Part 18

430 18 4
                                    

Di penthouse.

Sulli sibuk menyediakan makanan untuk makan malam. Sedang dia leka membasuh perkakas dapur, dia terdengar bunyi pintu ditutup. Dia tahu kuanlin baru pulang.

"Lambat awak balik."ujar sulli.

"Ohh. Tadi saya lepak dengan jihoon. Lepas tu, saya pergi kedai kejap nak beli barang."jelas kuanlin.

"Ohhhh...awak pergi bersihkan diri dulu. Nanti saya panggil awak makan malam. Okay."arah sulli kepada kuanlin. Kuanlin menurut arahan sulli tadi.

Sulli telah menghidang makannan diatas meja. Dia menuju ke biliknya untuk memanggil kuanlin. Dia mengetuk pintu bilik tersebut. Namun tiada sahutan dari kuanlin. Dia pun memulas tombol pintu tersebut lalu masuk ke dalam bilik.

Dia tidak menampak figura kuanlin dalam bilik tersebut. Dia mendekati pintu bilik air apabila untuk mengetuk pintu tersebut. Belum sempat dia mengetuk pintu, pintu tersebut telah dibuka.Dia tegamam kerana kuanlin berada didepannya hanya bertuala dipinggang.

Kuanlin yang baru selesai mandi ingin keluar dari bilik mandi tersebut. Dia membuka pintu dan dia terhenti bila sulli berada di hadapannya.

"Awak nak panggil saya ke tadi? Sorry saya lambat tadi."tanya kuanlin. Namun pertanyaan kuanlin tidak di balas. Kuanlin melihat sulli tergamam melihatnya.

"Hei. Awak kenapa ni?"tanya kuanlin lagi sambil tangannya menyentuh dagu sulli.

Sulli tersedar bila kuanlin menyentuh dagunya. Mukanya tiba-tiba blushing melihat keadaan kuanlin begitu.

"Aa..sa..saya n..nak pann...panggil aa...awak tadi. Say...saya tunggu..aa..awak ."ujar sulli tergagap. Sulli berlalu pergi meninggakkan kuanlin bersendirian di dalam bilik.

                                 * * *
Selepas makan malam.

Sulli dan kuanlin sedang menonton drama di ruang tamu. Waktu itu hujan turun dengan lebat. Sedang kuanlin leka menonton drama, sulli menghampirinya dengan wajah ketakutan.Kuanlin tidak menyedari kehadiran sulli yang duduk bersebelahan dengannya.

Sulli memeluk bantal sofa dengan erat sekali. Dia cuba menumpukan perhatian menonton drama.

GRUHHH!!!

"Ahhhh!!!"jerit sulli bila mengdengar bunyi kilat. Dia ketakutan lalu memeluk leher kuanlin dengan erat. Sulli membenamkan wajahnya pada dada kuanlin.

Kuanlin tersedar dirinya di peluk erat oleh sulli. Sebelah tangannya merangkul pinggang sulli manakala sebelah lagi menepuk belakanb badan sulli.

"Hei. Kenapa ni? Awak takut kilat ke?"tanya kuanlin sambil menenangkan sulli.

"Hiks..awak jangan tinggalkan saya sorang-sorang...hiks..hiks."pinta sulli sambil menangis ketakutan.

"Okay saya tak tinggalkan awak. But boleh tak awak lepaskan saya sekarang."balas kuanlin.

"Oh. Sorry."mohon sulli.

GRUHHH!!!

"Arhhh"jerit sulli lagi. Serta merta ruang tamu tersebut menjadi gelap. Sulli memeluk lagi kuanlin dengan erat.

"Ahh. Ni mesti blackout. Tolong lepaskan saya kejap nak ambil lilin kat dapur."pinta kuanlin. Namun rangkulan sulli semakin erat.

"Awak jangan tinggalkan saya. Hiks...hiks..."pinta sulli.

"Okay. Okay. Jom kita pergi sama-sama lepas tu kita masuk bilik."pujuk kuanlin.

"Emm"balas sulli. Mereka pun pergi ke dapur untuk mencari lilin. Kuanlin membuka laci lalu memgeluarkan sekotak lilin. Sulli di sebelahnya merangkul lengan kuanlin hanya memerhati.

"Awak memeng takut kilat ke dari kecil?"tanya kuanlin memecahkan kesunyian. Tangannya masih menyalakan lilin.

"Ye. Dari kecil lagi saya takut bunyi kilat."balas sulli memerhatikan kuanlin.

"Dah jom masuk bilik. Esok kita kena pergi rumah my parents."arah kuanlin.

Mereka pun menuju ke bilik. Kuanlin meletakkan lilin tersebut di setiap sudit bilik mereka. Kuanlin membaringkan sulli di atas katil lalu menyelimutinya. Selepas itu dia berlalu pergi ke arah sofa. Namun pergerakannya terhenti apabila tangannya di tarik oleh sulli.

"Awak nak pergi mana? Awak nak tinggalkan saya ke?"tanya sulli ketakutan.

"Taklah saya nak tidur kat sofa."balas kuanlin.

"Awak tidur kat sini malam ni. Saya takut."renget sulli. Kuanlin menuruti kehendak sulli. Dia membaringkan diri disebelah sulli.

GRUHH!!!

Sekali lagi bunyi kilat. Sulli memeluk kuanlin sambil menangis. Dia menangis teresak-esak.

"Hei. Awak jangan takut saya ada kat sini."pujuk kuanlin. Sulli tidak mengendahkan pujukkan kuanlin.

"Sulli pandang saya."pinta kuanlin. Sulli sekali mengendahkan kuanlin.

"Sulli saya suruh pandang saya."tegas kuanlin. Sulli memandang kuanlin. Walaupun dalam keadaan yang samar namun sulli dapat melihat setiap inci wajah kuanlin.

Kuanlin menyentuh dagu sulli dengan lembut. Dia mendekatkan wajahnya ke arah wajah sulli.

CHUPP

Sulli berhenti menangis lalu menyentuh dahinya. Kuanlin memeberi kucupan hangat di dahi sulli.

"Sekarang awak tidur. Saya ada dekat dengan awak. Okay."balas kuanlin. Sulli menuruti arahan kuanlin. Dia melelapkan matanya lalu tidur dalam dakapan kuanlin.

Sorry guys...
Buat korang tertunggu-tunggu...
Hei saya ada permintaan...
Kalau nak komen saya jangan panggil saya author...
Just panggil saya rose...
Sebab saya belum layak di gelar author lagi...

Suamiku student handsome♥♡♥♡Where stories live. Discover now