Latifah memandang Huzaifah yang sedang melayan tetamu. Setiap tahun rumah mereka jadi tumpuan terutama bekas pelajar 5 Sains 2 berkumpul. Ariff dan Aiman Hakim sudah menempah rumahnya menjadi lokasi utama sebagai reunion mereka setiap kali hari raya. Dia dan Huzaifah tidak dapat menghalang kerana mereka adalah simbol ikatan kasih antara dia dan Huzaifah. Cinta pandang pertamanya.
Latifah masih ingat misi Aiman Hakim dan Ariff menjodohkan dia dengan Huzaifah. Dia dapat tahu bila dia terima mesej pertama dari Huzaifah.
salah mesej
Bunyi mesej masuk. Latifah capai telefon pintarnya. Dari Huzaifah. Latifah sentuh mesej tersebut. Ada emoji bentuk hati. Besar. Latifah senyum. Kelakar dan pelik. Ini mesej pertama dari Huzaifah. Tapi kenapa emoji hati? Apa maksud dia? Latifah tidak segera balas. Tidak penting dan mereka tidak kenal antara satu sama lain.
Pada masa yang sama juga, Huzaifah menghantar permohonan untuk jadi rakannya di Facebook. Latifah tekan butang terima tanpa teragak-agak. Sejak anak muridnya menambah dia sebagai rakan, Latifah lebih terbuka untuk berkawan. Asalkan dia tahu siapa yang dia berkawan. Huzaifah ini abang kepada Ariff. Ariff juga berkawan dengannya di Facebook. Jadi, tidak salah.
Keesokan harinya, Huzaifah mesej ke Whatsapp Latifah.
Assalamualaikum, minta maaf Latifah. Saya tak perasan saya tersilap mesej.
senyum. Betul ke tersilap?
saya pun pelik juga. sebab tu saya tak balas.
Beberapa minit kemudian, Huzaifah membalas mesejnya.
Ya ALLAH. Saya minta maaf sekali lagi. Ada orang hack Facebook saya add awak.
silap mesej. silap kawan. sengaja ke?
tak pe. Jangan unfriend saya sudah. Saya tak makan orang.
Beberapa hari kemudian, misteri tersebut terungkai. Huzaifah berjaya mengesan siapa dalangnya.
:) Kalau tengok tarikh ni. Saya tahu siapa yang godam telefon saya. salah mesej dan sengaja add dalam Facebook.
oh. siapa?
Ariff
oh. Tapi janganlah marah dia
ye, baik. saya tak marah dia. Patutlah baik semacam dengan saya. Sebab nak usik Teacher Latifah dia.
:)
Terima kasih Ariff. Terima kasih sebab guna nombor Huzaifah mesej Teacher. Terima kasih sebab addkan Teacher Latifah jadi kawan dia. Terima kasih sebab Teacher Latifah boleh mesej dengan dia lagi.
di depan sekolah
Nampaknya bukan rezekinya untuk menumpang kereta Huzaifah. Hari itu dia sudah ada janji dengan kawan lama yang ingin bertemu dengannya. Ariff kata motornya rosak sebab itu Huzaifah mengambil dia di sekolah. Tak apalah Ariff, Teacher boleh tatap wajah dia. Dengar suara dia sudah cukup buat hari Teacher jadi pelangi.
Lagipun, tak sopan Teacher naik kereta lelaki bujang. Nanti kecoh satu sekolah. Susah lah kalau Teacher ada skandal nanti. Cukup lah insiden gambar Aiman Hakim dan abangnya. Teacher dah serik.
Walaupun tak dapat naik kereta abang Ariff, sekurangnya Teacher tahu keretanya jenis apa. Teacher pun dah hafal no. plat keretanya. Teacher juga suka kereta warna hitam.
YOU ARE READING
DARI ADIK UNTUK KAKAK
RandomMisi Aiman Hakim cari jodoh untuk Kakak ipar tak jadi, Teacher Latifah. #7 ranking in Abang - Jun 2018