"Tunggu... !"
Sutina memegang pergelangan tangan Eric. Tondu itu memandang Eric dengan takut-takut. Sementara Eric memandangnya dengan perasaan ingin tahu.
Sutina : Mama saya sakit, dia suruh kita balik kampung.
Wajah memohon Sutina buat Eric tersenyum, dia memandang tangannya yang masih dicengkam tondu itu. Kemudian pandangannya beralih pada Sutina. Kesian pula Eric sama ni tondu, tapi bikin geram ba macam mau saja Eric cakap begini...
Eric : Eh, Kevin kan ada!?
Itu la ba, daripada dia kena sumpahan si Goku balik-balik cari bola api, bagus dia ambil kesempatan ini. Dia ingat kata-kata Rick...
"Be a wise man, make her your wife and get pregnant"
Macam gete juga saranan Rick yang hujung itu tapi mata tu tondu yang bergenang itu buat Tuan Eric fikiran tawaran itu. Kesempatan untuknya! Bodoh lah kalau si Kevin yang dapat ni peluang. Lagi pun Kevin bukan siapa-siapa.
Eric tengok Sutina, matanya menyepet dan sengih penuh makna. Sutina faham sangat pandangan itu, Tuan Eric kembali menguasai Eric. Tapi dia terpaksa, dia tidak mahu mamanya tambah sakit dan sedih kalau dia tahu Sutina sudah berpisah dengan Eric. Lagipun dia masih suka dengan Eric. Dan tidak mahu kahwin sama si Ondig, gigi kuning itu.
Eric : Ok fine, when we go?
Sutina : Ini petang la, sama... sama... bulihkah kalau Tuan Eric berpura-pura yang kita masih.... er... anu... ba...
Eric : As a husband and wife?
Bilang Eric berlagak bijak. Dan tu tondu angguk-angguk kepalanya. Berbunga-bungaan taman di hati Eric, jangankan berpura-pura, untuk melanjutkan perkahwinan merekapun dia tidak bermasalah.
Eric : Yes, why not.
Bilangnya gaya minta puji sambil seluk saku ambil smartphonenya. Eric dail nombor Rick, khabarkan berita duka lara yang dia mohon cuti seminggu dengan alasan ikut Sutina ke kampungnya. Rick ketawa di sebelah sana dan mengucapkan selamat dan tahniah. Terlalu awal sebenarnya untuk ucapan itu tapi Eric terima saja.
* * *
Sutina habis packing, satu beg kecil sahaja. Dia pandang Eric yang tengah berbaring sambil tengok television, santai sangat. Bunga yang dia bawa awal-awal tadi sudah masuk dalam satu flower pot diletakkan di meja ruang tamu. Sutina tersengih, pandai juga bisiknya.
"Siap"
Bilang Sutina sambil menjinjing begnya. Eric berdiri, tutup suis television, kipas, aircon, sama on satu lampu saja. Dia menghampiri Sutina, angkat tu beg yang dibawa Sutina. Berat, Eric jeling Sutina yang diam-diam saja. Dia biar Sutina jalan dulu, Eric tutup pintu dan kunci. Begini juga pintu bawah berserta grillnya kena lock.
Sutina jumpa Zara, bercakap-cakap sebentar dan kembali kepada Eric yang menunggu di luar. Eric pandang tu wajah tondu, patutlah dia lambat bersiap tadi. Rupanya dia bermakeup, tu kudou ada gelap sikit dan nampak seimbang. Pipinya yang sedia pink itu dia kasi pink yang ketara kalau dia menyeringa macam sekarang sebab matahari panas. Bibirnya pun pink-pink basah ni. Sekali tu mata nampak besar sikit, macam kena cat tu bulu mata.
Entah kenapa Eric nampak tu tondu macam sengaja mengodanya. Rambutnya nampak bergelombang ni kena tiup angin. Tanpa kena kontrol Eric memuji kecantikan Sutina dalam hati. Dia pegang tu tangan tondu bila sampai depannya, ada renjatan sikit rasa macam sesuatu buat jantungnya berhenti sekejap.
Sutina terkedu, lidahnya kelu. Dia perhatikan jemari Eric menyilangkan jarinya dengan jari tangannya. Sutina mendongak memandang wajah Eric, mata Eric menantangnya, ada senyum pada wajah itu... Bibir Sutina terbuka sedikit. Dan wajah Eric mendekat... Sutina pejam matanya.
YOU ARE READING
KEEPER S2
Ficción GeneralEric Abram Andrew terperangkap dan menderita kerana mencintai wanita yang salah dan membuatnya membenci perkahwinan. Dia berusaha menjadi seperti Rick, abangnya untuk memenangi hati kakak iparnya Elina dan dia gagal. Eric berubah, menolak untuk ber...