A/N: Hello para pembaca.
Saya minta maaf kalau cerita ni kurang memuaskan. Saya kena tulis dua cerita (Mr uniform dan cerita ni) memang susah nak cari idea tapi saya gagahkan jugak..haha. Apapun semoga terhibur.Oh ya saya dah tukar nama cerita ni kepada "Miss Bawang" atas nasihat sahabat saya ReezShah yang bagi cadangkan untuk selaraskan tajuk-tajuk cerita saya. Terima kasih Reez.
********************************
Aliya melangkah keluar dari kereta. Dia berlari anak sebab terlewat. Hatinya marah pada diri sendiri kerana terlupa akan janji temunya bersama Abang coklat.
***
Dua hari yang lepas semasa sedang berjogging bersama adiknya. Aliya terserempak dengan Abang Coklat.
Tanpa berlengah dia terus mengejar dan memanggil Abang Coklat."Awak..tunggu!" jerit Aliya.
Fikri terhenti. Dia berpaling ke belakang dan melihat seorang gadis bertudung yang termengah-mengah mengejarnya.
"Awak panggil saya ke?" kata Fikri
"Yalah takkan saya panggil tasik pulak" perli Aliya.
"Okay..awak ni siapa ye?" soal Fikri
"Memang sah mamat ni tak ingat aku" kata hati Aliya
Sakit hatinya bila tahu yang Fikri langsung tidak mengingati dia sedangkan dia dihantui perasaan bersalah sejak kejadian coklat tempoh hari.
'Ish apa kau ni Aliya, macam la kau tu cantik sangat sampai mamat ni nak ingat kat kau' tegas Aliya dalam hati.
Aliya kemudian tersenyum lalu mendekati Fikri yang binggung.
"Awak tak ingat saya ke? Saya gadis yang tak sengaja rampas coklat awak masa kat NU sentral hari tu. Saya nak mohon maaf" jelas Aliya.
Fikri berfikir sejenak. Memang dia tak ingat apa yang berlaku. Terlalu banyak perkara penting dalam fikirannya sejak kebelakangan ini.
"Maaflah awak, saya memang tak ingat" balas Fikri.
'Buat penat je aku rasa bersalah. Bukannya dia ingat aku pun' kata hati Aliya.
Fikri melihat wajah Aliya bertukar kecewa dan dia cepat-cepat memujuk.
"Ehh saya ingat sekarang..haa yela awak ambil coklat saya kan. Takpe la saya dah maafkan. Lain kali jangan buat lagi ye" tipu Fikri sedangkan dia masih belum dapat mengingat semula kejadian tempoh hari.
Aliya tersenyum. Akhirnya dia ingat juga.
"Saya lega awak dah maafkan saya. Erm tapi saya cadang nak ganti balik coklat awak hari tu" kata Aliya.
"Laa..tak payah la awak. Buat susah je. Coklat je pun, bukannya mahal." Fikri menolak dengan sopan.
"Awak jangan la macam tu. Saya rasa bersalah sangat sebab ambil hak orang" balas Aliya.
"Saya tak kisah la awak. Lagipun awak ambil coklat je. Lainlah kalau awak ambil hati saya..haha" kata Fikri yang cuba bergurau.
Aliya terkejut dan jantungnya terhenti. Biar betul mamat ni. Macam nak mengorat je. Melihat wajah Aliya yang kemerah-merahan , Fikri sedar yang lawaknya sudah keterlaluan.
"Err..saya gurau je awak. Jangan ambil serius" kata Fikri.
Aliya lega. Barulah jantungnya boleh berdegup seperti biasa.
"Tak kelakar la awak" kata Aliya yang memuncungkan bibirnya tanda protes.
'Eh minah ni merajuk pulak. Tolak masuk dalam tasik ni tau la kau' kata Fikri dalam hati.
"Tapi saya tetap berkeras nak ganti coklat awak" tegas Aliya. Kali ini dia serius.
"Kalau saya tak nak coklat?" balas Fikri selamba.
"Habis tu awak nak apa?" soal Aliya.
"Saya nak awak belanja saya makan" lagi sekali Fikri membalas dengan nada selamba.
'Ish mamat ni mengada-ngada pulak. Bagi betis nak peha. Tapi salah kau jugak Aliya sebab berkeras nak ganti coklat dia kan. Haa hadap la' kata hati Aliya.
"Okay" balas Aliya.
***
Itulah yang berlaku dan kini Aliya membuka pintu restoran dan matanya sibuk mencari jejaka bernama Fikri.
Akhirnya dia jumpa Fikri yang segak dengan baju kemeja sedang duduk di satu meja. Tampan dan bergaya orangnya.
"Maaf saya lambat. Tadi jalan raya sesak" kata Aliya sambil duduk di hadapan Fikri.
"Alasan klise sangat awak..tapi takpe sebab awak belanja so saya terpaksa bersabar" perli Fikri.
'Ehh mamat ni mulut tak bertapis' kata hati Aliya.
Belum sampai seminit mereka dah mula rasa tidak selesa antara satu sama lain. Pelik juga sedangkan waktu bertemu di tasik mereka seperti serasi.
Selepas memesan makanan mereka duduk diam. Masing-masing malu hendak memulakan bicara.
"Awak tinggal kawasan sini ke?" soal Aliya yang tidak mahu keadaan semakin kekok.
"Ermm ye dekat je" tipu Fikri. Dia sendiri tak tahu kenapa dia perlu menipu.
Suasana kembali sunyi dan kekok. Telefon Aliya mula berbunyi menandakan mesej masuk. Aliya terus menghadap telefonnya sedangkan perbuatan itu kurang sopan kerana dia sedang makan bersama Fikri.
Fikri terkejut melihat sikap Aliya yang fokus pada telefon sehingga lupa akan dirinya yang duduk dihadapan. Kata orang sebaiknya telefon disenyapkan ketika sedang makan bersama orang lain sebagai tanda hormat.
Beberapa minit berlalu dan tangan Aliya sibuk menekan skrin telefonnya sementara Fikri mulai berasa bosan menjadi patung.
Akhirnya pelayan tiba bersama makanan yang dipesan dan mereka terus menjamu selera tanpa bercakap. Suasana semakin kekok buat Fikri namun tidak bagi Aliya kerana dia masih sibuk dengan telefonnya.
Menangkap gambar makanan dan membalas komen sahabat di instagram dengan rancak sambil makan.
'Menyesal aku ikut minah ni makan. Hai Fikri, berseronok la kau jadi patung' kata hati Fikri.
20 minit berlalu tanpa bunyi dan setelah mereka berdua selesai menjamu selera dan Fikri meminta diri untuk pulang.
Baru saja dia merancang untuk berkongsi bayar bil dengan Aliya kerana baginya tidak manis kalau si gadis saja yang membayar bil tapi niatnya terbantut dek kerana layan kurang sopan dari Aliya.
Fikri ingin segera pulang. Hatinya kesal dan kecewa dilayan sebegitu rupa. Tercalar maruah Fikri. Aliya bangun dan terus ke kaunter untuk membayar bil manakala Fikri terus keluar meninggalkan restoran.
Aliya sempat menjeling kearah Fikri yang berjalan keluar dan dia mengeluh berat.
Semasa masuk ke dalam kereta Aliya mengeluh lagi. Wajahnya muram dan dia sedar perbuatannya itu kurang sopan tapi dia ada alasan kukuh.
Dia sebenarnya tidak pandai keluar berdating dengan lelaki berdua-duaan melainkan dengan klien. Aliya sendiri tidak tahu kenapa lidahnya kelu dan dia gementar ketika melihat Fikri. Otaknya kosong dan dia malu.
Sebab itulah dia cuba sedaya upaya untuk tidak melihat wajah Fikri yang kacak. Dia tak kuat.
Mereka berdua akhirnya memandu kereta masing-masing dan pulang ke rumah dengan hati yang berat.
Bersambung...
YOU ARE READING
MISS BAWANG : KASIH TANPA SEMPADAN
RomanceRomance (Lengkap) (Umum) Kisah cinta seorang gadis urban, Aliya yang suka membawang. Dia menemukan jejaka idamannya ditempat dan waktu yang tidak dijangka. Pada masa sama, dia terpaksa memilih antara percintaan dan kekeluargaan. Gambar cover hanyal...