Part 17

418 16 2
                                    

Kuanlin sedang menyiapkan kertas kerjanya di ruang tamu. Kertas kerja tersebut perlu dihantar esok. Namun, terdapat beberapa soalan yang dia tidak mampu menjawapnya. Dia memandang bilik tidurnya.

'Dia dah tidur ke tak? Macam mana kalau dia dah tidur.'ujarnya dalam hati. Dia menuju ke biliknya untuk meminta bantuan.

Sulli sedang menyapu losyen di meja solek. Kerjanya terhenti bila mendengar pintu biliknya dibuka oleh seseorang. Dia melihat kuanlin menghampirinya melalui pantulan cermin.

"Ermmm... awak boleh tolong saya tak?"pinta kuanlin. Dia mengurut belakang lehernya.

Sulli memusingkan badannya menghadap kuanlin. Dia melihat kuanlin yang sedang menundukkan kepala sambil mengurut lehernya.
Dia mengukirkan senyuman nipis.

"Awak nak saya tolong apa?"sulli menyoal kuanlin.

"Er... sebenarnya kertas kerja miss song kena hantar esok but.... ada soalan sa..saya t..tak daa..pat jawap. So , saya nak min...minta tolong awak."jelas kuanlin tergagap.

Sulli mendekati kuanlin lalu menarik tangan kuanlin keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.

"Mana yang awak tak faham?"soal sulli sambil menarik kertas kerja kuanlin. Kuanlin duduk di sebelah sulli lalu menunjuk soalan-soalan yang dia tidak faham.

"Okay macam ni. Awak perlu tukar ni dulu. Selepas tu awak boleh buat yang ni."ajar sulli. Kuanlin buat apa yang diajar oleh sulli.

Sulli leka melihat kuanlin membuat kertas kerjanya.' Aish... kenapa kau ni handsome sangat. Comelnya dia pakai cermin mata tu.'puji sulli dalam hati.

Kuanlin sedar dirinya diperhatikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kuanlin sedar dirinya diperhatikan. Dia kurang selesa dipandang sebegitu.

"Err.. awak tengok apa tu?"soal kuanlin memberhentikan lamunan sulli. Sulli tersedar lamunanya.

"Awak dah siap dah? Mari saya tengok."ujar sulli menutup malunya.

'Aish.. kau ni sulli. Mata tu tak boleh ke duduk diam. Ni tak tengok anak orang pulak.'sulli memaki dirinya dalam hati. Kertas kerja kuanlin tadi di pandang sekilas.

"Okay semua jawapan awak betul. Saya masuk tidur dulu. Bye."sambung sulli meletakkan kertas kerja kuanlin di atas meja. Dia bangun untuk ke bilik tidurnya. Namun pergelangannya di pegang oleh kuanlin menghentikan pegerakkannya.

"Thanks."ucap kuanlin.

"Err. You're welcome."balas sulli. Kuanlin tidak melepaskan tangan sulli. Dia terpegun melihat wajah sulli sedang blushing. 'Comel.'bisiknya dalam hati.

"Er.. awak lepaskan tangan saya."pinta sulli. Kuanlin melepaskan tangan sulli.

"Sorry."jawap kuanlin ringkas. Sulli berlalu pergi meninggalkan kuanlin menuju ke bilik.

                                * * *
Di kampus.

Jihoon termenung jauh tanoa menyedari kehadiran kuanlin. Dia termenung memikirkan kejadian di private pool semalam. Dia tidak menyangka bahawa dia boleh bertindak sedemikian terhadap shin hye.

"Hoi. Apa yang kau termenung tu?"tegur kuanlin. Jihoon sedar dari lamunannya.

"Hah. Ar...ta..tak a..ada.apa-apa."jawap jihoon tergagap.

Kuanlin dapat merasakan sesuatu yang pelik. Dia mendekatkan diri ke arah jihoon.

"Ka..kau n..ni da..dah ke..kenapa dekat kat aku ni."kata jihoon bila menyedari kelakuan jihoon.

"Baik kau bagitahu sekarang. Kalau tak , aku cium kau kat sini."ugut kuanlin memaksa jihoon.

"Ye. Ye. Aku bagitahu."jihoon mengalah dan takut akan ugutan kuanlin. Dia pun menceritakan hal sebenar semasa dia di private pool.

"Ohh. Macam tu ceritanya."reaksi kuanlin.

"Tapi kan aku rasa kau dah sukakan shin hye."sambung kuanlin.

"Apa yang kau merepek ni. Takkan kot."nafi jihoon.

"Kalau tak , takkan kau peluk dia macam tu."jelas kuanlin.

Jihoon terdiam bila mendengar penjelasan kuanlin. Dia sendiri tidak tahu akan perasannya.

"A..aku pun tak tahu."ujar jihoon.

"Mmm. Tak apa masih ada masa lagi untuk kau rasa perasaan kau."kata kuanlin.

"Dahlah. Aku nak balik sekarang ni. Bye."sambung kuanlin meminta diri untuk pulang.

"Okay. Bye."balas jihoon.

Sorry guys buat korang tertunggu-tunggu....
Hope korang tak marah...
And thanks atas sokongan korang...
Vote selalu ye....

Suamiku student handsome♥♡♥♡Where stories live. Discover now