BAB 6

1.2K 58 2
                                    

TENGAH hari itu, Kay diheret ke restoran makanan Cina. Tahulah muka hampir ke Cina, tak kan taste bud pun pilih Chinese Dishes juga?

Kay kaku. Inilah makan tengah hari yang paling janggal pernah dirasakan buat seumur hidupnya. Ian Ghadafi serius merenung Kay sampailah pelayan siap menghidangkan makanan.

Melihat wajah beku Kay, Ian tahu sia-sia saja dia menakut-nakutkan gadis itu dengan sikap dinginnya. Ian menghela nafas panjang.

"Makanlah," ucap Ian sepatah.

Kay mengangkat sudu dan garfu ke pinggan. Makan ajelah, orang dah suruh tu. Dia pun tengah kelaparan sebenarnya tapi malas nak mengaku. Sesekali dia melempar pandangan ke arah Ian Ghadafi. Sayangnya lelaki itu bertemu dengan Kay yang terperangkap dengan masalah. Kalau lelaki itu tidak terlibat dengan Rose, mungkin Kay boleh ketawa dan bercerita tanpa sebarang sekatan. Tapi untuk berbalas kata dengan lelaki itu saja sudah cukup membuat bulu romanya tegak berdiri.

"Kay..." Ian menyapa.

Kay angkat muka. "Kay. K.A.I. not K.E.I." Sempat lagi Kay membetulkan cara panggilan Ian terhadapnya.

"Oh, K.A.I, Kay? Jadi you mungkin boleh tukar panggilan I daripada I.A.N, Eeyan kepada Yan aje."

Kay mengangguk tanpa banyak pusing. Dia nak sebut Yan, boleh aje. Tak jadi masalah. Yang penting cara sebutan Ian ke atas nama dirinya tu betul. Kay macam rasa Ian tengah panggil dia produk Mary Kay pula.

"You memang macam ni ke? Macam robot?"

Kay ambil sup dan letak di sisinya. Malas hendak melayan pertanyaan mengarut Ian tapi dia juga malas kalau-kalau Ian nak marah seperti tadi. Apa dia? Nak jadikan Kay makanan tengah hari? Tak sedar si Kay menjuih bibir sedikit. Dasar lelaki gila. Desis hatinya tanpa sedar.

"Do you sulking right now?" Tanya Ian tak percaya dengan yang terlayar di depan mata. Juihan bibir Kay dirasakan sangat mengganggu jiwanya.

"Maaf Mr Ian. I tengah makan," ucap Kay berpura-pura. Dia menghirup sup yang tengah panas. Walaupun panas reda aje dia telan ke dalam kerongkong supaya lelaki itu percaya dengan lakonannya.

"I dengan pekerja I yang lain mesra, Kay. I nak hubungan seperti kekeluargaan."

Okey. Kay mengangguk sambil menjawab di dalam hati. Keluarga? Keluarga apa? Keluarga tak kan buat ahli keluarga lain tersingkir dan teraniaya seperti Rose.

"You boleh ketawa depan I, senyum atau menegur I, that's even better than showing me your bitter sour face."

"I tak biasa dengan orang yang baru I kenal, Mr Ian."

Ian mengangguk kecil. "Okey, I tak kan paksa you." Memang berapa kali Ian mengingati diri sendiri tidak mahu memaksa Kay. Cuma akhirnya dia tidak boleh berkonsentrasi dengan peringatannya pada diri sendiri. Asyik pula dia mahu berbual dan menduga wanita itu.

Wanita yang sangat pelik pada pandangannya. Orang kata keperibadian'four dimension'. Ada sesuatu di kepala wanita itu yang tidak terluah. Mungkin baru kenal kut, Ian. Kay sendiri cakap yang dia susah biasa dengan orang yang baru dia kenal.

Selama ini wanita yang selalu ditemuinya rata-rata murah menghulurkan senyuman dan melayan perbualannya. Jarang yang tunjuk muka basi seperti Kay sekarang ni. Dia nak bercakap pun seperti bercakap dengan tiang rumah, janggal dan kaku.

Bukankah semua perempuan akan bereaksi positif apabila berbual dengan lelaki seperti Ian? Yang muka boleh tahan, poket agak tebal, tinggi dan suka tersenyum. Rasanya banyak kali juga amoi mengurat Ian untuk dijadikan suami kerana tersilap yang dia adalah bukan Muslim dan berbangsa Cina.

I Want You, Kay Dhamina (TERBIT) Where stories live. Discover now