Jenny yang duduk berbual bersama keluarga Sir Andrew berdebar apabila anak lelaki yang diceritakan Mrs Ericka sangat mungkin berada disebalik steering kereta yang sekarang ini sedang memasuki perkarangan rumah dan berhenti di bangunan parkir kereta.
Pacuan denyut nadi Jenny hampir tidak tentu arah bila seorang lelaki yang hampir serupa dengan Rick muncul dari kereta tersebut menuju kearah mereka. Mrs Ericka memegang tangannya seolah menenangkan dia. Jenny menghembus nafas melalui mulutnya untuk tujuan serupa.
"Surprise... "
Nampaknya orang tua ini suka sangat membuat kejutan, lelaki bernama Eric itu berhenti sebentar memandang mereka kemudian memeluk sang mummy dan bersalaman dengan daddynya. Mrs Ericka mengambil peranan bila Jenny dan Eric saling berhadapan.
Mrs Ericka : This is Jenny Smith.
Eric tersenyum menghulur tangan dan bersalaman. Tangan lelaki yang tegas dan padat selidik Jenny. Lelaki itu boleh tahan, Jenny boleh menyesuaikan diri dengannya dengan cepat. Eric berbalik memandang mummynya sepertinya dia sedang memastikan sesuatu pada orang tua tersebut.
Eric : Who is she actually mom?
Serta-merta wajah Eric kelihatan berubah, Jenny merasa ada sesuatu yang tidak dia fahami sedang berlaku. Begitu kurang menyenangkan bila Rick dan Elina juga kelihatan gelisah semacam. Mummy Eric mengangkat tangannya senyum seolah mendapat suatu jawapan bagi suatu persoalan. Jenny rasa dia perlu menyingkir sebentar.
Jenny : Oh excuse me.
Katanya sambil tersenyum dan dia bergerak ke belakang. Dia dapat merasakan ada sedikit ketegangan yang perlu diselesaikan keluarga itu. Dia hanya berharap penghijrahannya ke Sabah akan mengubah hidup setelah kematian kedua ibu bapanya. Dia sudah tiada siapa-siapa tempat bergantung sehingga Mrs Ericka menawarkan sesuatu yang agak luar biasa baginya.
* * *
Mummynya berdiri menghampiri Eric, memegang tangan anak lelakinya itu dan membawanya duduk bernama-sama. Sir Andrew kelihatan waspada, dia memandang Eric dengan pandangan bermaksud kali ini. Sementara Elina gelisah, memegang tangan Rick yang memandang Eric yang duduk kurang selesa disitu.
Mrs Ericka : She is my late best friend daughter, she young, beautiful and single...
Sir Andrew : To the point dear.
Mrs Ericka menjeling tajam suaminya dengan rasa tidak senang. Lelaki tua itu suka sekali mengejeknya dengan perkataan "to the point" balik-balik juga.
Mrs Ericka : Son, I want you to marry that girl.
Suasana senyap seketika, Elina menutup mulutnya yang ternganga dan merapatkan diri pada Rick. Sir Andrew mengetuk-ngetuk jarinya pada bahu kerusi sambil memandang ke tempat lain. Mrs Ericka pula memandang Eric dengan pandangan memohon hampir merayu agar cadangan itu diterima.
Eric menyandar, dia kembungkan kedua pipinya dengan udara. Kemudian melepaskannya sambil tersenyum memandang tepat sang mummy yang kelihatan sangat berharap.
Eric : Mom, I really love you mom, but this time I have to say...
Eric menghampiri si mummy, memegang bahu tondu berumur itu sambil dia tunduk sikit buat mata si mummy berkaca-kaca. Sayang sungguh Eric padanya fikirnya. Sedangkan Sir Andrew menelan liur risau kalau-kalau Eric sengaja menyenangkan hati mummynya.
Eric : Mom, I find a love for my own self and I love her much as she love me to. So my answer is NO.
Tanpa menunggu kata-kata selanjutnya Sir Andrew menepuk pahanya sambil memandang si mummy yang sekarang ini sedang terngangga kurang faham.
YOU ARE READING
KEEPER S2
General FictionEric Abram Andrew terperangkap dan menderita kerana mencintai wanita yang salah dan membuatnya membenci perkahwinan. Dia berusaha menjadi seperti Rick, abangnya untuk memenangi hati kakak iparnya Elina dan dia gagal. Eric berubah, menolak untuk ber...