BAB 14

1.1K 37 5
                                    


“Tak apa, you boleh keluar. Nanti I check kat CCTV kalau-kalau ada trace orang yang nak sabotaj I. I tanya you sekarang sebab manalah tahu you yang buat. Tapi kalau bukan you, maknanya I kena cari orang yang sabotaj I supaya keadaan yang sama tak berulang lagi dalam syarikat ni. Dan I harap orang tu bukan you.” Ian mahu Kay jelas, bekerja di bawahnya kena jujur. Dia bukan tidak percaya tetapi dia takut untuk percaya.

“Silakan.” Ucap Kay yakin. CCTV tu ada ke arah pintu lif, tangga kecemasan dan jalan di depan sana. Di pejabat ini?

Kay mengarah matanya ke setiap sudut.

“CCTV?” Tiba-tiba Ian bersuara seolah-olah dapat menangkap perkara yang bermain dalam kepalanya.

“CCTV dalam bilik I di situ.” Lelaki itu menunjuk ke arah deretan buku di almari.

Memang bukan CCTV pun sebenarnya, perakam suara aje di situ tapi manalah tahu jika terjadi apa-apa sekurang-kurangnya dia ada perakam yang mampu dijadikan bahan bukti.

Melihat reaksi bersahaja Kay, keraguan di hati Ian jadi hilang sedikit demi sedikit. Mungkin juga kesilapan datang dari pihak Syukri namun dia salahkan orang lain.

Manalan tahu dalam baiknya Syukri, dia enggan mengaku kesilapan yang berpunca dari kecuaian sendiri.

“I keluar dulu.” Pinta Kay. Apabila melihat anggukan dari Ian, Kay terus keluar dari bilik pejabat lelaki itu. Ian menghela nafas dalam dan memandang ke arah siling bilik pejabatnya. Dia cuba memikirkan tanggungan yang perlu dijelaskan kerana kesilapan teknikal yang terjadi.

Tangannya mencapai telefon pejabat.
“Hello Lucy, ya, Ian here.”

“Yes Ian, ada apa-apa yang Lucy boleh bantu? Nak tambah bahan ke?”

“I nak hantar balik barang yang Syukri order dari you, dia tersilap order hari tu.”

“Tapi quotation I dah hantar.”

“Please Lucy, lain kali I akan kerap order dari kedai you tapi kali ni you tolong I, silap order lah Lucy. Custumor I tak berapa suka dengan design, dia nak design yang lama.”

“Aduh, nanti I forward pada big boss I. I ingatkan Syukri order bahan yang betul sebab dia banyak kali confirm kan ni atas arahan you.”

“I’m so sorry, Lucy.” Ian menekan dahinya berkali-kali berharap kali ini Lucy akan bertimbang rasa dengannya.

“Okey, nanti I mesej kalau big boss setuju.”

Selepas talian di matikan, Ian menghela nafas kasar. Dia pelik dari mana Syukri boleh memberitahu kepada Lucy yang bahan-bahan tu di order atas arahannya. Syukri tengah mimpi ke mabuk masa tu?

Rasa misteri membawa Ian bergerak menuju ke deretan buku di almari dan mengambil pita rakaman suara yang diletakkannya di situ dalam bentuk kotak kecil.

Nantilah di rumah dia dengar balik apa yang dah jadi. Lama sebenarnya dia tak mendengar dan menyemak kandungan pita rakaman ni, entah-entah tidak berfungsi kerana paling lama pun pita ni bertahan hanya dalam tempoh tiga hari.

Dia tidak boleh juga menuduh Syukri yang cuai kerana Ian mengenali Syukri jauh lebih lama dari pekerja-pekerjanya yang berada di luar sana. Dia mengambil remote controller dan menaikkan tirai yang menghalang pandangan mata.

Ian memerhati seorang demi seorang mereka yang duduk di tempat duduk masing-masing. Nampak tekun membuat kerja lebih dari kebiasaannya. Tak ada suara-suara mengusik seperti selalu. Ian menyandarkan tubuh dan menghela nafas dalam. Bukan mudah menjadi ketua sebenarnya.

Mata lelaki itu terarah ke wajah mendung Kay Dhamina. Mata, hidung, bibir dan bentuk muka Kay agak familiar. Dia seperti pernah mengalami dejavu seperti ini. Dia duduk di meja ni memandang Kay dari dalam bilik pejabatnya.

Ian mengambil smartphone dan membuka phone camera. Dia mengambil gambar Kay dalam pengaruh minda sedar. Bukannya dia jatuh hati ke apa. Setakat nak menyimpan dan Ian sendiri tidak faham kenapa perlu dia menyimpan gambar wanita itu.

Gerak geri Kay yang adakalanya menggaru dahi atau meletakkan jari-jarinya ke pipi diperhati lama. Nampak tenang dan bersahaja. Rasanya bukan dia yang sabotaj. Dia baru lagi. Banyak benda yang dia masih kurang kuasai.

Arif pula sedang menguruskan projek lain. Ain tengah sibuk mereka ruang dalam rumah kedai. Kak Nura… Kak Nura adalah pekerjanya yang paling tak banyak cakap dan senyap. Seperti mustahil pula Kak Nura berani masuk ke biliknya dan mengambil telefonnya untuk sebarang tujuan.

Ian menggeleng kepala beberapa kali.

Smartphone dipegang lama dan dahi Ian sedikit berkerut.

Tak kan hantu pula yang menyahut panggilan Syukri untuknya? Dan orang yang paling  lambat ke bilik meeting pada jam Syukri membuat panggilan untuknya adalah Kay. Tapi masa tu tengah black out dan Ian tidak yakin Kay mampu ke biliknya untuk mencari telefon ni. Sebab kalau dia jadi Kay, mesti Ian terus pecut turun ke tingkat bawah. Pejabat ini terletak di tengah-tengah bangunan dan selain dari tingkap yang terletak di luar pejabat hampir dengan pintu lif, semuanya agak tertutup. Cahaya yang masuk ke dalam pejabat juga sangat minima sekiranya berlaku black out atau seumpama dengannya. 

Ian berdeham kecil. Tapi untuk apa dia terlalu berfikir? Ian memegang dagunya yang agak kasar.

Biarlah dulu, lagi elok dia menemui Syukri di rumah Dato’ Jaafar petang ni untuk melihat perkembangan pengubahsuaian hiasan dalaman rumah mewah tiga tingkat itu.

Kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa, cuma Ian tidak mahu membiarkan kesilapan yang sama berulang semula.

*****

I menunggu you dalam pahit bicara kalbu....








I Want You, Kay Dhamina (TERBIT) Where stories live. Discover now