Part 19: Just Another Mistake

1.1K 131 24
                                    

Hati Sutina tidak tenang, setelah Eric balik. Kevin juga balik dengan keadaan marah.

Kevin : What actually have you decided Tina?

Sutina : Sorry Kevin.

Kevin : You just use me as your second man or what?

Sutina : Saya minta maaf, betul-betul ni.

Kevin : Betul-betul, what?

Kepala Kevin ada teleng sikit ni mau tunjuk dia serious dengan pertanyaannya. Sutina rasa bersalah, dia gosok kedua tangannya, risau. Kevin hampir tidak bernafas tunggu penjelasan si Sutina. Sutina tengok mata Sutina, nangis ni tondu.

Sutina : Sya masih sayang Eric...

Kevin menggeleng kepala dia berbalik dan Vroommm... ia hilang dari pandangan Sutina. Sutina berjaya menyakiti dua hati hari itu, tidak termasuk dirinya sendiri.

Dia berjalan perlahan menuju kaunter, Zara sedikit cemas memerhatikannya. Sutina kelihatan sangat rapuh.

Zara : Tina...

Sutina : Tolong saya jaga kedai.

Katanya sambil sambil mengigit bibir berusaha menahan suara tangannya dari pecah. Zara melihat usaha keras itu dan dia beri senyum sekilas sebelum Sutina menghilang ke tingkat atas dengan air mata berlinangan.

Hari yang berat untuk Sutina, nasib baiklah hari ini hari Sabtu. Dia tidak berani balik kampung, dia tidak mahu keluarganya campur tangan dalam masalahnya. Tidak sama sekali. Jadi dia harus bertahan disini.

* * *

Eric : Kevin... Kevin... It's just unlucky day for me.

Katanya sambil melangkah ke pintu, sempat dia langgar bahu Kevin yang kini tersengih dengan rasa bersalah. Eric senyum, pahit dan sakit rasanya bila ditolak. Sutina berhak menolaknya seperti dia juga tidak mengakui status Tina sebelumnya...

Status... status... dan apakah Kevin sudah tahu tentang
itu? Eric melangkah mendekati kereta, kali ini dia bawa keretanya sendiri. Eric memasuki keretanya, mengundur... Eh!? Eric menghentikan kembali kereta. Mengapai bungkusan itu dan jambangan bunga sambil memandang kearah bookstore. Kelihatan Kevin dan Sutina sedang berdiri di luar berhampiran motorbike Kevin macam serious tu diorang bercakap.

Eric berkira-kira untuk membawa saja bungkusan itu balik. Macam tiada guna bah sudah, dia di tempat ni. Eric melempar bungkusan sama tu jambangan pigi kerusi belakang. Tuhanpun mungkin tidak mau bagi dia jalan untuk memulihkan hubungan dengan Sutina....

"I'm sorry God..."

Vrooommm.... Sebuah motorbike limpas, laju ni. Eric tengok tempat Sutina bercerita tadi. Tinggal Sutina saja berdiri situ. Eric ambil balik tu bungkusan sama jambangan bunga.  Keluar kereta dan hampir berlari dia bubut (kejar) Sutina yang menghilang masuk bookstore.

"Thank you God..."

Eric : Tina... Tina

Tondu itu jauh, tidak dengar dia memanggil.

Zara memandang kusai yang kelihatan agak terengah-engah menarik nafas itu. Handsome betul, tapi sudah dimiliki dan sombong! Zara tengok Eric dengan pandangan dingin ni. Sah lelaki-lelaki yang menemui Sutina hari ini semuanya brengsek, buat Tina yang lemah lembut itu menangis.

Zara : Yes sir...?

Mata Eric sibuk ni melilau mencari Sutina, tiada tu sumandak disitu. Kemudian matanya tengok Zara, tondu berbadan kecil dan pendek itu macam marah! Siapa ba endak marah, mentang-mentang Zara pendek macam endak kena peduli ni.

KEEPER S2Where stories live. Discover now