Imbas kembali...
Hujung minggu. Latifah sudah janji dengan kawan sekolahnya untuk bermain bowling. Dia berjalan melewati setiap kedai sambil menunggu kawannya sampai. Ada tangan kecil memeluk pinggulnya. Latifah tersentak. Siapa yang tiba-tiba datang memeluknya ini?
"kakak!" seru si pemilik tangan kecil. Latifah mencari empunya suara. Eh, Aiman. Latifah tiba-tiba kalut. Program cuti sekolah sudah dua bulan berlalu, dia masih ingat aku? Masalah!
"kenal tak? Aiman," soalnya dengan gembira. Gembira dapat bertemu kembali dengan Latifah. Sungguh dia rindu dengan Latifah. Dia masih memeluk Latifah.
"Hi, Aiman," sapa Latifah gagap. Dia menarik tangan Aiman Hakim dari terus memeluknya. Malu pun ya. Orang ramai sedang melihat adegan jejak kasih mereka. Latifah memandang sekeliling. Aiman ni datang dengan siapa? Adakah dia sesat? Mana ahli keluarga dia? Resah.
"Aiman datang dengan siapa?" soal Latifah sambil matanya mencari ahli keluarga Aiman Hakim. Takut juga dituduh cuba menculik Aiman Hakim.
Aiman Hakim menuding jari ke arah kedai Mak cik Dee. "dengan Mama dan Abang Is. Jom," Latifah tidak sempat menjawab Aiman Hakim sudah mengheretnya ikut ke meja Mama dan Abang Is duduk. Latifah sudah nampak Mama dan Abang Is sedang makan. Hatinya berdebar.
Sampai di meja, Aiman Hakim ceria memperkenalkan Latifah pada Mama dan Abang Is. Latifah pernah jumpa Mama Aiman Hakim ketika program cuti sekolah yang lepas. Cuma dia ingat lupa wajah Mama. Kali ini dia melihat dengan lebih dekat. Wajah Mama memang seorang keibuan yang penuh kelembutan. Walaupun Mama tidak senyum tetapi Latifah rasa tenang dan selesa. Latifah tidak pernah bertemu Abang Is. Ini kali pertama.
Latifah kini sudah faham kenapa Aiman Hakim tidak suka dengan Abang Is. Sangat ketara perbezaan umur Abang Is dengan Aiman Hakim yang masih sekolah rendah. Mungkin mereka beza 9 hingga 10 tahun. Ligat otak Latifah mencongak. Wajah Abang Is nampak sedikit matang. Latifah agak Abang Is mungkin sebaya dengannya atau tua dua tiga tahun. Riak Abang Is juga nampak sedikit dingin. Seolah-olah tidak gembira bertemu dengannya.
"Assalamualaikum, mak cik," sapa Latifah dan turut salam tangan Mama selepas Aiman Hakim memperkenalkan dirinya. Aiman Hakim sudah beralih arah. Duduk di sebelah Mama. Dia menggigit kentang yang sudah ditabur diatas dulang. Abang Is pula langsung tidak memandangnya masih lagi menikmati makanannya.
"Latifah, dari mana?" ramah Mama bertanya. Latifah menceritakan tujuan dia di sini. Dia sebenarnya tidak mahu menganggu keluarga Aiman Hakim. Mama cuba ajak Latifah makan sekali. Latifah menolak dengan sopan.
Lima minit kemudian Latifah meminta izin untuk beransur. Aiman Hakim tiba-tiba menahannya. "Mama, Aiman nak ikut kakak," Wajahnya yang tadi ceria kini bertukar mendung. Cepat betul emosinya berubah. Latifah hanya diam. Dia tahu Mama pandai memujuk. Dia tidak mahu masuk campur.
"Kawan Kakak sedang tunggu. Nanti lainkali Aiman ikut Kakak. Aiman habiskan dulu makanan Aiman," pujuk Mama baik-baik. Latifah menghulurkan lollipop pada Aiman Hakim. Kebetulan dia ada beli lollipop. Serta-merta Aiman Hakim gembira dan membenarkan Latifah pergi. Abang Is juga terkejut dengan sikap Aiman Hakim. Kagum dengan kuasa pujukan Latifah yang boleh mencairkan hati Aiman Hakim.
Patutlah Aiman Hakim tidak habis bercerita tentang kakak bernama Latifah selepas pulang dari program cuti sekolah tempoh hari. Setiap kali Abang Is tidak mempedulikan Aiman Hakim, dia akan membandingkan Latifah. Abang Is jahat. Kakak baik. Abang Is bukan abang Aiman. Kakak Latifah kakak Aiman. Hatinya cemburu dengan Latifah. Sebab itulah dia buat muka dingin bila Latifah datang menyapa.
YOU ARE READING
DARI ADIK UNTUK KAKAK
RandomMisi Aiman Hakim cari jodoh untuk Kakak ipar tak jadi, Teacher Latifah. #7 ranking in Abang - Jun 2018