BAB 8 - Sabotaj Kay

1K 45 0
                                    


“KAY, you masih kat sini lagi?”
Kay angkat muka. Mengangguk dengan wajah sedikit keliru.

“You tahu kita ada perjumpaan di tingkat bawah?” Soal Ian Ghadafi. Lelaki itu lebih segak dari biasa.

Rambutnya ditata rapi dan wajahnya sedikit bercahaya. Di tangan kanan Ian membimbit iPad dan satu fail, tangan kirinya pula memegang botol berwarna maroon berisi air.

Kacak. Sempat hati Kay memuji. Tapi sayang lelaki kacak kebanyakannya ada penyakit jiwa. Penyakit perasan diri tu kacak dan kemudian menggunakan kekacakan itu untuk perkara yang membawa dosa.

“Tahu…” Jawab Kay pelan.
“Yang lain dah pergi, you tunggu apa lagi?”

Kay cepat-cepat menutup video yang kebetulan telah habis dan menekan butang shut down. Earphone ditarik ke bawah dan dia kemaskan sedikit tudung yang terusik sebentar tadi.

“Mr Ian turunlah dulu, I kemas sekejap.” Kay bangun dari kerusi.

“Jangan lama sangat, nanti semua orang tunggu you untuk mula. Tuan Rafael tu kalau seorang tak ada dia akan tunggu sampai semua ada. Teamwork penting kat sini.”
Kay menahan hati.

“Okey,” balas Kay berpura-pura sibuk memasukkan barang-barang ke dalam tas tangan walaupun sebenarnya hanya earphone, telefon bimbit dan buku catatan.

Apabila Ian berlalu ke pintu lif, Kay terus membeku di mejanya. Tunggu sampai orang tu betul-betul hilang baru dia jadi lega.

Belum sempat dia ke tingkat bawah, elektrik mati tiba-tiba. Kay tercengang buat beberapa saat di depan lif. Mujur dia belum masuk lagi, kalau tidak mahunya meraung kat dalam lif tu tadi.

Bunyi telefon berbunyi lebih mengejutkan Kay. Dadanya diurut pelan. Dalam gelap tu dia tahu bunyi telefon berdering dari bilik Ian Ghadafi. Kay menoleh dan merenung ke arah bilik Ian lama. Otaknya mula berkira-kira dan akhirnya kaki membawa Kay masuk ke bilik itu dan mencari telefon yang telah berhenti berdering. Tidak lama, telefon itu berbunyi lagi. Kay membuka laci Ian dan mengeluarkan telefon berwarna hitam dan menyambut panggilan.

“Mr Ian, I Syukri.”
“Hello?”
“Aik, salah nombor ke ni?”
“Tak, betullah ni telefon Mr Ian. Dia tengah mesyuarat.”

“Personal assistant dia ke ni?”
“Ya. Kenapa ya?”
Betullah. Aku memang assistant Mr Ian. Sempat Kay berbisik kecil di dalam hati.

“Ha, ni nak tanya tile yang diminta hari tu ukuran berapa ya?”
Kay terdiam sebentar. “Berapa banyak nak beli?”

“Kita beli untuk satu ruang tamu Dato’ Jaafar.”

“You ambil saiz 25 inci darab 30 inci.”

“Eh? Tapi hari tu saiz lainkan?”
“Ambil mozek warna biru tua, Dato’ Jaafar maklumkan tak jadi nak ambil yang warna kelabu tua.”

“Serius ke ni?”

Kay boleh menangkap nada ragu dalam suara Syukri itu.

“Kalau tak percaya nanti contact Mr Ian lagi, lepas dia habis mesyuarat.”

“Oh, okey.. okey. Jadi confirmlah nak tukar saiz dan warna ni?”

“Ya..”
“Nanti saya hantar resit pada Mr Ian dari whatsApp aje boleh?”

“Boleh…” Kay menarik nafas dalam. Senyuman segaris terukir di bibirnya. Dia duduk di atas kerusi empuk milik Ian Ghadafi.

Entah kenapa Kay nak buat sabotaj kecil ke atas lelaki itu. Apalah sangat rugi beberapa ribu, paling-paling pun Ian boleh jual kereta sport dia untuk cover balik kerugian. Kay mematikan talian telefon bimbit.

Matanya cerah membuka galeri milik lelaki itu. Ian langsung tak letak apa-apa password atau pattern sebagai penghalang dari di hack oleh orang-orang yang tengah menunggu kesempatan ke atas dirinya. Nasiblah!

Satu persatu gambar tertera di dalam deria penglihatannya. Laju tangan Kay mencari-cari wajah adiknya di situ tetapi gagal. Kay menggigit bibir. Whatsapp di buka. Memang bersih. Selain dari group-group kerja dan orang perseorangan yang melibatkan kerja-kerjanya, Kay tak nampak mesej lain seperti hubungan cinta dengan perempuan. Pelik. Lelaki seperti Ian sepatutnya ramai yang berminat tetapi nyata lelaki itu mementingkan kerja semata. Dia peramah, Kay.

Lelaki yang peramah tidak boleh dihakimi melalui whatsApp aje.

Kay menaip nama Rose pada whatsApp itu. Betul nama adiknya muncul. Dia membuka sejarah mesej dengan hati yang berdebar kuat.

Ingin tahu dan takut menjadi satu dalam hati Kay.

Clean…

Bijak lelaki ini. Kay tersenyum sinis. Dia dah delete semua pesanan yang ada. Kay menekan keluar dari whatsApp dengan rasa kecewa. Di depan itu, Kay tekan facebook.

Kosong.

Sekali lagi hatinya berbisik, ini pelik…

Dia buka instagram. Ada gambar-gambar lelaki itu sebanyak 10 keping saja. Follower Ian ramai, hampir 10 ribu pengikut tapi lelaki itu sangat jarang memuat naik sesuatu untuk instanya. Adakah Ian jenis yang post lepas tu delete? Kay hela nafas panjang dan menekan butang off pada telefon milik Ian. Dia mengelap skrin dengan tisu sebelum meletakkan kembali ke tempat asal.

Langkahnya terus ke tingkat bawah menggunakan tangga dan apabila dilihatnya ramai yang berkumpul di ruang hadapan, Kay turut laju melangkah menyertai mereka.

“Kau kat atas lagi ke tadi?” Tanya Arif apabila ternampak Kay sedang berjalan menghampiri mereka.

Kay menggeleng kepala.

“Aku takut nak lalu tangga, gelap sangat. Jadi aku tunggu sekejap, tapi lampu tak on juga... Jadi aku turun ajelah.”

“Tulah kita orang ajak turun sama tak nak tadi,” ujar Arif berbaur perlian.

Kay angkat bahu bersahaja.
Matanya melilau mencari kelibatan Ian Ghadafi dengan jantung yang berdebar. Lelaki itu sedang duduk di atas sofa tenang sambil membuka iPadnya. Di hadapan Ian, Encik Shah sedang berbual tenang dengan Tuan Rafael.

Kay telan air liur. Kesat.

Dia tenung wajah Ian Ghadafi lama. Adakah lelaki itu yang memulakan onar? Atau Encik Shah? Atau mungkin… Mata Kay kalih ke arah Tuan Rafael. Adakah Tuan Rafael yang membuat hidup mereka sekeluarga jadi huru hara?

“Antara dia orang bertiga tu, siapa yang paling hidung belang?” Soal Kay separuh berbisik kepada Arif. Wajah Arif berkerut kehairanan.

“Maksud kau, Mr Ian, Encik Shah dan Tuan Rafael tu?”

Kay mengangguk.
“Apa kau mengarut ni, Kay?”

“Tanya je lah, bukannya aku berminat dengan dia orang pun.” Kay memicing anak mata. Arif mengorak senyuman di bibir. Dia terasa lucu tiba-tiba.

“Aku ingatlah kau nak mengurat salah seorang dari dia orang. Yang paling hidung belang eh?”

“Hmm…”
“Siapa lagi, Mr Ian lah. Dia yang paling kacak, kan? Tuan Rafael tu tak pernah pula aku tengok mengurat orang. Tak pernah dengar pun dengar kes dia ada perempuan.” Arif juga ikut berbisik.

“Ha’ah, Mr Ian paling playboy kat sini,” sambung Ain yang mendengar perbualan mereka. Apalah sangat berbisik bila suasana sunyi sepi begini. Semua suara yang berbual boleh didengar jelas.

Bila elektrik terbuka semula, kedengaran sorakan-sorakan kecil dari semua pekerja. Arif mengurut dada.

“Aku ingat pengsanlah kita kepanasan dalam ni, syukur dah buka elektrik. Tak pernah-pernah jadi macam ni.” Arif merungut kecil. Kay garu bawah dagunya.

“Dalam pejabat ni, siapa yang paling kaki perempuan? Atau yang suka patahkan hati orang lain?” Kay kembali dengan soalan cepu emasnya. Ain menarik Kay rapat dan berbisik sesuatu membiarkan Arif bercekak pinggang di situ.

“Gosip lah kau orang. Aku tak hairan pun. Jom yang lain-lain kita masuk ke bilik meeting.” Arif berjalan tanpa mempedulikan mereka berdua.

“Betul ke?” Tanya Kay membulat mata.
“Ha’ah, orang lelaki kat sini ramai yang bujang tapi slow gila. Mr Ian tu nampak je kaki perempuan tapi jarang juga dia rapat dengan perempuan. Cuma sekali dululah macam dia ada sangkut dengan pekerja kat sini.”

“Siapa? Rose?” Soal Kay tanpa berfikir panjang.

Ain menelan air liur dan menggeleng kepala laju. “Bukan dia…”

Kalau bukan kenapa nampak panik saja? Kay memeluk tubuh dengan rasa kecewa. Ain masih mahu menyembunyikan sesuatu darinya walaupun mereka sudah dikira agak rapat.

“Girls, masuk bilik meeting.”
Tiba-tiba ada suara yang menegur. Apabila Kay menoleh, matanya bertembung dengan mata Ian Ghadafi. Redup saja mata Ian memandang ke arahnya.

“Okey, sir.” Kay menjawab pelan. Ian senyum kecil melangkah beriringan dengan Tuan Rafael dan Encik Shah menuju ke bilik mesyuarat.

“Kay,” bisik Ain lagi.
“Jomlah…” Kay tarik tangan Ain untuk masuk ke bilik mesyuarat yang mungkin telah penuh dengan pekerja-pekerja lain. Hanya mereka berdua saja yang masih berdiri di tengah-tengah ruang hadapan ini.

“Kau tak rasa ke dari belakang ni, dia orang berjalan macam dalam cerita Goblin?”

“Apa tu?” Kay mengerut kening.
“Kau tak pernah tengok ek cerita Goblin?”

“Cerita apa?” ulang Kay keliru.
“Alah cerita Korea, best gila. Hero-hero dalam tu semua bapak model. Tinggi dan kacak-kacak. Dari Tuan Rafael ke anak-anak dia semua pakai smart gitu, aku ingat model mana yang tengah lalu kita tadi… Terus ada bunyi-bunyi lagu OST Goblin tu, Still ya.. Never gone away, never…”

Tidak menunggu karutan Ain, Kay terus melangkah menuju ke bilik mesyuarat. Nak dengar apa pun dia tak faham.

Ain suka Korea. Hati Kay mencatat maklumat.




I Want You, Kay Dhamina (TERBIT) Where stories live. Discover now