6 JAUH

765 16 0
                                    

Imbas kembali...

Sejak pertemuan tidak sengaja di pusat beli belah tempoh hari, Latifah makin kerap bertemu Aiman Hakim. Lebih lagi apabila Aiman Hakim mendapat tahu keluarga Latifah tinggal berdekatan dengan keluarga Aiman Hakim. Mula-mula Mama menjemput Latifah sekeluarga ke jamuan sambutan hari jadi Aiman Hakim. Kemudian, Mama dan Emak sama-sama berkomplot untuk membenarkan Latifah sertai aktiviti santai keluarga Aiman Hakim. Aiman Hakim juga tidak segan silu ke rumah Latifah kalau dia rindu. Mama juga tahu ke mana Aiman Hakim pergi kalau dia tiada di rumah atau pulang lewat.

Kadang-kadang Latifah ambil giliran pergi ke rumah Aiman Hakim. Biasanya kalau Latifah ke rumah Aiman Hakim adalah untuk membantu Aiman Hakim menyiapkan kerja sekolahnya. Walaupun Latifah bukan pelajar cemerlang, menurut Mama, Aiman Hakim sangat bersemangat dan kerja sekolah akan siap dengan cepat dengan pertolongan Latifah. Pernah Aiman Hakim tidak bertemu Latifah seminggu kerana Latifah sakit demam. Kebetulan waktu itu Aiman Hakim sedang menduduki ujian dan keadaan itu memberi kesan sangat ketara kepada markah ujian Aiman Hakim.

Aiman Hakim membuka pintu tanpa sempat Latifah memberi salam. "Kakak!" Aiman Hakim menjerit dengan penuh teruja. Latifah menggeleng sambil senyum. Aiman Hakim tidak pernah penat menyambutnya dengan cara begitu.

Latifah membuka kasut dan melangkah masuk. Aiman Hakim sudah sedia di meja makan tempat mereka belajar. Latifah kaku di hadapan meja.

"hari ini Abang Is join, boleh kan?" ujar Aiman Hakim. Latifah memandang Aiman Iskandar. Serius.

"tapi Kakak muda dua tahun dari Abang Is. Macam mana nak ajar?" jawab Latifah. Keliru. Bagi Latifah tidak perlu untuk dia membantu Aiman Iskandar. Aiman Iskandar lebih tua dan pastinya lebih pandai darinya (dari segi ilmu pengetahuan).

"tak suruh ajar pun. Nak join belajar sekali, tak boleh?" jawab Aiman Iskandar dengan nada menyakitkan hati. Latifah senyap. Dia mengambil tempat berdekatan dengan Aiman Hakim. Dia sebenarnya kurang selesa dengan Aiman Iskandar yang kurang mesra.

Sejak dari sesi belajar bersama, Aiman Iskandar mula sibuk ikut serta mana-mana aktiviti yang melibatkan Latifah dan Aiman Hakim. Tak kisah sama da mereka keluar bermain di padang atau taman permainan serta hari sukan sekolah Aiman Hakim pasti Aiman Iskandar ada. Namun sikapnya masih tetap begitu. Serius sepanjang masa. Tidak mesra. Mujur ada Aiman Hakim yang menceriakan suasana. Latifah pula tiada kuasa untuk menghalang Aiman Iskandar. Sebab apa Aiman Iskandar menyertai mereka, Latifah tidak tahu. Dia tidak berani bertanya. Mereka hanya pada perkara penting sahaja. Dulu hanya seorang kini dia perlu melayan dua beradik ini. Dua kali ganda Penat!

"Abang Is bagi ni pada Kakak," ceria Aiman Hakim bersuara. Lolipop bertukar tangan. Ditangkai Lolipop ada tali mengikat kad kecil. Latifah membuka kad tersebut.

'saya suka awak'

Dada Latifah tiba-tiba berdebar. Aiman Hakim masih menunggu di sisinya. Keliru. Apa maksud Aiman Iskandar? Mereka sekarang berada di halaman rumah Aiman Hakim. Ada majlis kesyukuran meraikan Aiman Iskandar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan tidak lama lagi dia akan melanjutkan pelajar ke luar negara.

"kenapa Abang Is bagi ni?" tanya Latifah. Mana tahu Aiman Hakim akan bercerita dengannya. Aiman Hakim suka berkongsi cerita dengannya. Dulu Aiman Hakim tidak rapat dengan Aiman Iskandar. Selepas hadir Latifah dalam hidup mereka berdua, hubungan mereka makin baik. Kalau sebelum ini, Aiman Hakim pasti menangis kalau Mama tinggalkan dia bersama Aiman Iskandar. Dia lebih suka Latifah menjaganya ketika ketiadaan Mama. Aiman Hakim rasa lebih selamat bersama Latifah berbanding Aiman Iskandar. Dia juga lebih suka mengaku Latifah itu sebagai kakaknya.

"Abang Is tak cakap," Aiman Hakim bangkit meninggalkan Latifah. Latifah masih merenung lollipop pemberian Aiman Iskandar.

"suka tak?" Aiman Iskandar datang menegur Latifah yang ditinggalkan Aiman Hakim. Baginya inilah peluang untuk dia berbicara hati ke hati dengan Latifah.

"benda ni?" soal Latifah serba salah. Aiman Iskandar membetulkan posisi sebelum duduk. Dia mengambil jarak tanpa meminta izin dari Latifah.

"sekali dengan orang yang bagi," tambah Aiman Iskandar. Dia kini sudah berubah. Mesra tanpa segan silu.

"kalau tak?" Latifah cuba bertenang. Aiman Iskandar ketawa. Langsung tiada riak ingin marah. Malah dia seperti selesa bersama Latifah.

"boleh cuba lagi." Jawab Aiman Iskandar tenang. Dia yakin Latifah balas rasa hatinya suatu hari nanti.

"saya amik lolliop ni. Terima kasih." Latifah masih berteka –teki. Dia tidak menyangka Aiman Iskandar ada hati padanya.

"hati saya?" Latifah memandang Aiman Iskandar. Aiman Iskandar langsung tidak takut dikecewakan Latifah. Dia kelihatan lebih gembira. Senyuman juga lebih manis. Pada ketika itu juga Latifah meneliti wajah Aiman Iskandar. Dia nampak semakin matang. Kalau ikut piawaian matanya, Aiman Iskandar boleh dikategorikan lelaki kacak.

"belum lagi." Latifah harus menolak buat masa ini. Dia harus focus pada masa depannya.

"saya tunggu," selepas ditolak Latifah dalam majlis itu. Aiman Iskandar terus berusaha memikat Latifah menerusi Aiman Hakim. Mama juga turut terlibat dalam misi Aiman Iskandar menawan hatinya.

Sebenarnya bukan Latifah tidak suka Aiman Iskandar, dia tidak mahu ada komitmen lain selain belajar. Dia masih ada dua tahun untuk tamat sekolah menengah. Dia percaya cinta monyet tidak akan membawa ke jinjang pelamin. Dia juga rasa Aiman Iskandar hanya main-main. Dia tidak mahu kecewa ditengah jalan.

Namun dalam tempoh dua tahun, Aiman Iskandar benar-benar serius menyebabkan Latifah akhirnya setuju sebaik saja dia habis peperiksaan SPM. Serentak itu juga Aiman Iskandar tamat program persediaan ke luar negara. Dia akan berangkat ke Amerika Syarikat tidak lama lagi. Hubungan jarak jauh menguji rasa hati mereka. Aiman Iskandar bimbang Latifah akan berubah hati terus meminta Mama melangsungkan pertunangan mereka.

"Is serius?" soal Mama. Aiman Iskandar menggangguk yakin. Mama dan Baba ralat untuk membenarkan Aiman Iskandar bertunang dengan Latifah. Aiman Iskandar akan tamat belajar dalam tempoh 4 tahun. Bagi Mama, macam-macam boleh jadi dalam tempoh 4 tahun.

"paling lama 3 tahun bertunang selepas tu nikah," tambah Aiman Iskandar memberi cadangan. Mama diam. Terpancar riak risau di wajahnya. Siapa sangka dari cemburukan Latifah, Aiman Iskandar jatuh hati pada Latifah.

Setelah berbincang dengan keluarga dua belah pihak, Latifah ditunangkan dengan Aiman Iskandar sebelum Aiman Iskandar ke Amerika. Latifah juga sedia menunggu Aiman Iskandar. Dia juga mendapat tawaran dalam bidang pendidikan di universiti tempatan. Berita ini menggembirakan Aiman Hakim. Impiannya mempunyai kakak seperti Latifah hampir tercapai. walaupun hanya kakak ipar, Aiman Hakim tidak kisah.

"saya minta maaf Latifah," ucap Aiman Iskandar di dalam talian. Aiman Iskandar meminta pertunangan mereka diputuskan. Mereka berjaya mengekalkan hubungan pertunangan selama dua tahun.

"kenapa? Kita hanya ada setahun lagi. Sabarlah." pujuk Latifah. Dia tidak faham kenapa Aiman Iskandar berubah sikap.

"sebab saya dah beri hati saya pada orang lain." Itulah kali terakhir Latifah mendengar suara Aiman Iskandar.

Tanpa edit : 15.5.2018

DARI ADIK UNTUK KAKAKWhere stories live. Discover now