Hari pertama untuk sesi pengajaran. Juga sesi perkenalan dengan guru kelas. Tanpa arahan dari ketua kelas, semua pelajar kelas 5 Sains 2 mengambil tempat masing-masing dan berdiri hormat apabila seorang guru perempuan masuk ke kelas mereka.
"Assalamualaikum. Saya Teacher Latifah. Guru kelas 5 sains 2. Ganti Cikgu Maznah. Dia cuti bersalin Saya akan mengajar subjek Bahasa Inggeris." Latifah memperkenalkan diri sebaik saja semua pelajar duduk. Dia sebenar rasa gemuruh untuk memikul tanggungjawab sebagai guru kelas 5 Sains 2. Apatah lagi, semua pelajarnya adalah lelaki. Latifah anak bongsu dan tidak ada adik lelaki. Adakah dia mampu mengendalikan kelas 5 Sains 2 ini? Latifah berdoa agar semuanya baik-baik saja.
Aiman Hakim melihat tidak terkelip sehingga Ariff rakan semeja Aiman Hakim menyikunya barulah dia tersedar. Pada pandangan Ariff, Aiman Hakim seperti terpukau dengan Teacher Latifah. Sebenarnya Aiman Hakim terkejut apabila Teacher Latifah menggantikan Cikgu Maznah. KAKAK. LOLIPOP. Apa yang sedang berlaku? Nampaknya, dia akan selalu mengadap Teacher Latifah. Aiman Hakim masih belum bersedia dengan pertemuan mendadak begini. Kenangan pahit 4 tahun lalu masih belum dia lupakan.
"Kakak minta maaf, Aiman. Maafkan Abang Iskandar ye," Itulah kali terakhir Kakak juga merangkap Teacher Latifah menghubunginya.
Aiman Hakim memerhati Teacher Latifah. Tudung merah jambu. Berbaju kurung kapas berbunga kecil warna merah hati. Berkaca mata. Aiman Hakim tahu merah warna kegemaran Teacher Latifah. Teacher Latifah masih seperti dulu. Setiap busana yang dipakai Teacher Latifah mesti ada warna merah. Walau hanya sekecil-kecil biji sawi. Kalau tiada warna merah, Teacher Latifah akan jadi seperti singa.
"cikgu dah ada mata air? kalau tak da, saya nak jadi mata air cikgu," ada suara mengusik. Aiman Hakim tahu pelajar kelasnya akan mengusik setiap guru muda masuk sekolah itu. Pantang tengok perempuan muda.
Teacher Latifah tidak menjawab, hanya tersenyum. Bukan dia tak biasa dengan begitu. Mana-mana lelaki yang dia jumpa pasti akan bertanya tentang statusnya. Ayah dan Emak ada berpesan kepadanya tentang perangai pelajar lelaki mudah tetarik dengan cikgu perempuan.
Teacher Latifah tak ada mata air. Teacher Latifah masih patah hati. Barangkali. Seru hati Aiman Hakim. Dia tahu status Teacher Latifah. Kalau ikut darah mudanya yang tengah mendidih, Aiman Hakim mahu menyerang pelajar tersebut. Tapi melihatkan Teacher Latifah yang hanya tersenyum. Susah untuk marah. Aiman Hakim tenangkan diri. Teacher Latifah memang mudah diusik. Dulu dia pun begitu. Malah lebih lagi, kalau boleh mahu berkepit dengan Teacher Latifah setiap masa.
"cikgu orang mana? Asal sini ke?"
"Cikgu suka lelaki macam man? Kelakar?"
"Cikgu ada instagram? Facebook?"
"Hari jadi cikgu bila?"
Kelas Aiman Hakim riuh dengan macam soalan ditanyakan kepada Teacher Latifah. Teacher Latifah diamkan sahaja. Dia tidak perlu gopoh. Dia ada 3 bulan untuk suai kenal dengan pelajarnya. Teacher Latifah melihat senarai nama pelajarnya. Semuanya 22 orang.
"Apa kata, masing-masing kenalkan diri. Nama, asal dan cita-cita," Teacher Latifah menghentikan suara-suara yang bertanya. Ajaibnya, semua diam mendengar kata.
"kita mula sebelah kiri Cikgu," usul Teacher Latifah. Tanpa membantah, laju sahaja pelajar pertama bangkit memperkenalkan diri. Setiap kali pelajar memperkenalkan diri, Teacher Latifah akan mencatat pada helaian kertas senarai nama.
"Aiman Hakim Bin Suhaimi. Asal Lundang. Cita-cita, bukan cikgu. Bukan Engineer Software tapi cari jodoh untuk Kakak," Aiman Hakim bangkit dan bersuara dengan serius. Aiman Hakim nampak riak terkejut Teacher Latifah. Ya, sebenarnya Latifah langsung tidak menyedari kewujudan Aiman Hakim. Hasbi dan Ariff pula mengerutkan dahi. Kakak? Sejak bila Aiman Hakim ada mahu kakak? Bukankah dia mahu jadi doktor?
"kenapa nak cari jodoh untuk Kakak?" soal Teacher Latifah tenang. Cuba berlagak minat dengan cita-cita pelik Aiman Hakim.
"Kakak putus tunang disebabkan saya," jawab Aiman Hakim dengan serius.
"semoga berjaya," sahut Teacher Latifah sambil ketawa. Mungkin rasa lucu dengan jawapan Aiman Hakim. Pada pendengarannya, Aiman Hakim masih menjawab secara keanak-anakan. Teacher Latifah beralih pada pelajar seterusnya. Aiman Hakim terus memerhati tingkah laku Teacher Latifah. Kakak gembira atau sedih melihatnya? Aiman Hakim masih berteka-teki.
" kita kena lantik ketua kelas. penolong ketua kelas dan bendahari. Ada cadangan nama?" Selesai dengan suai kenal dengan pelajarnya, Teacher Latifah ke agenda seterusnya. Kelas senyap. Teacher Latifah tahu prosedur pemilihan ketua kelas tetapi dia sengaja mahu melihat kesungguhan pelajarnya. Teacher Latifah terpandang Aiman Hakim yang sedang tunduk.
Tiba-tiba idea datang. Teacher Latifah sebenarnya terkejut dengan kehadiran Aiman Hakim. Dia terlupa sebenarnya Aiman Hakim bersekolah di sini. Aiman Hakim pernah beritahunya 4 tahun lepas. Dia masih perlukan masa dan bukan niatnya berlakon seperti tidak mengenali Aiman Hakim tadi. Mungkin ada baiknya dia melantik Aiman Hakim menjadi ketua kelas dan dia boleh sesuaikan diri dengan Aiman Hakim nanti. Adalah sebab untuk dia kembali seperti dulu.
"Anas, teacher," sahut salah seorang pelajarnya. Serentak itu, semua menjerit setuju dengan perlantikan Anas sebagai ketua kelas sebelum sempat Teacher Latifah memberi cadangan. Teacher Latifah senyum. Anas menang tanpa bertanding.
"kalau macam tu, Teacher lantik Aiman Hakim jadi penolong ketua kelas," pantas Teacher Latifah bersuara.
"saya cadang Najmi jadi bendahari, Teacher," ada suara lain pula menambah. Kali ini semua mengetuk meja tanda setuju. Teacher Latifah ketawa. Beruntung dia jaga kelas 5 sains 2. Semua kerjanya selesai tanpa ada masalah.
"Teacher ulang sekali lagi, Anas Azmi sebagai ketua kelas. Aiman Hakim Suhaimi sebagai penolong ketua kelas dan Najmi Bakhtir sebagai bendahari," ulang Teacher Latifah sambil menulis nama-nama tersebut di dalam buku kedatangan murid.
"Anas nanti setiap hari awak datang ambil kehadiran pelajar dan maklumkan kepada saya kalau saya tak masuk pada waktu pagi. Ada apa-apa soalan?"
"teacher, nak nombor telefon? Nanti kami add dalam group whatsapp," Anas memaklumkan pada Teacher Latifah. Teacher Latifah termangu. Dia lupa zaman teknologi yang canggih sekarang semuanya dihujung jari. Dia serba salah.
Dia memberi sehelai kertas kosong. " tulis nama dan nombor telefon masing-masing. Nanti saya akan hubungi Anas untuk masuk dalam group nanti," Dia harus professional. Kalau ada yang mengurat nanti, pandai-pandailah dia elak nanti. Mengajar di sekolah lelaki memang begini.
"dan yang terakhir, I want you write an essay," Teacher Latifah sudah bergerak ke papan hitam. Dia menulis tajuk essay – First day. Kelas bergema dengan keluhan pelajar. Hari pertama sekolah sudah dapat kerja rumah.
"write anything about your first day. First day when fall in love. First day when away from family. First day at new school. Hantar hari khamis sebelum balik," Teacher Latifah tidak gentar dengan keluhan pelajarnya. Teacher Latifah memang sengaja mendera pelajar menulis esei. Salah satu cara untuk dia menilai kemahiran Bahasa Inggeris pelajarnya.
Kelas pertama sudah ada kerja rumah! Haru.
YOU ARE READING
DARI ADIK UNTUK KAKAK
RandomMisi Aiman Hakim cari jodoh untuk Kakak ipar tak jadi, Teacher Latifah. #7 ranking in Abang - Jun 2018