9 BUKAN KEBETULAN

544 14 0
                                    

Setelah Teacher Latifah keluar, Hasbi menyerbu meja yang diduduki Aiman Hakim dan Ariff. Dari tadi, dia hanya memerhati Aiman Hakim dan Ariff berbisik tentang sesuatu. Walaupun Teacher Latifah sudah keluar, mereka masih serius berbincang. Dia juga ingin tahu perkara serius yang mereka bincangkan. Aiman Hakim dan Ariff tidak patut berahsia dengannya kerana Hasbi adalah sahabat karib mereka juga. 

Aiman Hakim dan Ariff terus berbincang tanpa mempedulikan Hasbi yang turut menyertai mereka. Aiman Hakim menunjukkan lakaran peta minda yang lebih khusus berkenaan misinya mencarikan calon suami untuk Teacher Latifah. 

Misi Jodoh Teacher Latifah :

Fasa suai kenal - Berkawan di sosial media. Tambah rakan di Facebook. 

"aku nak kau curi-curi add Teacher Latifah guna akaun abang kau,"jelas Aiman Hakim memberi arahan. Ariff mengerutkan dahinya. Hasbi hanya pendengar. Dia tidak berhak menyampuk tanpa usul periksa. 

"weh, aku bukan rapat dengan abang aku. Nak tegur sepatah dalam seminggu pun payah. Ni kau nak suruh aku godam facebook dia," Ariff mengeluh. Fasa pertama pun sudah banyak halangan. Bagaimana dia nak jayakan misi ini? Benar, Ariff kurang rapat dengan dua abangnya. Adam yang pertama dan Huzaifah yang kedua. Dia sedikit rapat dengan kakaknya, Nazirah. Nazirah anak ketiga beza setahun umur dengannya yang bongsu. 

"aku bukan suruh kau buat hari ni. Kau rancang la elok-elok. Kau buat-buat la pinjam telefon dia ke. Laptop dia ke. Kalau dia tak log keluar kau boleh tambah rakan. kalau tak, kita kene fikir cara lain," Aiman Hakim langsung tidak gelabah. Dia sudah fikir panjang. Lagak seperti dia sudah berpengalaman buat kerja begini. 

Sudahnya, Ariff hanya menurut dengan rancangan Aiman Hakim. Seminggu dia mengambil masa untuk melaksanakan misi tersebut. Dia tahu Huzaifah pelik dengan sikapnya yang tiba-tiba berubah jadi baik dan mahu berbual dengannya tetapi dia tebalkan mukanya demi Teacher Latifah. Seminggu juga dia perlu kemaskini segala maklumat berkenaan Huzaifah pada Ariff. Ini adalah untuk memudahkan mereka mengenalpasti masalah atau halangan untuk menjayakan fasa pertama mereka. Macam buat eksperimen kimia yang perlu ditulis laporan amali.

Ariff berjaya menambah rakan Teacher Latifah melalui akaun Huzaifah tanpa perlu menggodam akaun abangnya. Ia berlaku secara kebetulan apabila telefon Ariff mati ketika mereka pulang dari bermain futsal. Ketika itu mama menelefonnya dan dia tidak sempat menjawabnya. Huzaifah menawarkan menggunakan telefonnya untuk menghubungi Mama kembali. Selepas dia menamatkan panggilan, dia sedar peluangnya depan mata. Ariff tidak terus kembalikan telefon Huzaifah sebaliknya Ariff segera membuka aplikasi Facebook dan menambah rakan Teacher Latifah. Bukan itu sahaja, Ariff sempat menghantar mesej emoji love di Whatsapp Teacher Latifah. Huzaifah pada waktu itu langsung tidak perasan dengan kelakuan Ariff. Ariff bersorak gembira dalam hati. Kini mereka boleh mulakan fasa kedua pula.

Untuk fasa kedua, fasa eratkan silaturrahim mereka perlu kerja lebih keras.  Fasa ini mereka perlu menemukan Teacher Latifah dengan Huzaifah dengan lebih kerap. Ada beberapa cadangan yang tidak masuk akal telah Aiman Hakim usulkan tapi ditolak oleh Hasbi dan Ariff. 

"kita kena buat nampak natural, Man. Kalau aku ajak Abang Ujai aku keluar bawa jumpa dengan Teacher Latifah, memang dia tahu la rancangan kita ni," Ariff sudah memahami betapa pentingnya peranan dia. Aiman Hakim mengigit pennya. Dia buntu. 

"kau tahu Teacher Latifah tinggal dekat mana?" Hasbi mencelah. Aiman Hakim memandang Hasbi lama. Dia menggeleng. Dia tahu tapi tidak semuanya.

"Dulu keluarga dia tinggal sebelah taman rumah aku. Sekarang keluarga dah pindah, jauh dari sini. Hari tu dia ada cakap dia menyewa dekat taman belakang sekolah kita. Kat mana aku tak tahu," jawab Aiman Hakim sambil menconteng lakaran peta minda Misi Jodoh Teacher Latifah. 

DARI ADIK UNTUK KAKAKWhere stories live. Discover now