10 PERTAMA TERAKHIR

759 16 4
                                    

Fasa satukan dua hati - Minta Mama Aiman Hakim jadi telangkai untuk jodohkan Teacher Latifah dengan Huzaifah.  

Betullah orang kata kalau jodoh tak ke mana. Jodoh takkan pernah salam alamat. Mama bertemu dengan Teacher Latifah setelah tiga bulan dia tamat praktikal di sekolah Aiman Hakim. Itu pun setelah dipujuk oleh Aiman Hakim. 

Mama pada awalnya memang terkejut dan kurang setuju. "Aiman nak sibuk jodohkan Kakak kenapa?" Mama tidak puas hati.

Aiman Hakim tunduk dengan rasa bersalah. Dia tidak menyangka reaksi Mama begini. Ingatkan Mama akan gembira dengan perancangannya. "urusan jodoh bukan di tangan Aiman. Mama tak nak Aiman kecewa kalau Kakak tak terima," tambah Mama setelah lama diam. Dia bukan marah cuma kurang senang dengan tindakan anaknya. Macam mak cik bawang. Sibuk jaga tepi kain orang.

"cari jodoh pun kene usaha juga kan, Ma? Bukan muncul depan rumah," Aiman Hakim menjelaskan sebabnya. Lagipun dia percaya Teacher Latifah akan mempertimbangkannya. Dia tahu Teacher Latifah tidak mudah serah hati begitu sahaja. Tengoklah bagaimana Aiman Iskandar cuba ambil hati Teacher Latifah. Dua tahun baru Teacher Latifah terima. 

Mama diam. Bukan dia tidak menjawab tetapi pasti ada saja hujah dari Aiman Hakim. "Mama boleh tolong Aiman, kan? " Aiman Hakim masih cuba menujuk Mama menyertai pakatan misinya. 

"Abang Ariff macam mana? Dia tahu?" Mama menjeling Aiman Hakim. Sebelum dia buat keputusan, dia perlu tahu keseluruhan situasi misi Aiman Hakim. Aiman Hakim teragak-agak menggeleng. 

Mama menghela nafas. "Aiman, nak jodohkan orang kene tahu status dia. Mama tak nak kalau Kakak setuju, abang Ariff pula dah berpunya. Kakak yang malu nanti," suara Mama dah naik satu oktaf. Memang anak lelakinya masih remaja belum matang sepenuhnya. Nampaknya dia perlu mengambil alih misi Aiman Hakim. Kalau betul nak, buat betul-betul. 

Sekarang, Mama dan Teacher Latifah berada di dapur rumah keluarga Teacher Latifah. Keluarga Teacher Latifah buat rumah terbuka sempena hari raya. Teacher Latifah menjemput keluarga Aiman Hakim datang kerana ketika dia pindah dahulu dia dan Aiman Iskandar putus tunang. Keadaan menjadi rumit. Keluarga Aiman Hakim tidak dapat menziarah keluarga Teacher Latifah ketika itu dan sekarang masing-masing sudah menghalalkan apa yang terjadi. 

Mama menarik Teacher Latifah ke dapur. Ada perkara yang ingin dia bincangkan berdua dengan Teacher Latifah. Aiman Hakim diluar berbual dengan ibu bapa Teacher Latifah. "kalau Mama ada calon menantu untuk Kakak, Kakak nak terima tak?" tanya Mama dengan berhati-hati. Teacher Latifah tidak menjawab. Dia mengenggam kedua tangan Mama erat. Dia hanya tersenyum. 

Teacher Latifah kemudian melepaskan genggaman tangan kirinya. Dia menyeluk poket baju kurung. Dia mengeluarkan telefon pintarnya. Mama hanya memerhati. Teacher Latifah menunjukkan sekeping gambar. Huzaifah. Abang Ariff. "kalau calon menantu yang ni, boleh?" 

Mama menutup mulutnya. Matanya terbuka luas. Terkejut sehingga Mama menitiskan air mata. Terharu. Mama segera memeluk Teacher Latifah ketat-ketat. "boleh sangat," lembut Mama menjawab. Teacher Latifah masih lagi dalam pelukannya. Gembira. 

"Kakak pilih dia sebab Aiman ke?"soal Mama setelah mereka meleraikan pelukan. Teacher Latifah tetap diam. 

"Mama percaya cinta pandang pertama?" Teacher Latifah membalas dengan soalan. Dia membuka cerita sebenarnya. Pertama kali dia bertemu Huzaifah hatinya berdebar. Kalau Teacher Latifah bandingkan rupa paras Huzaifah dengan Aiman Iskandar, Aiman Iskandar jauh lebih kacak. Huzaifah lebih nampak segak. Auranya luar biasa. Walaupun pekerjaannya yang menampakkan dia garang, Latifah langsung tiada rasa takut. Malah dia rasa selesa dan senang berbual dengannya. Macam sudah lama kenal.

"Kakak nak Mama pinangkan dia untuk Kakak?" tanya Mama apabila Mama nampak sinar mata Teacher Latifah bercahaya bila nama Huzaifah disebut-sebut. Kalau tadi dia mahu menjodohkan Teacher Latifah dengan Huzaifah atas permintaan Aiman Hakim, sekarang rancangan mereka bertukar. Dia benar-benar mahu Huzaifah menjadi pasangan menantu-tidak-jadinya ini. 

"Jangan risau. Tak salah pun kalau perempuan merisik orang lelaki," pujuk Mama. Lari dari adat tidak salah, asal tak lari dari syariah Islam. 

"nanti Mama bagitahu Mak dengan ayah ye. Kakak segan," pohon Teacher Latifah. Wajahnya bertukar merah. Malu. Apatah lagi kongsi rasa hatinya dengan mentua-tak-jadinya. 

Mama tanpa lengah terus pergi merisik Huzaifah pada minggu seterusnya bersama ibu bapa Teacher Latifah. Mama langsung tidak memberitahu Aiman Hakim tentang misinya yang sudah berubah. Aiman Hakim hanya ikut Mama ke rumah Huzaifah dengan sangkaan Teacher Latifah setuju dijodohkan dengan Huzaifah. 

Sudahnya, Aiman Hakim mendapat khabar tentang kejutan tersebut dari Ariff. Ketika Aiman Hakim sampai depan pintu, Ariff sudah menarik dia ke halaman rumah. "kau tahu Teacher Latifah datang meminang abang aku?" 

Aiman Hakim hanya menggeleng. Bingung. Riak Ariff tidak dapat dibaca. "Mama!" seru Aiman Hakim. Kini dia mula faham. Aiman Hakim tepuk dahi. Patutlah Mama diam lepas balik dari rumah Teacher Latifah hari tu. Dia ingatkan misinya berjalan seperti yang dirancang.

"Teacher Latifah kenakan kita ke, Man?" tanya Ariff risau. 

"Atau Mama nak kenakan kita!"sahut Aiman Hakim. Resah. Aiman Hakim cuba masuk ke dalam rumah tapi dihalang Ariff. 

"kita tunggu majlis selesai," Ariff menenangkan Aiman Hakim. Dia tidak mahu merosakkan majlis yang berlangsung didalam rumah Ariff. Air muka kene jaga. Ariff menarik Aiman Hakim duduk di bangku. Mereka perlu bertenang. Keadaan sekarang sangat mengelirukan. 

"nah," ada tangan menghulurkan dua batang lolipop setelah lama Ariff dan Aiman Hakim diam membisu. Ariff dan Aiman Hakim mengangkat wajah mereka memandang empunya tangan. Huzaifah.

"hadiah dari Latifah. Dia pesan good job." tambahnya. Lolipop bertukar tangan. Huzaifah terus berlalu tanpa beritahu apa-apa. Ariff dan Aiman Hakim tercengang. Sampai ke sudah masih belum tahu cerita sebenarnya. Tergantung. 


"Kakak tahu masa 'Huzaifah' whatsapp Kakak. Pada masa yang sama request nak jadi rakan Facebook,"ujar Teacher Latifah pada Aiman Hakim dan Ariff. Teacher Latifah menjelaskan kedudukan sebenar kepada mereka ketika majlis pertunangannya dengan Huzaifah. Huzaifah turut duduk bersama mereka. Dua bulan Teacher Latifah simpan cerita tersebut dari pengetahuan Aiman Hakim dan Ariff. Dua bulan Aiman Hakim dan Ariff berteka-teki. 

Aiman Hakim menyiku Ariff. Ariff membalas balik. Tidak mahu mengaku kalah. Kini semua sudah terjawab. Majlis pertunangan diadakan selepas dua bulan majlis merisik. "Nak gaduh kenapa? Kan dah selamat bertunang? Hujung tahun ni majlis nikah. Tak suka ke?" Teacher Latifah sengaja buat suara garang. 

"whoa~" serentak Aiman Hakim dan Ariff bersorak. Pertama kali mereka melihat Teacher Latifah marah. Huzaifah ketawa. Teacher Latifah kemudian ikut sengih. Dia sengaja buat muka tegang. Takut juga Aiman Hakim dan Ariff dengannya. 

"Lambatnya, hujung tahun," sahut Aiman Hakim. 

"tak bersyukur. Ni hadiah untuk orang yang nak SPM," balas Teacher Latifah geram. Aiman Hakim gelak tetapi tidak Ariff. Dia masih belum biasa melihat perangai santai Teacher Latifah. 

Dan di majlis walimah Teacher Latifah, satu kelas 5 sains 2 hadir sebagai tetamu khas Teacher Latifah. Ia tanda sebagai terima kasih. Terima kasih kerana dia jatuh cinta pandang pertama. Terima kasih sebagai saksi untuk cintanya terakhir. 


Ending tergesa-gesa tanpa edit: 7.6.2018  11:45PM


Terima kasih kerana sudi baca. Jangan Lupa Share, comment dan vote. 


DARI ADIK UNTUK KAKAKWhere stories live. Discover now