Kakiku melangkah ke ruang makan sambil membawa perut yg lapar. Mestilah lapar! Seharian tak makan, bro!Aku pun melabuhkan punggung di atas kerusi. "Lama ke Eomma dan Appa tunggu?" ujarku, serba salah. Walaupun mereka tidak mangasuh dan membesarkanku bertahun lamanya, tapi sayang terhadap Eomma dan Appa tak pernah pudar, masih sama seperti dulu.
"Tak, baru je.. "Kata Eomma sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya dengan senyuman lega. "Apa tunggu lagi? Mari makan"Appa membuka tirai selera kami.
Semasa makan, sunyi dan senyap je rumah tu. Tak macam di kampung nenek. Riuh rendah bila makan. Sempat lagi bergurau senda.
Tiba tiba lamunanku dilenyapkan oleh panggilan Eomma.
"Jiyeon"
"Nae?"Aku sedikit terkejut.
"Esok Eomma dengan Appa nak daftar kamu ke sekolah baru. Pasal barang keperluan sekolah, kamu tak payah risau. Semuanya Eomma dgn Appa dah siapkan."Eomma menerangkan dgn teliti.
Aku hanya mengangguk perlahan tanda bersetuju.
"Tapi sebelum tu, kamu berminat dalam bidang apa? Boleh Eomma dgn Appa aturkan.. Kan,sayang?"cadang Appa.
"Mhmm,betul tu..Kamu nak masuk bidang apa?"balas Eomma.
Aku menggaru kepalaku yg langsung tak terasa gatal itu. Pening dengan soalan soalan yg ditujukan utk aku.
"Emm....Jiyeon minat bidang muzik...Lagipun Jiyeon kat kampung slalu belajar seni dan alat muzik tradisional dari nenek dan atuk....."
"Banyak yg diorang ajar kat Jiyeon"kataku lagi,dengan niat memuji kebolehan nenek dan atuk yg amat mahir dalam pengetahuan tentang muzik tradisional dan sejarah sejarah kuno muzik.
Eomma dan Appa hanya mengangguk tanda setuju.
"Baiklah,nanti Eomma dan Appa uruskan"kata Appa. Aku hanya tersenyum.
Setelah selesai makan, aku menuju ke dapur untuk mencuci pinggan tapi tak dibenarkan oleh Eomma.
"Kenapa tak boleh?"
"Takpe, biar pembantu rumah yang uruskan"
"Tapi Jiyeon tak biasa nak suruh orang buat kerja, Eomma.... "
"Takpe, biar pembantu rumah jalankan kerja dia.... Sekarang, naik atas, pergi tidur"
"Tapi... "
"Kan Eomma cakap tak ape"ujar Eomma, lembut. Aku hanya menyerah kalah. Jujur, aku tak biasa dengan pembantu rumah, kerja semua orang lain buat... Aku rasa pelik sebab aku tak pernah suruh orang buat kerja yg sepatutnya aku buat... Tapi takpelah, aku ikut je cakap Eomma...
YOU ARE READING
The Promise + jungwoo (COMPLETED)
Fanfiction"Lelaki dengan perempuan boleh ke jadi kawan baik?"-jungwoo "siapa cakap tak boleh? "-jiyeon Kata orang, perempuan dan lelaki tak boleh jadi kawan rapat, sebab salah seorang daripada mereka akan jatuh cinta, lebih teruk lagi bila dua dua suka! Tapi...