya, menerangi kegelapan dan kesedihanku dibawa pergi seperti angin lalu tak kunjung tiba, dia pinjaman tuhan buatku. -Danial Hakim- sebaris nama yang tidak pernah aku fikirkan ak...