Bahagian 1

2.7K 74 75
                                    

“Jauh awak termenung” kata Fikri.

Lelaki itu muncul disebelah gadis yang termenung melihat alam.

Suasana senja di Langkawi sememangnya indah. Ciptaan Tuhan memang mengagumkan.

Gadis bertudung merah itu kemudiannya mengalihkan pandangannya ke wajah lelaki yang dicintainya sepenuh hati.

“Saya bersyukur pada Tuhan sebab pertemukan saya dengan awak” balas Aliya. Gadis bertudung merah.

Fikri tersenyum luas. Banyak yang telah mereka lalui sepanjang perkenalan mereka. Tawa dan tangis menjadi satu. Dugaan demi dugaan tapi cinta mereka tetap utuh.

“Nur Aliya…sudikah awak……….”

***

Dua tahun sebelum itu

Kedua biji mata digosok kasar dengan jari telunjuk dan ibu jari. Pandangan sedikit kabur dek kerana terlalu lama melihat skrin komputer.

Sekali lagi Aliya meneliti apa yang ditulisnya dan dia berpuas hati. Tulisannya kali ini memang mudah dan ringkas tapi padat dengan infomasi.

Aliya tersenyum puas.

“Dan….post” kata Aliya sambil jarinya menekan butang enter pada papan kekunci komputernya.

Dia kemudian bangkit dari tempat duduknya dan menuju ke bilik air untuk membasuh muka. Dia perlu menyegarkan diri setelah bertungkus lumus memerah otak.

Pabila kembali ke bilik tidur, mata Aliya segera terpaku pada skrin komputer untuk melihat berapa banyak likes dan comment yang diterima.

Ternyata ianya tidak menghampakan. Rata-rata netizen mengambil bahagian dalam acara membawang. Aliya adalah pemilik sebuah blog sensasi digelar Bawang Girl.

Memaparkan berita sensasi dalam dan luar negara samada berkaitan bisnes, rumahtangga mahupun politik.

Namun yang Aliya paling gemar adalah bahan cerita berkaitan artis. Bawang Girl juga mempunyai page di Facebook dan ramai follower sentiasa mengikuti berita sensasi Aliya.

Tidak dinafikan kemahiran menulis dan penggunaan bahasa yang santai adalah salah satu daya penarik sehingga menjadikan page itu popular dikalangan netizen.

Aliya menutup komputer ribanya dan terus merangkak ke tilam. Penat lelah seharian bekerja sebagai penjual insuran berbaloi pabila dia berjaya menjual produk insuran pada beberapa ahli perniagaan.

Pasti dia menerima komisen lumayan kata hati Aliya sebelum dia menutup mata.

***

Keesokan harinya Aliya tiba dipejabat dengan berpakaian korporat namun elegan. Sebagai gadis urban yang berjaya, dia sentiasa mengikut trend fesyen terkini agar tampil berkeyakinan.

Tak dinafikan Aliya merupakan seorang yang petah bercakap dan memiliki keyakinan tinggi ditambah dengan dress up yang sesuai menjadikan dia antara top 3 ejen insuran berjaya di Syarikat insuran terkenal bernama Abadi Insurance Berhad.

“Amboi lawa sungguh cik Aliya oii” sapa Anis yang juga merupakan receptionist di situ.

“Biasalah Anis, nak jumpa client tengah hari nanti” balas Aliya yang terus berjalan menuju ke meja kerjanya.

“Ehh!! Nanti-nanti..laju sangat jalan ni kenapa? Tak lari pun meja kamu tu” kata Anis lagi.

“Banyak kerja la hari ni Anis sayang oii takda masa nak membawang” balas Aliya.

“Aku bukan ajak membawang..ni nak tanya ni kamu setuju ke tak nak jumpa sepupu aku tu?” soal Anis.

Aliya tiba-tiba teringat Anis ingin kenalkan dia dengan sepupu Anis. Anis banyak memuji sepupunya dan berkata mereka secocok jika diijab kabulkan.

Aliya memang tidak berminat hendak berkahwin sekurang-kurangnya bukan sekarang. Dia hendak fokus pada kerjaya dan keluarga.

“Nanti la ek aku jumpa sepupu kau” balas Aliya acuh tak acuh.

“Ish kamu ni jangan macam tu..sepupu aku dah banyak kali tanya bila nak buat blind date dengan kamu. Boleh la ye Aliya yang cantik manis” kata Anis sambil membuat muka comel dan mengelip mata tanda minta simpati.

“Hurm..yela..tapi bukan minggu ni ye sebab aku sibuk nak jaga Abah aku. Maybe next week.” Balas Aliya yang terpaksa mengaku kalah.

Sudah berhari-hari Anis memaksa Aliya untuk bertemu dengan sepupunya. Penat Aliya menolak namun Anis tetap berkeras. Katanya sepupunya bersungguh-sungguh ingin bertemu Aliya.

Entah apa yang merasuk sepupu Anis sehingga beria-ia hendak berjumpa.

“Okay cantik ah..aku tanya sepupu aku hari apa dia nak jumpa nanti aku whatsapp kamu ya” kata Anis yang keriangan.

Aliya hanya melihat ibu kepada tiga anak itu melompat keriangan. Dah jadi mak orang pun perangai macam budak. Aliya tersenyum sambil menggeleng.

***

Aliya duduk sebentar dikerusi yang disediakan di NU Sentral. Dia baru sahaja bertemu dengan kliennya yang ingin membatalkan belian insuran.

Hampir sejam Aliya memujuk kliennya namun gagal. Dia terpaksa akur walaupun kertas perjanjian telah pun ditanda tangan namun klien berhak untuk batalkan pembelian mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

Inilah cabaran seorang ejen insuran. Tapi Aliya tidak mudah putus asa dan yakin akan ada rezeki lain.

Untuk menghilangkan stress Aliya kebiasaannya akan makan makanan manis dan coklat cadbury sentiasa menjadi pilihan.

Sejak di bangku sekolah hingga ke alam pekerjaan Aliya akan makan coklat itu jika emosinya terganggu.

Belum sempat Aliya mengeluarkan coklat tersebut dari plastik tiba-tiba telefonnya berbunyi.

“Assalamualaikum mak ada apa?” soal Aliya.

Tangan Aliya sedang sibuk membelek dan mengeluarkan coklat dari beg plastik disebelahnya. Namun dia lebih tertumpu pada suara pemanggil yang muncul dari telefon.

“Wasalam. Aliya datang hospital ke petang nanti?” soal Fatimah, Ibu kepada Aliya.

“Ye mak, kenapa? Abah okay kan?” soal Aliya pula.

Encik Karim, Abah Aliya telah di masukkan ke hospital akibat kencing manis dan kini dirawat di HKL.

“Abah kamu okay. Mak nak minta tolong sikit. Kalau kamu datang melawat tolong bawa charger telefon untuk mak. Sebab bateri tinggal sikit dan mak lupa bawa” pinta Fatimah.

“Mak ni..ingatkan apa tadi” keluh Aliya.

“Okay nanti petang Aliya datang bawa charger ya” sambung Aliya lagi sebelum menamatkan perbualan.

Aliya mengeluh lembut dan dia berpaling ke kiri sebelum matanya membulat.

Seorang lelaki duduk disebelahnya tanpa Aliya sedari sambil membuka bungkusan coklat cadbury miliknya. Dengan selamba lelaki itu cuba mengigit coklat.

“Ehh! Encik ni coklat saya lah” tegas Aliya sambil merampas coklat itu dari tangan jejaka tadi.

Lelaki itu terkejut dan dengan wajah keliru dia memalingkan muka ke kanan dan mata mereka bertemu.

Aliya tergamam. Kacaknya………

Bersambung…

Note:

Hai para pembaca..Ini kali pertama saya menulis dari pandangan seorang gadis. Maaf kalau unsur-unsur feminin tidak menyerlah sebab saya bukanlah perempuan.

Apapun berilah peluang pada saya untuk menulis cerita cinta ini.

Harap anda terhibur dan maaf seandainya ada kesilapan huruf atau perkataan.

MISS BAWANG : KASIH TANPA SEMPADANWhere stories live. Discover now