BAB 11

878 42 0
                                    


PAGI itu agak berbeza. Masing-masing menarik muka gelisah dan diam seperti takut pada sesuatu. Kay meletakkan begnya di atas meja dan memandang satu persatu wajah yang sedang tegang di sekitarnya.

"Kenapa?" Dia menyoal separuh berbisik.

Arif membulatkan matanya luas. Jari telunjuk diletak di atas jari meminta Kay mengurangkan nada suaranya.

Hati Kay mengagak sesuatu bila Arif mengisyaratkan bilik pejabat milik Ian Ghadafi yang sedang tertutup rapat dan dihalang oleh tirai. Kebiasaan bilik itu agak terbuka dan cermin lutsinar juga jarang-jarang ditutup dengan tirai bagi menghalang pandangan Ian ke atas mereka.

"Kenapa dengan Mr Ian? Dah sampai ke?" Tanya Kay berpura-pura tak tahu.

Kak Nura menilik jam tangannya.

"Lebih kurang 10 minit yang lepas bos dah sampai." Kak Nura membalas.

Kay tayang muka terkejut. "Dia marah aku lambat ek?" Soal Kay pada Ain. Ain menggeleng kepala perlahan.

"Moody habis. Punting beliung. Lama dah dia tak mengamuk macam tadi." Jelas Ain dalam nada yang terkawal. Kay duduk lambat-lambat di atas kerusinya sambil mengawasi sekeliling.

Dia tak pasti apa yang terjadi tapi dia seperti boleh mengagak sikap Ian itu adalah berkaitan dengan sabotajnya pada Jumaat yang lepas. Tapi mana tahu ada masalah lain yang muncul.

"Apa dia buat?"

"Baru je dia tanya-tanya kat kita orang tadi siapa yang menyahut panggilan telefon dia hari Jumaat tu."

"Oh..." Kay mengangguk beberapa kali tanda dia faham dengan kata-kata Ain.

Telahannya mengena. Lelaki itu marah kerana sabotajnya.

"Kenapa, penting sangat ke call? Dari mak we dia ke?" Soal Kay berpura-pura.

"Janganlah suara tu kuat sangat, naya kalau dia dengar nanti. Aku belum sedia nak apply kerja tempat lain, Kay." Arif menegur. Kay menekup mulut dengan jari-jari kirinya, berpura-pura tidak sengaja.

"Aku tak tahu pasal mak we dia tapi aku rasa sebab ada orang tukar barang dalam projek ubah suai rumah Dato' Jaafar. Sebab cara dia marah pun agak-agak ke arah tu juga. Siapa yang ada jawab panggilan telefon saya, siapa yang berani masuk bilik saya tanpa kebenaran, siapa yang tukar order bahan Dato' Jaafar... Ngeri pula tengok muka dia ketat sangat." Komen Ain.

"Ada kerugian eh?" Soal Kay membuka komputer mejanya.

"Tak tahu. Tak rugi, confirm la bos tak marah. Kau kan selalu dengan dia untuk urus projek, mesti kau lagi tahu." Arif seperti menyindir Kay. Hairan melihat Kay agak bersahaja dan tidak seperti keadaan mereka bertiga yang ketara cuak. Agaknya Kay baru lagi jadi dia kurang faham makna 'pekerja' dalam syarikat ni. Atau Kay ni dah terlampau ke baratan sangat cara kerjanya, itu yang tak gerun tengok bos marah.

"Aku tak tahu apa-apa. Aku ikut sebab dia suruh belajar pilih bahan." Kay menjawab tenang. Dia tunduk tanpa bicara dan segera mencari google. Hari ni kena cari jenis aircond dan pengudaraan yang baik untuk jenis pejabat, dia kena buat review dan hantar kepada Ian. Entahlah untung ke Ian ambil dia bekerja yang sedang bermula dari kosong ni. Tapi memang matlamat dia nak tengok sejauhmana kejahatan Ian dan dalam pada tu mungkin Kay boleh mencari-cari kelemahan Ian.


I Want You, Kay Dhamina (TERBIT) Where stories live. Discover now