Pertengahan Januari, bermulalah sesi latihan sukan setiap hari selasa. Aiman Hakim dengan bosan terpaksa hadir atas alasan markah rumah sukan akan ditolak. Ketua rumah sukan sudah beri amaran kepada pelajar tingkatan lima sekiranya tidak hadir latihan walaupun tidak menyertai mana-mana sukan akan dikenakan hukuman selain markah merit ditolak. Aiman Hakim tidak takut dengan amaran begitu. Lagi pun dia ada tujuan lain.
Aiman Hakim duduk di tepi padang. Aktiviti sukan belum mula. Masing-masing sedang memanaskan badan sambil menunggu guru bertugas mengambil kehadiran. Aiman Hakim tidak menyertai mana-mana aktiviti sukan atas sebab kesihatan dan Mama juga awal-awal lagi sudah beri peringatan untuk tidak bergiat aktif. Ada sebab kukuh sebenarnya.
Pertengahan tahun lepas Aiman Hakim terlibat dalam kemalangan motosikal menyebabkan tulang pahanya patah. Doktor tidak membenarkan dia terlibat dalam aktiviti sukan terutamanya bola sepak sekurangnya enam bulan. Kebetulan tahun ini dia akan menduduki peperiksaan SPM menguatkan hujah Mama untuk menghalang dia menyertai aktiviti sukan.
Kalau tahun-tahun sebelum ini, Aiman Hakim bergiat aktif dalam sukan bola sepak dari peringkat sekolah sehingga ke negeri. Malah dia antara pemain utama untuk sekolahnya. Walaupun dia sedikit kecewa tetapi dia terpaksa akur demi keselamatan dan kesihatan dirinya.
"Aiman tak main?" tegur Teacher Latifah tiba-tiba mengejutkan Aiman Hakim. Teacher Latifah berdiri sebelah kanannya. Aiman Hakim mendongak. Seingatnya ini kali pertama Teacher Latifah menegurnya sejak mereka bertemu kembali. Aiman ingat Teacher Latifah sudah lupa akan dirinya. Walaupun kelas Bahasa Inggeris Teacher Latifah tiga kali, Teacher Latifah langsung tidak menegurnya mesra seperti hari ini. Ternyata sangkaannya salah kerana Teacher Latifah masih memanggilnya Aiman seperti dulu.
"tak, Mama tak bagi," Aiman Hakim mengalih posisi dari memeluk lutut ke posisi bersila. Matanya kembali memerhati padang sekolah. Teacher Latifah masih kekal berdiri.
"kenapa?" Teacher Latifah bertanya dengan penuh minat. Teacher Latifah tahu Aiman Hakim seorang aktif. Sekolah rendah dulu pun dia banyak menyertai kejohanan bola sepak dan pernah mendapat anugerah pemain terbaik. Teacher Latifah masih ingat Aiman Hakim selalu menyuruh Teacher Latifah hadir setiap perlawanan yang disertainya.
Dengan berat hati, Aiman Hakim menceritakan kemalangan yang menimpanya. Akibat kemalangan itu, Mama turut menghalang dia menunggang motosikal sehingga dia habis SPM selain dari bermain bola sepak. "habis Aiman datang sekolah dengan apa?" Teacher Latifah terus bertanya tanpa memberi komen apa-apa.
"kadang-kadang Mama hantar. Kadang-kadang tumpang Anas atau Hasbi," Senyap. Perbualan mereka berhenti.
"Kakak minta maaf," Teacher Latifah bersuara lagi sekali. Aiman Hakim memandang Teacher Latifah dengan tanda tanya.
"mesti Aiman ingat Kakak dah lupakan Aiman. Bukan lupa tapi Kakak tak tahu macam mana nak tegur Aiman. Lagipun dah 4 tahun kita tak jumpa. Mama apa khabar?" terang Teacher Latifah.
"Mama sihat. InshaALLAH, Mama akan pencen hujung tahun nanti."
"Abang Is?" Teacher Latifah teragak-agak bertanya.
Aiman Hakim mendengus marah. " Abang Is lepas putus dengan Kakak tak pernah balik. Raya pun tak," Nampaknya marah Aiman Hakim pada Abang Is-nya, Aiman Iskandar masih belum surut walaupun sudah 4 tahun berlalu.
"bukan jodoh nak buat macam mana. Kakak dah move on. Aiman tak boleh move on lagi? Siapa yang putus tunang sebenarnya ni?" Empat tahun lepas memang Teacher Latifah rasa sedih dan kecewa tapi masa memainkan peranan merawat luka hatinya. Bila dia bertemu Aiman Hakim kembali, dia berani menghadapi kenyataan. Namun begitu, Aiman Hakim masih menunjukkan rasa tidak puas hatinya.
"Nah, ubat hati tu," sekali lagi Aiman Hakim terkejut. Teacher Latifah menghulurkan lollipop. Cuba memujuk hati Aiman Hakim. Masih seperti dulu. Hatinya sedikit sejuk.
"Aiman bukan budak lagi," walau dia berkata begitu dia tetap mengambil lollipop ditangan Teacher Latifah.
"Saya pun nak juga Teacher," Ariff datang mencelah. Dia baru sahaja sampai walaupun lewat. Teacher Latifah hanya senyum dan menghulurkan lollipop pada Ariff juga. Ariff menjerit gembira seperti kera mendapat bunga.
"Teacher pergi dulu," kata Teacher Latifah apabila menerima isyarat dari guru yang bertugas sekali dengannya.
"Kalau Aiman cari Abang ipar baru Kakak terima tak?" Aiman Hakim sempat melontar soalan pada Teacher Latifah walaupun dia tahu Teacher Latifah tidak akan memberi jawapan. Kata-kata Aiman Hakim membantukan Ariff menyua lollipop ke mulutnya. Ariff memandang Aiman Hakim dengan hairan. Apa kaitan Aiman Hakim dengan Teacher Latifah?
"kalau nak tanya pasal Teacher Latifah, baik kau duduk," Ariff segera duduk sebelah Aiman Hakim dan Aiman Hakim mula membuka sejarahnya dengan Teacher Latifah. Aiman Hakim rasa sebelum orang lain menyebarkan khabar angin yang bukan tentang dia dengan Teacher Latifah lebih baik dia berterus terang terlebih dahulu.
"bagus juga kau beritahu aku. Sebenarnya dalam group wassap dah bising," giliran Ariff buka cerita.
"pasal apa?" Ariff tidak menjawab sebaliknya mengeluarkan telefon pintarnya. Aiman Hakim sabar menanti. Ariff sentuh ikon facebook. Dia menunjukkan gambar Aiman Hakim bersama Teacher Latifah.
"group kelas kita bising pasal gambar ni," terang Ariff. Aiman Hakim merampas telefon pintar Ariff. Dia ingin melihat dengan jelas gambar dia bersama Teacher Latifah. Namun gambar tersebut bukan gambar Aiman Hakim berduaan dengan Teacher Latifah tetapi berserta Aiman Iskandar. Malah jarak Aiman Iskandar kelihatan lebih rapat dengan Teacher Latifah berbanding Aiman Hakim.
"gambar hari raya terakhir Kakak dengan Abang Is sebelum mereka putus. Tahun tu juga kali terakhir aku jumpa Abang Is. Lepas putus, aku pun unfriend dengan Kakak. Abang Is pula aku dah tak nampak status dia Facebook," Memori rumah terbuka sambutan hari raya diadakan di rumah Aiman Hakim kembali menerjah. Ketika itu, semuanya gembira dan bahagia. Bukan hanya gambar itu. Ada juga gambar Teacher Latifah dengan Mama dan Baba. Ada juga gambar Aiman Hakim berdua dengan Aiman Iskandar.
"habis kau nak buat apa? Tengok ni tiba-tiba semua komen gambar ni. Tak termasuk dalam group kelas dalam wassap," Ariff menunjukkan rasa risau. Bimbang jadi fitnah dan kecoh sekolah. Mujur sahaja hanya rakan sekelas Aiman Hakim sahaja yang tahu.
Perkara ini timbul apabila rakan sekelas juga merangkap anak murid Teacher Latifah cuba berkawan dengan Teacher Latifah di facebook. Tidak cukup dengan whatsapp group, masing-masing cuba mengintai kehidupan peribadi Teacher Latifah di laman social. Siapa sangka gambar lama Aiman Hakim bersama Teacher Latifah naik secara rawak di newsfeed mereka.
"kau bagitau dalam group tu jangan kecoh sangat. Tunggu Teacher jawab sebab Teacher bertunang dengan abang aku, bukan aku. Kau pun boleh tengok Teacher masih berkawan dengan Abang Is dalam facebook. Aku je yang unfriend dengan Teacher. Dengan Mama pun Teacher pun masih bersilaturrahim," jawab Aiman Hakim muram. Dia tidak gembira dengan khabar yang diterima. Baginya Abang Is selalu membawa masalah dalam kehidupannya dan Teacher Latifah selalu bertanggungjawab menyelesaikan masalah tersebut.
Kenapa, Abang Is? Aiman Hakim kembali menikmati lollipop pemberian Teacher Latifah. Dia berharap kemanisan lollipop dapat menghalau ingatannya terhadap Aiman Iskadar.
tanpa edit: 14.5.2018
YOU ARE READING
DARI ADIK UNTUK KAKAK
RandomMisi Aiman Hakim cari jodoh untuk Kakak ipar tak jadi, Teacher Latifah. #7 ranking in Abang - Jun 2018