Setelah 15 minit dalam perjalanan, kereta Appa pun berhenti dihadapan sebuah sekolah yang gah dan............ Mewah?Tak kesahlah mewah ke tak, asalkan aku dapat belajar je. Kemewahan tu aku tak ambik kira sangat dalam hidup.
Sebab dah biasa hidup dalam kesederhanaan.
************************************
(Bilik pengetua)
"Baiklah, kami pergi dulu, ya? "Kata Eomma dan Appa.
Aku hanya memandang mereka meninggalkan bilik itu. Kini, mataku memerhatikan sekeliling bilik itu. Untuk buang boring je. Sebab dari tadi aku duduk.
Tiba tiba aku dipanggil oleh seorang cikgu yeoja.
"Jiyeon-ssi"Aku terus berpaling kearahnya yg berada diluar pintu.
"Mari ikut saya"katanya. Akur dengan kata-katanya, aku terus pergi ke luar.
************************************
"Murid-murid, harini kita ada murid baru"kata Cikgu Hara, cikgu yg memanggilku tadi. Mendengar ayat itu, terus mereka bising, macam kera. Ada yg berbisik, ada yg buat slumber je.
"Shhh... Diam pelajar"mereka kembali normal. Mungkin menghormati guru.
"Jiyeon, masuk kedalam"
Ayat itu mendebarkan aku. Kakiku melangkah ke dalam kelas itu. Ramai mata mata memandangku, tapi aku hanya bersahaja.
Tapak kakiku berhenti dihadapan khalayak pelajar.
"Annyeonghaseyo, Jung Jiyeon ibnida..Harap korang boleh berkawan dengan saya... Lagipun, saya friendly, jangan risau! "Kataku, sambil tersenyum manis.
"Baiklah, Jiyeon. Tempat duduk kamu sebelah Min Yoojin"ujar Cikgu Hara.
"Nae, saem"kataku lalu berjalan menuju ke sebuah meja sebelah Yoojin.
Sebaik sahaja melabuhkan punggung, aku terus disapa.
"Annyeong, Jiyeon-aa. Saya Yoojin"katanya lalu menghulurkan tangan tanda persahabatan.
"Oh, annyeong! Gembira berjumpa dengan awak"kataku.
"Awak dari mana? Nampak macam bukan dari sini"teka Yoojin.
"Saya dari Busan. Tapi, asalnya dari Seoul. Cuma saya dibesarkan di Busan"
"Ouh.... "Yoojin hanya menggumam.
"Baiklah, pelajar. Mari kita mulakan mata pelajaran" Cikgu Hara membuka pintu ilmu pada hari itu.
************************************
YOU ARE READING
The Promise + jungwoo (COMPLETED)
Fanfiction"Lelaki dengan perempuan boleh ke jadi kawan baik?"-jungwoo "siapa cakap tak boleh? "-jiyeon Kata orang, perempuan dan lelaki tak boleh jadi kawan rapat, sebab salah seorang daripada mereka akan jatuh cinta, lebih teruk lagi bila dua dua suka! Tapi...