Bab 9 - Kal Dhamien

1K 41 3
                                    

KAY merenung wajah Kal Dhamien sewaktu adiknya itu sedang mengupas epal. Lama. Wajah Kal tidak ceria seperti remaja berusia 17 tahun yang lain. Mungkin kerana masalah keluarga atau tekanan peperiksaan. Tapi yang Kay nampak, adik lelakinya itu kelihatan sangat prihatin ke atas keluarga mereka. Family oriented. Bakal isteri Kal dah tentu bertuah kerana memilih Kal. Selalunya diusia 17 tahun, remaja lelaki kerap kali membuat masalah dan memberontak tetapi Kal lebih banyak berdiam, menurut dan mengikut.

“SPM trial okey ke?” Soal Kay mengambil hirisan epal yang Kal letakkan di pinggan.

“Sikit.”
“Percubaan first dapat berapa?”
“6A.”

Kay mengangguk kecil. 6A untuk percubaan SPM memang sukar nak dapat kerana dulu pun paling tinggi dia pernah dapat setakat 4A. Guru selalu meletakkan soalan aras yang lebih tinggi sewaktu percubaan SPM.

“Habis belajar nak pergi mana?” Tanya Kay ingin tahu.

Kal diam sebentar sebelum mengangkat bahunya.

“Nak jadi apa?”
“Lawyer.”

Kay mengangguk kecil. Dia merenung wajah Kal lagi. Peguam? Kenapa?

“Kal tak nak masuk engineer? Peluang kerja bergaji besar bila Kal tembus ke mana-mana syarikat besar.”

“Tengoklah macam mana.”
“Kal kena ada pendirian,”

Kal mengangkat muka membalas pandangan mata Kay. “Kal bukan macam kakak. Kakak tabah dan teguh pendirian. Tapi Kal nak hidup sebiasa yang mungkin. Kal tak nak jadi luar biasa.”

Kay mengangguk walaupun sedikit pahit. Ya, dia tak berhak menentukan jalur hidup Kal Dhamien. Walaupun sebagai kakak, Kay mahu yang terbaik untuk Kal tapi dia tahu pilihan tetap di tangan adiknya itu.

“Kay, Kal, dah siap ke? Kita jemput Rose hari ni.” Suara Puan Aisya dari ruang tamu mencelah. Kay menepuk bahu Kal halus agar adiknya menyudahkan kerja.

Kay bangun sambil memasukkan buah yang dipotong Kal satu persatu ke dalam tupperware. Kal mula mengemas perkakas yang digunakan sambil melepaskan keluhan kecil. Kay menarik tangannya ke bawah dan memandang wajah Kal semula.

Dulu budak tu pendek aje dari dia tapi sekarang Kal dah jadi tinggi. Kay nak pandang Kal pun kena mendongak baru nampak muka.

“Kenapa mengeluh?”
“Tak adalah, kak.” Kal menjawab tenang.

“Ada kaitan dengan Rose ke?”
“Nanti akak tengoklah. Kak Rose nampak okey aje kat hospital tapi bila kat rumah…” Kal diam sebentar.

Teragak-agak untuk bercerita.

“Bila kat rumah apa?” Soal Kay ingin tahu.

“Entahlah kak. Macam tak normal.”
“Akak tak faham kenapa dia jadi macam tu. Bercinta? Putus cinta? Semuanya tak logik akal. Ramai orang yang putus cinta tapi tak adalah sampai keluar masuk hospital.”

Kal melemparkan pandangan ke arah pintu dapur.
“Tak semua orang kuat macam kakak,” ucap Kal perlahan.

“Memang tak, Kal. Tapi apa salahnya jadi orang yang tabah walaupun lemah?”

Bahu Kal ditepuk oleh Kay lagi sebelum Kay melangkah keluar meninggalkan adik lelakinya itu. Cukuplah Rose macam tu, dia tak nak Kal pun mengikut rentak Rose.

Mereka adik beradik seibu dan sebapa tapi kenapa sikap dan sifat agak jauh berbeza?

I Want You, Kay Dhamina (TERBIT) Where stories live. Discover now