BAB 2

1.6K 55 0
                                    

KAY menghentikan langkah di depan pintu bilik temu duga tadi. Pintu tadi belum ditutup sepenuhnya dan tangan Kay menghadang agar dia boleh mendengar perbualan mereka yang masih berada di dalam. Dia tunduk ke arah lantai tanpa peduli beberapa orang calon yang sedang duduk berderet di kerusi panjang.

"Orang lain pun tak cukup syarat macam dia juga. Hampir semua tak ada pengalaman dan bukan dalam bidang kita. Tapi papa suka dia, nampak boleh diharap." Suara Tuan Rafael kedengaran di hujung telinga.

"Dia ada ciri-ciri kepimpinan, pandai bercakap, berkeyakinan dan ada nampak tak lakaran yang dia hantar kat kita? Not bad at all," puji Encik Shah.

Kay diam. Dia pasti orang yang mereka tengah bualkan itu adalah dirinya.

"Internet melambak Shah. Mana-mana orang boleh crop sana sini dan jadikan sebagai hasil kerja masing-masing." Ian seolah-olah mencari kelemahannya.

Kay mendengus halus. Memang dia banyak belajar dari internet, google dan youtube. Tapi tak bermakna dia langsung tak ada idea untuk buat homework tu sendiri. Sekurang-kurangnya Kay dah tunjuk keikhlasan dengan membuat lakaran itu bersungguh-sungguh tapi sayangnya lelaki bernama Ian Ghadafi itu menilai dengan sebelah mata.

"Dengan kebolehan yang ada pada dia, berkemungkinan besar kita akan rugi kalau nak lepas dia macam tu aje," sambung Encik Shah lagi.

"Pelik, sampai tiga kali dia minta kerja kat sini," gumam Ian Ghadafi, terasa sinis masuk ke deria Kay.

"Macam tu kita reject ajelah. Bagai kau kata tadi, budak ni entah-entah google internet aje."

Kay kemam bibir mendengar kata-kata Encik Shah. Terasa harapannya kian menipis bila orang yang paling menyokongnya tadi bertukar fikiran.

"Tu tanda usaha dia Shah. I nak tahu sejauh mana dia boleh pegang benda baru. Arkitek jadi cik interior designer... Kenapa dia nak sia-siakan kebolehan yang dia ada?"

"Orang belajar bertahun pun belum menguasai semua kemahiran interior, inikan lagi orang yang bertukar bidang," keluh Tuan Rafael. "Papa suka dia tapi..."

Nampak sangat Kay belum berjaya menambat hati ketiga-tiga lelaki itu. Matilah kalau usahanya kali ini jadi sia-sia. Tak kan betul-betul dia nak apply jadi tea lady pula?

"Papa, kita bukan nak cari yang betul-betul dah hebat dalam bidang ni. Dia akan jadi pembantu kita aje. Jumpa klien, beri idea dengan lakaran, yang lain kita akan tentukan sendiri." Suara Encik Shah membela.

Kay menoleh ke sisi memerhati candidate lain yang sibuk mengulang kaji idea lakaran masing-masing. Lima orang yang duduk di situ seolah-olah punya background dalam bidang kerja ini. Tiba-tiba dia jadi musykil. Perlukah dirinya masuk ke kolej untuk belajar sebelum meminta kerja di sini? Tapi berapa lama sampai dia dapat sijil untuk jadi pro dalam bidang ni? Dua tahun? Tiga tahun?

Mustahil Kay mahu menunggu selama itu. Lebih baik dia belajar dalam kelas malam sambil bekerja untuk cover kelemahan yang masih terserlah. Ah, kenapa Kay tak suarakan idea tu pada mereka tadi? Kay memejam mata rapat. Tangannya masih menahan pintu agar dia boleh mendengar perbualan ketiga-tiga lelaki tadi.

"Dulu kau belajar arkitek jugak kan?" Tanya Encik Shah.

"Aku quit..." Kedengaran helaan nafas panjang dari Encik Ian.

Oh, dia berhenti. Kay tersenyum senget.

"She is better than you."

"Aku quit ada sebab..."

"Jangan cakap sebab nak tolong papa. Alasan tak munasabah. Cakap je kau dah tak minat study."

"Jadi Ian nak kita ambil Miss Kay Dhamina dan Shah nak buang cari orang lain lagi?" Soal Tuan Rafael. Mungkin gelisah melihat perbualan yang menjurus ke arah pergaduhan kedua-dua anaknya.

"Dia single lagi, Ian mesti nak lah. Yang tiga orang perempuan lain ni dah berkahwin dan selebihnya lelaki."

Kay dapat bayangkan bagaimana Encik Shah mencemik muka sewaktu sedang bercakap. Otaknya ligat berfikir. Maknanya Encik Ian lebih sukakan perempuan berbanding dengan Encik Shah. Dengan muka Ian Ghadafi tu, boleh je Kay bayangkan dia adalah buaya darat yang suka menjadikan lelaki muda sebagai mangsanya.

"Suka hati kau main tuduh. Aku dah cakap nak tengok cara kerja dia, bukan peduli dia single dan tak single. Lagipun, gaji dia rendah aje. Nak ambil budak-budak yang ada kelulusan macam tak patut pula. Baik dia orang cari peluang kat syarikat yang lebih besar."

"Sebab kau tak peduli orang panggil kau buaya." Encik Shah membidas.

Kay membulat mata. Kata-kata Encik Shah selari dengan kata hatinya sebentar tadi. Perasaannya semakin kuat menyatakan Ian Ghadafi adalah orangnya... Orang yang menyebabkan dia melangkah kaki ke syarikat kecil ini!

"Kau lagi buaya dari aku, tahu?" Ian membalas perlian Encik Shah.

"Let's talk about our candidate. Sampai bila pun tak berakhir kalau asyik bergaduh dengan topik yang sama. Pendapat Shah bagaimana?" Tanya Tuan Rafael.

Kay menggenggam tangan tak sabar menanti jawapan.

"Miss, miss boleh duduk di ruang menunggu. Pintu ni kena tutup dulu, ya."

Tiba-tiba dirinya ditegur oleh seorang wanita yang memakai kad pekerja syarikat ini. Cepat-cepat Kay menyusun senyuman walaupun malu ditegur begitu. Dia berjalan ke depan dan duduk bersama orang lain di kerusi panjang. Meninggalkan jawapan Encik Shah yang ditunggu-tunggunya.

Kalau tidak kerana wanita itu tadi, tentu dia boleh tidur tenang malam ini. Tapi Kay pasti harapan yang dirinya bakal diambil bekerja adalah 50-50. Tengoklah macam mana... Kalau gagal lagi, Kay tidak segan-segan menghantar resume nya semula, walau sebagai cleaner pun dia sanggup. Ada sesuatu di dalam syarikat itu yang perlu dia tahu.

"InsyaALLAH keputusan temu duga akan diemel dan kami akan telefon atau sms kepada semua... Terima kasih kerana sudi datang ke Fantasia Design."

I Want You, Kay Dhamina (TERBIT) Where stories live. Discover now