Saja nak bagi teaser 😋

437 8 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


IAN Ghadafi muncul. Di tangannya membawa kopi panas. Dan dia mengenakan baju jersi berwarna putih.

Masing-masing mencuri pandang ke arah lelaki itu. Beratur Kay, Ainsya, Arif dan Kak Nura memerhati langkah penuh keyakinan dari bos mereka.

“Dia tahu dia handsome, sebab tu dia pakai baju putih.” Bisik Ain pelan.

“Lain pula aura dia pakai baju tak formal.” Komen Kak Nura menyenggol bahu Ain dengan bahunya.

“Muka dia macam terlebih vitamin aje.” Ujar Arif menjuih bibir, mencari arah mata Kay Dhamina.

Kay tersenyum segaris cuma. Nak kata dia gembira kerana lelaki itu menepati janji pun kurang tepat. Tetapi sekurang-kurangnya Ian serius dengan kata-katanya sendiri. Lelaki itu memang tampil berbeza dari hari-hari yang lain dengan topi yang tersarung di kepala. Nampak lebih muda dan trendy.

“Macam pelakon Korea kegemaranku lah kak. Zo In Sung.” Sempat Ain menarik tangan Kak Nura.

“Siapa tu?” Soal Kak Nura dengan dahi berkerut.

“Ala… Takkan tak kenal?”

“Manalah akak nak kenal. Akak sibuk dengan anak-anak akak, tak dah nak layan drama dan movie yang Ain suruh tengok. Ain lain la bujang lagi, tengok bila dah kahwin. Lagi hari kalau anak ada empat macam akak.” Kak Nura membebel-bebel sambil menunjuk ke arah anak-anak lelakinya dua orang yang teruja berlari ke sana ke mari. Dua lagi yang perempuan sibuk memarahi adik-adik mereka.

Kay yang memandang turut mengangguk kepala. Kalau dia jadi Kak Nura pun bakalan pening kepala. Tetapi Ain dan drama Koreanya langsung tidak dapat dipisahkan.

Kadang-kadang waktu rehat tengah hari, sanggup dia duduk di pejabat dan melayan drama Korea bersiri. Katanya baru keluar subtitle dan dia tak sabar-sabar nak tengok jalan cerita seterusnnya. Adakalanya beria sangat Ain memaksanya menonton drama tu dengan sebab drama tu lain dari cerita lain. Drama bukan berpusat ke arah cinta aje. Ada yang pasal kerja, atau fantasi, pendek kata drama ciptaan Korea tu memang terbaiklah pada Ain.

“Mak saya pun layan Korea jugak Kak Nura.”
“Ha, bak sini gambar Jon Son tadi, betul tak macam Mr Ian.”

Ain memuncungkan bibirnya. “Macam je, bukanlah sebiji-biji. Kira auranya aje…” Ain memandang ke arah Ian yang baru turun dari anak tangga. “Hmmm… Lainlah jugak. Mata Zo In Sung tu bulat besar, mata Mr Ian sepet tajam. Tapi yang pasti bukan Johnson kak. Zo In Sung.” Sambung Ain dengan muka tidak puas hati.

Kay menghela nafas dalam. Melihat Ain, dia teringat Rose Dhamia. Kenapa Rose tidak sebahagia dan ceria seperti Ain? Sepatutnya Rose juga sedang menikmati kehidupan. Dia masih muda. Masih punya perjalanan yang cukup panjang. Kerugian yang Rose alami ini adalah berpunca dari dia…

Mata Kay jatuh ke arah Ian yang sedang berdiri hampir di depannya.

“You tak pakai black shirt?” Itu ayat pertama yang keluar dari bibir lelaki itu. Kay diam sebentar menjatuhkan pandangan ke arah bajunya.

“Kami berjanji nak pakai jersi biru yang Ain hadiahkan minggu lepas.” Balas Arif melirik ke arah Ian dari atas ke bawah. Untunglah tinggi lampai. Kulit pun putih, tak macam jantan langsung. Tengok kulit dia, sawo matang lagi. Ni kira baru anak jantan Melayu.

“I tak dapat pun Ain?” Ian melemparkan pandangannya kepada Ain.

Ain tersengih-sengih, segan bila ditegur begitu. Pun begitu hatinya berbunga riang. Bukan senang untuk mendapatkan perhatian dari jejaka kacak lebih-lebih lagi jejaka itu merangkap bos besarnya.

“Nanti I belikan untuk Mr Ian.”
“Wow, sanggup!” Perli Arif bercekak pinggang. Ain membalas dengan jelingan tajam.

“Dah bayar tadi di kaunter. Tinggal nak buat team.” Ucap Kay menyampuk.

“Kita buat tiga team la. Kak Nura dengan husband, aku dengan Kay, Mr Ian dengan Ain. Cun apa.” Arif mendekati dirinya dengan Kay.
Kay sekadar mengangguk kepala.

“I nak team up dengan Kay boleh?” Soal Ian tiba-tiba. Apabila anak mata Kay jatuh ke arahnya, Ian terus melemparkan senyuman panjang.

“Err…” Arif menggaru belakang leher. Ingin ditolak tetapi lelaki di depannya itu bos. Kalau diterima, nanti hatinya juga yang berapi.

“I team Arif.” Balas Kay tiba-tiba. Dia tidak mahu melanjutkan suasana janggal antara mereka lebih-lebih lagi melihat Ain sudah menarik muka.

Arif hampir bersorak riang dengan kata-kata Kay tetapi matanya menangkap sesuatu yang kurang menyenangkan. Ian menangkap tangan Kay dan ditarik mendekatinya.

“I dengan Kay.” Ucap Ian tegas. Kay termangu-mangu apabila tubuhnya ditarik mendekati lelaki itu.

“Boleh lepas tak tangan I?” Soal Kay mendongakkan kepala.

“Kenapa? Takut?” Soal Ian dengan senyuman penuh makna.

“Arif, I dengan Kay. You dengan Ain.” Sambung Ian lagi. Pergelangan tangan Kay dilepaskan apabila melihat wajah mencuka Kay. Silap hari bulan wanita itu terus menghilang dari pandangan mata.

Kay menjarakkan tubuhnya dari Ian Ghadafi. Sewaktu mengambil bola bowling, Ain mendekatinya.

“Kau bercinta dengan Mr Ian tak bagitahu aku pun?”

“Kena bagitahu ke?”

Ain membulatkan matanya luas. “Betullah kau bercinta dengan dia, Kay? Sejak bila?”

“Entah. Tak perasan sejak bila.”

“Aik, orang ada pakwe punya kacak macam tu mesti nak kasi tau kat orang lain, tapi kau pula diam-diam aje.”

“Aku try aje. Kalau tak ngam, lepas balik.” Kay tersengih.

Ain menepuk dahinya berkali-kali. Tidak menyangka kata-kata itu pula yang terbit dari bibir Kay Dhamina.

“Kau sedar tak dia tu jejaka rebutan wanita? Rugilah lepaskan macam tu aje. Kalau akulah…”

Ain menjegilkan mata. “Wei, untung gila kau ni Kay. Aku juga yang masih single sampai sekarang. Huhuhu…”

“Arif ada.” Kay menjual nama Arif yang sedang menjeling ke arah Ian. Mujurlah mata Arif tidak terjuling gara-gara asyik merenung Ian Ghadafi seperti ada perkara yang dia pendam.

“Dia jantan paling tak berguna pernah aku jumpa.” Ain menjuih bibir.

I WANT YOU KAY DHAMINA

I MENUNGGU YOU, DALAM PAHIT BICARA KALBU....

I MENUNGGU YOU, DALAM PAHIT BICARA KALBU

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
I Want You, Kay Dhamina (TERBIT) Where stories live. Discover now