Awal Mac. Teacher Latifah mengedarkan kertas latihan kepada pelajar 5 Sains 2. Sesi pengajaran kali ini adalah mengenai tatabahasa. Kalau minggu lepas dia sudah mengajar tentang Adjectives, kali ini dia sambung ke tajuk Tenses. Dia tahu pelajarnya sudah belajar tatabahasa ini dari sekolah rendah, tapi penting untuk ulangkaji semula. Dari latihan karangan sebelum ini, dia dapati masih ada yang keliru berkenaan tenses. Tenses adalah asas tatabahasa yang penting dalam penulisan karangan.
Aiman Hakim hanya senyap menerima kertas latihan. Semua rakan sekelasnya sudah tahu tentang hubungan dia dengan Teacher Latifah selepas tersebar gambar Teacher Latifah bersama dia dan abangnya. Teacher Latifah sudah menjelaskan perkara tersebut dan ia senyap bagai angin lalu. Ia kisah silam yang pahit buat Aiman Hakim, sekarang dia belajar untuk menerima hakikat hidup. Sekarang dia mempunyai azam baru iaitu mencarikan jodoh terbaik untuk kakaknya, Teacher Latifah. Baginya tiada siapa dapat menggantikan Teacher Latifah di dalam hatinya. Selamanya seorang kakak. Kakak terbaik yang pernah hadir dalam hidupnya.
Teacher Latifah menyenaraikan jenis-jenis Tenses yang bakal mereka pelajari hari ini di papan hitam. The perfect tenses dan the continuous tenses. Sebelum itu, dia mengulangkaji the simple tense terlebih dahulu untuk mengelak kekeliruan.
Teacher Latifah meminta pelajarnya memberi satu contoh ayat supaya mereka faham dengan lebih jelas. "I love you," Teacher Latifah berhenti menulis. Menoleh mencari empunya suara.
Fikri tersengih sumbing. "tadi teacher minta contoh. saya bagi contoh yang senang nak ingat," Teacher Latifah tidak marah cuma apabila pelajarnya terlebih bergurau buat dia rasa kurang senang. Teacher Latifah meneruskan menulis I love you sebagai contoh untuk simple present tense. Seluruh kelas bersorak gembira.
"then for simple past tense?" sambung Teacher Latifah.
"I loved you," sahut Zain. Sekali lagi seluruh kelas bersorak kecewa. Kemudian Teacher menunjukkan ruang simple future tense.
"I will love you," Hasbi tidak melepaskan peluang untuk menjawab. Tiada lagi sorakan dari pelajarnya. Teacher Latifah senyum. Dia meneruskan pengajarannya dan menekankan perbezaan antara simple, past dan future tenses.
Seterusnya Teacher Latifah kemudian menjelaskan tentang perfect tense dan perfect continuous tense. Aiman Hakim dan lain-lain menyalin nota yang ditulis di hadapan. Masing-masing khusyu' mendengar.
the present perfect tense - I have loved you
the past perfect tense - I had loved you
the future perfect tense - I will have love you
the present perfect continuous tense - I have been loving you
the past perfect continuous tense - I had been loving you
the future perfect continuous tense - I will be loving you
Aiman Hakim menambah catatan pada notanya. Cinta silam Kakak. I loved you - Abang Is. I had loved you - Abang Is. Wajah komik abang Is dilukis. Dia mula hilang fokus. Ada sesuatu bermain di mindanya. Cinta baru Kakak. I will love you - jodoh misteri. I will have been loving you - jodoh misteri. Dia melakar karikatur tanpa wajah beserta tanda soal.
Dia menoleh pada Ariff disebelah yang ralit menulis. Ariff. Huzaifah. Senyum. Lama dia berkelakuan begitu. Berangan. Dia teringat kejadian dia, Ariff dan Hasbi bergaduh dengan Alif. Abang Ariff, Huzaifah datang mewakili Mama dan Ayah Ariff. Ketika Huzaifah berbual dengan Teacher Latifah, dia nampak keserasian antara mereka. Sejak hari itu, dia mencari jalan untuk satukan Huzaifah dan Teacher Latifah.
"Kau dah kenapa?" Ariff menyiku Aiman Hakim. Dia pelik dengan kelakuan Aiman Hakim yang asyik merenungnya.
Aiman Hakim tersentak. Jauh dia berangan. "Abang kau Huzaifah bujang lagi kan?" tanya Aiman Hakim dengan nada berbisik. Teacher Latifah masih mengajar dihadapan. Ariff berhenti menulis. Dahinya berkerut. Dia menoleh pada Aiman Hakim. Hairan.
YOU ARE READING
DARI ADIK UNTUK KAKAK
RandomMisi Aiman Hakim cari jodoh untuk Kakak ipar tak jadi, Teacher Latifah. #7 ranking in Abang - Jun 2018