Bahagian 4

836 53 42
                                    

"And cut!" jerit seorang lelaki.

May menghela nafas. Babak gaduh yang dilakonkannya seperti belum mencapai tahap yang memuaskan bagi pengarah itu.

May sendiri tidak tahu mana silapnya. Abang Tam yang juga merupakan pengarah terkenal di Malaysia sememangnya teliti dalam perwatakan dan plot cerita.

May berasa bangga dapat bekerja dibawah Abang Tam yang akan membantu melonjak namanya di industri seni tanah air. Tapi ternyata sikap cerewet Abang Tam memang menyakitkan hati.

"Kamu ni reti berlakon ke tak? Masa rehearsal ok je tapi kenapa bila camera rolling kamu jadi kayu?" tegas Abang Tam.

May buntu. Dia tidak punya alasan untuk mempertahankan diri. Setahu dia, dia dah buat yang terbaik tapi nampaknya belum cukup.

"Kenapa diam? Dah bisu?" kata Abang Tam.

Suaranya mengejutkan krew penggambaran tapi mereka sudah lali dengan sikap pengarah yang telah menang banyak anugerah itu.

"Maaf abang..saya rasa saya dah buat yang terbaik" balas May sambil tertunduk.

"Haish kau ni..aku ambil kau berlakon sebab nak tolong naikkan nama kau tapi rupanya kau ni tak pandai berlakon. Huh! Harap muka je lawa..kalau macam ni tukar pelakon je la senang." Sindir Abang Tam.

Terkejut May mendengar komen pedas dari Abang Tam. Tukar pelakon? Oh tidak. Ini lah peluang dia untuk bersinar dan dia tidak mahu melepaskan peluang ni. Dia perlu merayu.

"Abang jangan la macam tu. May janji akan buat yang terbaik. May akan berusaha sungguh-sungguh. Abang bagi la peluang lagi sekali untuk May boleh?" rayu May.

"Peluang? Apa yang aku dapat kalau bagi kau peluang?" jawab Abang Tan dengan nada sinis.

"Okay aku boleh bagi tapi aku nak balasan" sambung Abang Tam yang tersengih.

Dia membisikkan sesuatu pada May dan wajah May berubah ketakutan.

"Whatt?!" jerit May.

Semua krew tergamam melihat May menaikkan suara pada Abang Tam.

***

"PELAKON MENTAH LAWAN CAKAP PENGARAH?"

Itulah tajuk entri terbaru bawang girl tulisan Aliya. Alita tersenyum puas. Kepenatan bekerja dan menaip entri baru memang berbaloi pabila ramai netizen turut mengutuk May.

Dalam entri itu, May dikatakan sebagai pelakon mentah yang tidak tahu menghormati orang lebih dewasa iaitu Abang Tam. Semuanya kerana jeritan May yang menjadi bualan krew.

Berita sampai ke telinga Aliya lalu mencetuskan idea diminda untuk dicurah ke blog peribadi miliknya.

Aliya melangkah turun ke dapur pabila tekaknya terasa kering. Sampai ke dapur mata melihat ibunya duduk di meja makan sambil termenung.

"Mak..kenapa tak tidur lagi?" soal Aliya

Puan Fatimah mengeluh berat.

"Mak tak boleh tidur..asyik teringat Abang Long kamu" suara Puan Fatimah bertukar sebak.

Matanya berkaca. Rindu pada anak lelaki sulungnya itu berlipat-ganda.

"Mak dengan Ayah kan dah melawat Abang Long tadi..janganlah sedih.." pujuk Aliya.

"Ye mak tau..tapi bila duduk kat meja ni mak asyik teringat je Abang kamu tu berselera sangat makan masakan mak. Sampai bertambah nasi" balas Puan Fatimah dengan airmatanya yang gugur.

Aliya hanya berdiam diri. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak memujuk Ibunya. Bukannya dia tidak sayangkan Abang Long tapi hatinya telah lama mati.

Semuanya perit untuk diimbas kembali.

***

Keesokan harinya Aliya tiba di pejabat seperti biasa. Melangkah dengan penuh yakin dan hatinya berdoa agar rezeki hari ini murah.

Seperti biasa juga dia akan disekat oleh minah becok Anis.

"Cik Aliya oii..sabar la..laju sangat jalan tu" perli Anis

"Hmm tengah kejar rezeki ni Anis manis..kalau lambat melepas la" balas Aliya.

"Ni nak bagitahu ni..Sepupu Anis tu tak jadi nak jumpa minggu depan. Ada hal katanya..dia minta tangguh. Boleh ke?" soal Anis.

"Pulak dah..hurm ikut dia la Anis. Ni kenapa dia tak nak bagi nombor dia je kat saya kan senang nak ajak jumpa" soal Aliya pula.

"Dia segan la Aliya. Anis dah cakap tapi dia kata tak nak. Dia nak terus jumpa depan-depan" balas Anis

"Eleh, acah acah gentlemen konon" getus hati Aliya.

***

Petang itu Aliya meneman adiknya berjogging di taman tasik titiwangsa. Sudah lama dia tidak bersenam, stamina pun ke laut. Sungguh dia tidak rela kalau tubuhnya jadi tempat pembiakan lemak oleh itu dia bersetuju untuk bersenam dengan adiknya.

Hampir selesai satu pusingan Aliya berehat seketika di tempat duduk yang tersedia. Cuaca petang itu agak baik, tidak terlalu panas tidak terlalu sejuk.

Sesekali angin petang bertiup menyejukkan badan. Rasa sungguh nyaman.

Aliya terkejut melihat seorang lelaki yang tidak asing padanya sedang berjogging melewati tempat duduknya.

Lelaki yang tidak bersalah atas tuduhan Aliya tempoh hari itu sedang berjogging di tempat sama dengan Aliya. Pertemuan yang tidak disangka.

Aliya mengelarnya abang coklat.

Bersambung..


A/N: Maaf kalau part kali ni kurang memuaskan. Saya keletihan dan mood hilang nak menulis. mungkin ada yang sudi bg idea..hehe

MISS BAWANG : KASIH TANPA SEMPADANWhere stories live. Discover now