BAB 3

1.4K 55 0
                                    

KAY mengambil tempat duduk di ruang meja official miliknya. Namanya tertera indah di atas meja itu. Dia bukan tak bangga, tapi matlamatnya bukan sepenuh ke atas meja itu. Ada misi utama yang belum dicapai.

Di ruangan kecil itu, Kay boleh nampak semua orang. Mejanya yang paling tepi tapi dia boleh melihat jelas bilik lelaki bernama Ian Ghadafi melalui cermin lut sinar. Tadi dia mendapat tahu, Encik Shah mengambil orang lain dan Ian Ghadafi pula mengambil dirinya sebagai pembantunya.

Tiga lagi meja diduduki oleh dua orang perempuan dan seorang lelaki. Dua orang tadi memperkenal diri sebagai Kak Nura dan Ainsya, lelaki di sisinya pula meminta dipanggil sebagai Arif.

"Kay dah jumpa Mr Ian ke?" Tanya Kak Nura membetulkan cermin mata besarnya di atas hidung.

"Panggil dia Mr Ian ke?" Soal Kay dengan suara yang kecil.

"Nak panggil dia bos ke tuan ke okey juga. Tapi kita orang panggil Mr sebab dari Kak Nura lagi panggil Mr," balas Ain.

"Nak panggil abang pun okey juga tu, Kay." Arif menyengih.

"Jangan dengar si Arif mengarut. Dia memang senget sikit."

"Kay dah jumpa belum?"

Kay menggeleng kepala. "Macam sibuk aje dia?"

"Dia tu memang selalu sibuk. Struggle nak cari projek sebab projek banyak dikebas orang atas, Encik Shah."

"Kenapa jadi macam tu?" Kay bertanya pada Arif.

"Orang lagi suka Encik Shah sebab Encik Shah ni jenis yang senang nak runding. Mr Ian dia susah sikit," jawab Arif menjuih bibir.

"Jadi kat sini bukan persaingan dengan orang luar tapi pesaingan dengan orang sendiri lah ya?" Soal Kay berpura-pura terkejut.

"Persaingan sihat tak apa. Pergilah jumpa dia sekejap sebelum makan tengah hari. Nanti terkejut pula dia tengok Kay masuk kerja tapi belum lagi jumpa dia," ucap Kak Nura.

Kay menggaru dahi dan terus bangun dari kerusi. Mata Ain mengekori langkah Kay sampailah ke depan pintu.

"Ketuk sikit lepas tu beri salam," pesan Ain. Kay yang nak masuk, Ain pula yang menggelabah sakan.

Kay tersenyum kecil seraya mengetuk pintu berkali-kali sampailah ada suara yang menyerunya untuk masuk.

Apabila Kay menolak pintu, dilihat wajah Ian berkerut-kerut di dalam.

"Siapa?"

"Kay Dhamina."

"Oh, dah mula masuk kerja?" Ian meletakkan kedua-dua tangannya di atas meja. Matanya menyoroti gadis itu dari atas ke bawah.

Kay mengangguk kecil menghampiri lelaki itu.

"Boleh duduk ke ni?" Pinta Kay tanpa perasaan. Ian menggaru hujung pipi yang tidak gatal. Sungguh, kerja dan fokusnya terganggu oleh ketukan Kay yang bertalu-talu tadi.

Namun memandangkan Kay masih berdiri tegak di hadapannya dengan air muka yang sukar untuk dibaca, Ian menyimpan sahaja teguran yang hampir terbit dari bibirnya.

"Duduk la kalau tak malu." Ian memeluk tubuh. Sengaja menguji reaksi dan tindakan Kay.

Apabila Kay duduk di depannya dengan wajah bersahaja, lelaki itu segera menghela nafas dalam. Tiba-tiba Ian jadi ragu-ragu dengan keputusannya. Benarkah mengambil Kay bekerja adalah keputusan yang terbaik?

Gaya macam tak takut bos aje. Shah di tingkat atas mengambil yang betul-betul berkaliber untuk dijadikan pembantunya, dia pula mengambil Kay yang acah-acah nak jadi interior designer. Kalaulah masa boleh diundur semula...

"Jadi, apa yang you nak?" Tanya Ian menaikkan sebelah keningnya.

"Nak beritahu I dah wujud kat syarikat ni, duduk kat sana menggantikan tempat duduk cik..." Kay terdiam seketika. Lelaki itu membalas renungannya.

"Rose?" balas Ian bersahaja.

"Oh, Rose nama dia, saya tak ingat, Kak Nura ada cerita sikit." Kay senyum segaris. Sengaja Kay menduga jiwa Ian Ghadafi.

"By the way, you dan Rose macam ada sipi-sipi aje. Nama pun... Rose Dhamia, you Kay Dhamina. Ada bau-bau bacang ke?"

Kay menelan air liur, terasa berpasir dengan renungan mata Ian yang bercahaya. Secepat itukah lelaki ini dapat menangkap perkara yang sengaja disembunyikan?

"Macam ke? Siapa? Rose Mia?" Kay berpura-pura tak ingat sebaris nama yang cukup sinonim dalam kehidupannya selama ini.

Ian mencemik wajah. Bukan kerjanya untuk mengambil tahu tentang perkara seremeh itu. "Dunia ni banyak kebetulan. Muka sipi tapi perangai jauh berbeza." Ucap Ian sambil memeluk tubuhnya. Yang dilihat oleh Ian, Kay seorang wanita memiliki karisma dan aura kuat sedangkan Rose pula gadis lemah lembut yang agak manja.

Kay lega dalam diam. Sekurang-kurangnya lelaki itu masih pendek akal. Jika lelaki itu boleh menangkap dengan cepat bahawa dia dan Rose merupakan adik beradik, entah bagaimana Kay mahu meneruskan misinya kali ini.

Kay menarik nafas panjang dalam diam. Wajah Ian diamati dalam. Sekurang-kurangnya Ian masih mengingati sebaris nama Rose Dhamia dan tidak teragak-agak menyebut nama adiknya itu setelah apa yang terjadi.

"Jadi, apa skop tugas I?" Kay menukar rentak perbualan.

"Tugas you? I belum terfikir lagi. Apa kata you tolong buatkan I kopi atau apa-apa aje dan boleh tak tolong belikan I makanan kat luar sebab I busy sampai ke petang?"

"I?" Kay ulang sebab takut tersalah dengar.

"Sementara I fikir kerja you, tak salahkan nak minta tolong sikit? Ke you tak sudi nak buatkan kopi untuk I memandangkan you kelulusan luar negara, cik arkitek?" Sinis.

Kay membalas renungan bersahaja lelaki itu.

Sesaat dia mengetap bibir. Siap kena sindir lagi oleh lelaki berlagak ni. Kay tidak tahu kenapa tetapi setiap kali matanya bertembung dengan Ian, hatinya jadi panas menggelegak.

"Dah tentu boleh, bila-bila masa aje." Kay berdiri untuk pergi. Ian mengetuk meja dengan senyuman lebar.

"Kay," seru Ian sewaktu Kay menolak kerusi. Lelaki itu menyandar tenang apabila Kay mengangkat mukanya.

"Tak sangka pula you ni penyabar orangnya. I minta maaf sengaja buat you marah. Tapi I minta tolong ni ikhlas, I betul-betul tak ada masa nak keluar."

"I pun ikhlas membantu, Mr. Ian." Kay membalas sebelum keluar dari bilik kecil itu. Ian ditinggalkan bersama marah yang cuba disembunyikan.

Ian mengangkat kening lagi seraya tangannya diletakkan di belakang kepala. Unik. Ucap hatinya tanpa sedar.

Apa yang uniknya Ian? Rata-rata wanita memang begitu, cepat mengalah walaupun di provok kerana mereka kaum yang berfikiran panjang. Melawan bos bermakna mengambil tiket untuk mengancam pekerjaannya sendiri.

Tetapi dia akui juga aura wanita itu sangat berbeza. Seolah-olah ada aura hitam di sebalik wajah cerahnya? Atau... Ada sesuatu yang belum selesai antara mereka berdua. Ian terkebil-kebil buat seketika. Ada benda ke yang tak selesai sedangkan mereka berdua baru berkenalan. Hutang pun belum sempat wujud... Entahlah.

Dia kembali menyambung kerja yang masih tertunda.

Dia sedar ini bukan masanya untuk dia berfikir tentang pekerja baru itu. Tunggulah apabila kerja-kerjanya di atas meja ini selesai nanti.

I Want You, Kay Dhamina (TERBIT) Where stories live. Discover now