23

225 32 0
                                    

Aku makin runsing.

Otak aku dh bercelaru, sama macam apa yg dah jadi skarang nih..

Sekarang, aku dgn Taemin dah takde pape hubungan lagi... 😶

Aku rasa serba salah sebab buat dia macam tu.

Aku tk tahu pulak yg bende ni akan jadi macam ni....

Semua dah jadi haru biru... 😦

************************************

(Di sekolah)

Aku duduk sambil bersembang dgn Yoojin.

Haritu aku langsung tak bercakap dgn sesiapa selain Yoojin dan classmate yg lain kecuali Jungwoo.

Mataku kemudian tertancap pada meja Taemin yg berada di sebelahku.

"Dia... Tak hadir ke?"

Baru sahaja aku mengeluarkan kata-kata tu, terus Taemin muncul dari pintu utama.

Wajah straight dan muram itu buat aku sebak.

Dia kemudian memandangku yg hanya tunduk.

Kerusinya ditarik dan segera menghenyakkan punggung.

Aku yg berada disebelahnya tak dihiraukan.

Aku rasa nak nangis pun ada.
Serba salah sebab buat dia macam tu...

************************************
(Masa P.E)

Aku dan Yoojin berjalan menuju ke kabin sbb nak tukar baju untuk masa p.e.

Time dah tukar baju, aku rasa nak kencinglah pulak.

"Yoon, kau pergilah dulu. Aku nak kencing ni"kataku sambil tahan air kencing.

"Emm.. Takpelah.. Aku temankan kau"
Kata Yoojin.

"Guinchana. Kau pegilah dulu... Aku okey sorang-sorang"kataku lalu tersenyum manis.

"Kalau macam tu, aku gerak dululah"kata Yoojin.

Aku mengangguk laju.

Dia pun mengorak langkah menuju ke padang.

Kini, hanya tinggal aku dalam kabin.

Kaki segera dikorak ke tandas pelajar. ************************************
(Dalam tandas)

"Fuhhh... Lega dapat melepas..." kataku.

Sedang aku melepas, terdengar bunyi orang mengunci pintu tandas dari luar.

"Takkanlah...."aku terkejut.

Kakiku mengorak langkah ke luar.

Kepulan asap menganggu penglihatanku dan menyukarkan pernafasan.

"Gas... Beracun?"

Pintu tandas itu aku pulas tombolnya. Tapi, langsung tak membantu.

"Tolong!! Tolong bukak pintu nih!!"aku menjerit pula. Langsung tak memberikan apa-apa tindak balas.

"Tolonglah aku... Aku boleh mati sekarang nih!"tangisanku memecah kesunyian tandas itu.
************************************
(Luar tandas)

Hara memandang pintu tandas yg bergegar itu tanpa membantu.

Kunci ditangannya digenggam erat.

"Mianhae, Yeon-aa"

"Aku buat semua nih sebab aku nak bersama dengan Jungwoo"

Dia kemudian melangkah pergi.
************************************
(Dalam tandas)

Aku menutup mulut dan hidungku daripada menghidu gas beracun itu.

Siapa yg tergamak buat macam ni kat aku?

Apa yg aku dah buat kat dia sampai dia sanggup nak bunuh aku..?

Aku yg hampir tak terdaya nih mencapai alat pemadam api dan cuba menghentak tombol tu, tapi aku kemudian rebah.

Rebah dan tak bermaya.

************************************
(Padang)

"Mana Yeon nih?"kata Yoojin sambil melihat jam ditangannya.

"Dah 20 minit. Takkan masih dalam tandas kot"

Dia kemudian memandang Hara yg keluar dari bangunan sekolah.

"Hara-ya"panggil Yoojin.

Hara menoleh dan menjawab panggilannya.

"Kau pergi kabin tadi, kan? Ada nampak Jiyeon tak?"soal Yoojin.

Hara jadi pucat.

"Tak.. Aku tak nampak langsung dia"kata Hara.

"Ouh, yeke? Mungkin dia sembelit kot... Takpelah.."kata Yoojin lalu mengorak langkah ke dalam bangunan sekolah setelah meminta izin daripada Cikgu Jung.
************************************
(Luar tandas)

"Isy, lama betul perempuan nih"kata Yoojin.

Tombol pintu dipulas tapi....

"Terkunci? Dah kenapa pulak ni?"ujar Yoojin.
Tombol kunci dipusing berkali-kali.

"Jiyeon-aa! Kau ada kat dalam ke?"

Dia kemudian melihat kearah ruang bawah dan atas tandas.

Dua ruang tu keluarkan gas.

"Gas... Beracun?"

Yoojin jadi panik.

Pintu itu diketuk kuat.

"Jiyeon! Kau boleh tak dengar aku?!"

Yoojin cuba menolak pintu itu namun tak terdaya.
************************************
(Padang)

Yoojin berlari sekuat hati.

"Saem!"

Cikgu Jung menoleh.

"Jiyeon.. Jiyeon pengsan dalam tandas!"jerit Yoojin.

Jungwoo menoleh kearah Yoojin kemudian mengorak langkah ke tandas.

"Jungwoo!"Taemin menahan Jungwoo.

"Kau nak apa?"

"Biar Cikgu Jung yg uruskan. Kita tak perlu nak sibuk"

Jungwoo menoleh kearah Taemin.

"Kalau macam tu, sampai bila?"

"Jiyeon boleh mati tahu tak?!"

Taemin mendiamkan diri.

"Tolong jangan jadi pengecut"kata Jungwoo lalu menepis tangan Taemin.

Kaki Jungwoo terus berlari ke tandas pelajar.

(Luar tandas)

Semua pelajar berkerumun diluar.

Jungwoo mendukung Jiyeon keluar dari tandas.

Taemi memandang ke arah Jungwoo.

"Kau.. Sukakan Jiyeon, kan?"soal Taemin dengan suara yg lantang.

Soalan itu buat semua pelajar bengang. Ada jugak yg mula berbisik.

Jungwoo memberhentikan langkahnya.

Keluhan berat dilepaskan.

"Kalau aku suka dia..... Apa salahnya?"

Jungwoo kemudian mengorak langkah menuju ke ambulans yg dipanggil oleh Cikgu Jung.

Semua pelajar tercengang.

Keluhan berat dilepaskan oleh Taemin.
************************************

The Promise + jungwoo (COMPLETED)Where stories live. Discover now