Mrs Ericka balik-balik tengok jam ditangannya. Eric tidak pernah selewat ini untuk balik ke rumah. Biasanya jam-jam sekian anak lelaki yang satu itu sudah sampai di rumah. Dan seperti biasanya dia akan sibuk menunjukkan gambar-gambar yang dia ambil semasa sehari semalam berkhemah di Daerah Orion Wings. Ya kawasan pergunungan dan jauh dari pembangunan pesat. Dia suka ke situ sejak Rick menikah dan dia mencipta minat barunya.
"Auchh...!"
Mrs Ericka : Oh... you crab!
Mrs Ericka melepaskan seekor ketam ke sinki, dia cepat-cepat membasuh tangannya yang tersangkut pada kaki ketam yang sedang dia bersihkan.
Mrs Ericka : Hem... wait until I cook you!
Katanya membebel pada ketam yang tidak bergerak tapi sempat membuat jarinya berdarah.
Sementara itu Sir Andrew sibuk melayan cucunya, baby Ryan yang meragam. Elina masih mandi dan father in law nya menawarkan diri untuk menjaga baby Ryan yang semakin besar, aktif dan cerewet.
Mrs Ericka yang sibuk memasak bersama si Bibik merasa sedikit terganggu dengan suara baby Ryan yang menjadi-jadi bila Sir Andrew tidak mendukungnya. Bayi kecil berusia empat bulan itu sudah pandai menunjukkan kekuasaannya. Mummynya, Elina sampai tidak senang mengurus Bookstore di Crescent Hill kerana si baby melekat terus padanya.
Mrs Ericka : Poor Elina...
Keluh Mrs Ericka yang kini sibuk mengaduk ketam yang separuh masak dalam kuali.
* * *
Dari rumah ketua kampung yang dibina dengan tiang tinggi ( 7 kaki lebih) itu Eric ternganga. Dia melihat seorang tanakwagu menunggang seekor kerbau menuju pohon nangka tidak jauh dari rumah. Berberapa lelaki dewasa sedang berdiri dan salah seorangnya memegang parang... berkilat! Eric duduk dia dapat menjangka apa yang terjadi pada kerbau malang itu.
Eric merasa dia berpeluh dingin, jam 9:00am dan berada di kawasan pergunungan hal itu sedikit mustahil. Eric ingin bergerak lebih jauh tetapi tanakwagu berberapa orang itu seperti memberikan jelingan menyeramkan saat Eric menjengah ke ruang sebelah. Ruangan dipenuhi kaum ibu dan sumandak yang sibuk memasak!
"Amaa... Eric mati la kau!"
Bisiknya, tidak disangka sumandak itu melibatkannya dengan masalah yang bukan salahnya... Eric teringat kembali peristiwa dia menyubuk (mengintai) sumandaks yang mandi disungai kemarin. Eric menelan air liurnya. Inikah balasan dosa kecilnya?
Masa bergerak cepat, hampir tengahari. Eric seperti banduan, tanakwagu yang menjaganya tidak seminitpun membenarkannya kemana-mana. Kecuali dia disuruh mandi cepat-cepat dan dia dipakaikan pakaian tradisional!
Eric : Mom, Dad help me...
Dan tanakwagu itu tersengih kepadanya.
Tanakwagu : Oh tagap ko tomod asi. (kau kelihatan segak sahabat).
Eric tidak mengindahkan teguran si tanakwagu sebaliknya menurut sahaja kehendak mereka ketika seorang tondu boliou meletakkan sigar@siga (Sejenis tanjak kaum KadazanDusun) dikepalanya. Itu Eric tahu sebab ada replikanya sana roundabout Bandar Penampang.
Dipendekan cerita setelah lama menunggu dengan peluh dan pakaian yang berlapis-lapis akhirnya muncul si Sutina. Tondu itu tunduk saja saat para beliou-beliou mengiringnya duduk disebelah kiri Eric.
Saat tu tondu muncul Eric terlangap la juga sekejap. Pandai juga orang kampung mendandan tu tondu secantik itu. Tapi Eric... mahu tidak mahu dia mengangguk ketika disodorkan dengan "Sijil Pendaftaran Kahwin" didepannya dan hanya menandatanganinya bila Eric memandang Sutina yang memberi isyarat samar memohon dia menurunkan tandatangan.
YOU ARE READING
KEEPER S2
General FictionEric Abram Andrew terperangkap dan menderita kerana mencintai wanita yang salah dan membuatnya membenci perkahwinan. Dia berusaha menjadi seperti Rick, abangnya untuk memenangi hati kakak iparnya Elina dan dia gagal. Eric berubah, menolak untuk ber...