2 SEPULUH PERTAMA

1.5K 24 0
                                    

Sepuluh tahun lepas....

Program cuti sekolah yang berlangsung dua hari satu malam pada hujung tahun. Mama menghantar Aiman Hakim menyertai program cuti sekolah yang dianjurkan oleh masjid perumahannya. Ketika itu, Aiman Hakim berumur 8 tahun. Pertama kali Aiman Hakim berjauhan dari Mamanya. Program itu menemukan Aiman Hakim dengan Kakak. Ketika Mama meninggalkan Aiman Hakim, Kakak memujuknya dengan lollipop. Ya, waktu itu dia sangat cengeng. Dia tidak pernah berpisah dari Mama dan tidur selain dari rumah. Dia rasa sangat kosong ketika itu. Kakak menghadiahkan lollipop untuk menggembirakan hatinya ketika itu.

" Aiman ya? Nama kakak Latifah. Aiman boleh panggil Kak Ifah," Latifah menegur kanak-kanak yang menangis kerana pertama kali menyertai program cuti sekolah. Latifah curi tengok tag namanya – Aiman.

Latifah ditugaskan oleh Emaknya untuk menjaga kaunter pendaftaran. Program yang dianjurkan oleh ahli komuniti masjid kekurangan fasilitator dan Emak meminta Latifah membantunya. Dia yang baru berumur 14 tahun tidak pernah ada pengalaman menjadi fasilitator berat hati untuk membantu dan kurang gemar dengan aktiviti luar. Selalunya kakaknya, Afifah menjadi orang kanan Emak. Cuma tahun ini Afifah diberi kelonggaran kerana menduduki peperiksaan SPM. Latifah hanya dua beradik dengan Afifah, jadi tiada yang boleh ganti Afifah dan Latifah hanya mengalah.

Rata-rata peserta yang ikut program cuti sekolah adalah lingkungan 7 hingga 12 tahun. Kebanyakan peserta muda berumur 7 dan 8 tahun, akan menangis ditinggalkan ibu bapa masing-masing. Yang gembira menyertai program adalah mereka yang hadir bersama adik beradik yang lebih dewasa. Aiman Hakim termasuk dalam kumpulan anak-anak yang menangis ditinggalkan ibu bapa.

Emak awal-awal sudah berpesan kepada Latifah supaya memujuk mereka yang menangis dengan memberi gula-gula atau lollipop yang disediakan. Ternyata idea Emak sangat berkesan. Aiman juga termakan pujukan Latifah.

"dan jangan lupa senyum," tambah Emak lagi. Emak sudah di dalam ruang solat masjid. Sibuk dengan slot seterusnya.

"Aiman tak nak panggil Kak Ifah. Aiman nak panggil Kakak. Aiman tak ada Kakak," petah Aiman Hakim menjawab. Dia sudah berhenti menangis dan asyik dengan lolipopnya.

"iya!? Aiman anak sulung ya?" Latifah cuba bermesra. Pendaftaran sudah tutup. Semua peserta diminta masuk ke ruang solat untuk majlis perasmian. Aiman geleng.

"jom, kita masuk ke dalam." Aiman menggenggam erat tangan Latifah.

"Aiman ada abang. Nama abang Aiman, Aiman Iskandar tapi Abang Is sombong. Selalu tak nak main dengan Aiman," tambah Aiman Hakim. Latifah pandang Aiman Hakim. Amboi, dah dapat lollipop seronok mengata abang sendiri ya Aiman.

Laitfah bawa Aiman Hakim ke kelompok peserta untuk duduk menyertai program. Aiman Hakim masih belum melepaskan tangan Latifah. Terpaksa Latifah memujuk bahawa ketika program berlangsung dia tidak boleh duduk dengan Aiman Hakim. Bimbang juga kalau Aiman Hakim mengamuk pasti akan menganggu kelancaran program nanti. Tetapi reaksi Aiman Hakim yang tenang melepaskan tangan Latifah mengejutkan Latifah.

Sangka Latifah tugasnya sudah selesai selepas menjaga kaunter pendaftaran. Rupanya Aiman Hakim asyik mencarinya setiap kali mereka berehat. Malah fasilitator sudah putus asa untuk melayan Aiman Hakim. Sudahnya, sepanjang dua hari satu malam mereka berprogram Aiman Hakim asyik berkepit dengan Latifah.

"Kakak dah makan?"

"rumah Kakak dekat mana?"

"Kakak ada adik tak?"

Macam-macam soalan Aiman Hakim tanya dan Latifah hanya sabar melayan. Baginya, dia hanya perlu melayan Aiman Hakim untuk dua hari sahaja. Selepas habis program, dia tidak akan bertemu lagi dengan Aiman Hakim. Biarlah seksa sementara. PASRAH.

DARI ADIK UNTUK KAKAKWhere stories live. Discover now