Teaser Ian blushing kottt

503 8 2
                                    


🐾🐾🐾🐾

“Hello?”
“Hello, Ian. Aku lambat sikit ni, jalan ada road block dan tengah tunggu turn. Orang tengah check tahap alkohol.”

“Oh, okey. Nanti dah sampai kau hon aje dari luar. Aku ke luar.” Balas Ian dengan wajah yang sedikit berubah. Kay di sisi dilirik dengan ekor mata.

Apabila talian dimatikan, Kay memeluk tubuh dan menghela nafas panjang. “I dengar.”

“You dengar…” Ulang Ian serba-salah. “Kalau you sejuk sangat, duduklah dekat sikit dengan I.” Pelawa Ian.

Sebenarnya, andai kata dia berkulit tebal, mungkin baju sejuk ni dia dah kasi pada Kay Dhamina. Tapi realitinya dia turut menggigil dan memerlukan Kay untuk berada hampir dengannya.

Melihat Kay enggan bergerak, Ian mengambil tempat duduk betul-betul hampir dengan Kay tapi wanita itu langsung tidak berubah riak.

“You kat Australia sejuk begini juga ke?” Tanya Ian memecahkan kesunyian.

Kay tidak menjawab.

“I pelik kenapa you kerja dengan company walhal you ada kelayakan yang lebih tinggi. I boleh nampak masa depan you akan lebih cerah bila masuk ke bidang you sendiri.”

“You pula macam mana? Kenapa you terima I walhal I langsung tak ada kelayakan dalam bidang ni.” Balas Kay dengan pertanyaan.
Ian mengangkat bahu. “I boleh nampak kesungguhan you. Lebih dari tu, I rasa you menyerlah antara yang lain.”

“Tanya pada sesiapa pun, pasti mereka pelik dengan tindakan you. Lebih kepada you ambil I bekerja kerana kepentingan peribadi. Atau sejak awal lagi you dah curious tentang I?”

Ian tersenyum segaris. Betulkah? Yang dia mengambil Kay bekerja demi kepentingan dan pemikiran peribadi? “Rasa ingin tahu tu lahir bila you ada kelayakan yang membolehkan you menyerlah dalam bidang you. Tapi you tak gunakan. You masuk bidang yang asing dari kelayakan you.”

“I apply,” ucap Kay perlahan.
“Tapi rejected?” Teka Ian sedikit terkejut.

“Hmm.”

Ian terdiam. Timbul rasa simpatinya terhadap wanita itu. Tapi untuk memujuk dia kurang kemahiran. Jadi yang boleh dia buat, hanya mengangguk kecil seraya menarik senyuman paksa.

“Mungkin ekonomi tengah jatuh, jadi susah sikit nak cari pekerjaan yang elok sekarang ni.” Ulas Ian cuba bersikap rasional.

Syarikat mana pula berani reject orang yang memang dah pakar dalam bidang terutamanya orang yang ada pengalaman bekerja di luar negara seperti Kay? Dia tertanya-tanya.

“Sejuk,” ujar Kay tiba-tiba.

Ian menoleh ke sisi. “Sejuk sangat ke?” Soalnya sedikit simpati.

Wajah Kay kemerah-merahan dan nampak pucat benar. Seperti dirinya juga, dia pasti Kay sedang buntu untuk memikirkan apa-apa. Diam Kay tandanya mereka sedang berperang dengan mental dan fizikal. Ikutkan hati, memang dia dah peluk Kay dan terus begitu sehingga Lee datang tapi Ian cuba menegah dirinya dari berbuat perkara yang melanggar privasi Kay untuk sekali lagi.

“I sejuk,” keluh Kay dan tiba-tiba wanita itu bersandar di lengannya.

Ian serba salah.

“Kay…” Putus kata. Ian tersentak bila Kay memaut lengannya erat. Biar betul apa yang sedang dia lalui sekarang?

Kay mungkin teman wanitanya walaupun belum betul-betul declare tapi perlukah perlakuan seperti ini? Patutkah dia membalas sandaran Kay agar wanita itu tidak kesejukan?

“You nak I cari kunci lagi ke? Kalau nak, you duduk dulu, biar I cari kat kereta balik. Manalah tahu tercicir kat mana-mana." Ucap Ian.

Imannya bukan kuat sangat. Dan apabila dia mengundur cuba berdiri, Kay menahan lengannya kuat.

“Duduk aje sini.” Pinta Kay dengan suara yang hampir tidak kedengaran.

Tubuh keras Ian beransur lega. Mungkin Kay betul-betul terdesak sekarang. Kesejukan yang membawa Kay jadi seberani ini. Tapi Kay mesti ingat, dia bukan lelaki yang cukup baik untuk tidak terpengaruh dengan anasir buruk dari celah jiwanya.

“You okey lagi ke tak ni?”
“Okey,” balas Kay sepatah.

Kay semakin merapatkan duduk. Jantung Ian kian berdebar. Dalam kepalanya muncul pelbagai andaian dan majoriti andaian itu langsung tidak rasional.

Kay menggodanya?

Kay sedang memerangkap dirinya untuk ke arah itu?

Atau Kay sedang… hmm.. Nak sebut pun segan.

****

Siapa tau Ian Ghadafi nak sebut apa?

🤨

I Want You, Kay Dhamina (TERBIT) Where stories live. Discover now