“Aliya tak setuju!” tegas Aliya
“Kak..kenapa dengan kakak ni..” soal Aisyah. Suaranya meninggi
“Keputusan Ayah muktamad. Aiman akan tinggal dengan kita” tegas Encik Karim pula
Sakit hati Aliya mendengar kata-kata Ayahnya itu. Begitu mudah mereka memaafkan Aiman. Setelah apa yang berlaku mereka masih terbuka hati untuk menerima abang sulungnya itu.
Aiman hanya berdiam diri dan menundukkan wajahnya. Hatinya rasa bersalah kerana menyebabkan keluarganya bergaduh besar.Semuanya salah Aiman. Bekas penagih dadah yang hampir-hampir merogol Aliya ketika Aliya masih bersekolah. Entah apa yang merasuk dirinya sehingga tergamak hendak mencabul kehormatan adiknya sendiri. Dia sepatutnya menjaga Aliya bukannya merosakkannya.
Dia juga pernah menumbuk Encik Karim dan berkasar dengan Puan Fatimah semata-mata inginkan duit untuk membeli dadah.
Hidupnya huru hara kerana najis dadah dan dia akhirnya ditangkap oleh pihak polis dan menjalani rawatan dipusat pemulihan selama 5 tahun.
Sepanjang berada disana, Aiman perlahan-lahan melawan ketagihannya dan hasil doa dan sokongan ibu dan ayahnya dia bangkit semula.
Kini dia bersih dari najis dadah dan ingin memulakan hidup baru. Tapi apa yang lebih utama adalah dia perlu perbaiki hubungannya dengan ahli keluarganya dahulu lebih-lebih lagi Aliya.
Tapi bukan mudah bagi Aliya untuk memaafkan abangnya itu. Hatinya berbelah bahagi. Dia masih sayangkan Aiman dan hormat seperti mana seorang adik hormat pada abangnya. Tapi pada masa yang sama dia takut, takut akan kejadian lama berulang. Hari dimana dia hampir dicabul oleh abang kandungnya sendiri.
Encik Karim dan Puan Fatimah tak henti-henti memujuk Aliya untuk menerima Aiman tapi Aliya nekad. Jika keluarganya berkeras untuk menerima Aiman semula, dia akan keluar dari rumah itu.“Kak! Janganlah melawan cakap ibu dan ayah. Jangan jadi anak derhaka” kata Aisyah yang geram dengan pendirian kakaknya itu.
Aliya benar-benar terkilan dengan teguran adiknya. Nampaknya seluruh ahli keluarga Aliya sudah tidak memikirkan tentang perasaannya. Aliya hampa.
Aliya kemudian merajuk membawa diri ke bilik dan meninggalkan keluarganya yang terpinga-pinga. Hatinya seperti disiat-siat. Ahli keluarganya telah mengkhianatinya.
***
Beberapa minggu berlalu, Aiman sudah mula menyesuaikan diri dengan keluarganya semula.Bertahun-tahun berada di pusat pemulihan membuat dia berasa kekok untuk berbual dengan keluarganya sendiri.
Dia berasa sedikit terasing dan kurang selesa. Walaupun layanan Encik Karim dan Puan Fatimah tetap sama namun dia bertambah segan.Hubungan dia dengan Aisyah juga baik dan mereka tetap rapat berbeza dengan Aliya. Sikap Aliya yang acuh tak acuh serta layanan yang dingin membuat mereka kurang berbual bersama.
Aiman juga tidak mahu membuat Aliya semakin marah. Menerima kehadiran dia dirumah itupun sudah cukup baik. Sekurang-kurangnya dia tidak dibuang oleh keluarga.Akan tetapi jauh disudut hatinya dia mahu berdikari dan memulakan hidup sendiri. Dia juga mahu bekerja dan tidak mahu bergantung pada keluarga semata-mata namun sehingga kini usahanya untuk bekerja sering terbantut dek kerana tiada majikan yang ingin mengambilnya bekerja.
Status sebagai bekas penagih terpalit pada namanya dan itu menyukarkan urusan.
Pada pagi itu Puan Fatimah sedang sibuk memasak dan dibantu oleh Aiman. Sementara Encik Karim keluar bersama Aisyah untuk membeli barang basah.Aliya yang baru turun ke bawah untuk membantu ibunya menyiapkan sarapan terkejut melihat ibunya memasak lebih awal.
“Mak, awalnya masak. Eh banyaknya?” soal Aliya yang hairan dengan juadah yang disediakan lebih banyak dari selalu
“Ada tetamu nak datang” balas Puan Fatimah
“Siapa mak?” soal Aliya yang kemudian duduk di meja makan sambil melihat juadah sarapan matanya juga sempat menjeling ke arah Aiman yang sibuk mengupas bawang
Hati Aliya sedikit terkilan kerana mengupas bawang tu adalah tugas kegemarannya tapi tak sangka Aiman terlebih dahulu mengerjakan bawang tersebut.
“Kamu tak kemana-mana kan hari ni?” soal puan Fatimah sambil menumis sambal dalam kualiAroma pedas sambal tersebut menusuk hidung dan hampir membuat Aliya bersin.
“Dalam jam 10 Aliya nak keluar” balas Aliya
“Batalkan je la atau tunda sebab kamu kena tolong mak masa tetamu tu datang” pinta Puan FatimahAliya terdiam. Nampaknya terpaksalah dia mengorbankan masanya untuk bertemu Fikri untuk membantu ibunya. Nasib baik Fikri seorang yang memahami.
Aiman hanya mendengar perbualan adik dan ibunya. Dia tidak masuk campur dan hanya tunduk memandang bawang yang dikupas.
***
Waktu yang ditunggu-tunggu pun tiba. Tetamu yang dimaksudkan oleh puan Fatimah tiba dengan dua buah kereta.
Encik Karim menyambut kehadiran mereka ditemani Aiman. Sementara Aliya sibuk mengemas di dapur bersama Aisyah.
“Assalamualaikum Aliyaaaa!!” panggil satu suara yang cukup Aliya kenali“Aniss?! Laaa kau ke tetamunya” balas Aliya yang terkejut dengan kehadiran Anis yang muncul di dapur
“Ye la..mana red carpet aku..hahah” gurau Anis
Aliya hanya menggeleng kepala dan bergerak ke ruang tamu untuk bertemu tetamu lain. Yang datang adalah ibu ayah Anis dan sepasang suami isteri yang agak berusia. Aliya duduk disebelah Ibunya.
“Inilah Aliya?” soal wanita tua ituAliya bersalaman dengan wanita itu.
“Aliya, ini mak dan ayah Azmeer. Mereka datang nak merisik kamu” kata Encik Karim.Aliya tergamam.
Bersambung..
YOU ARE READING
MISS BAWANG : KASIH TANPA SEMPADAN
RomanceRomance (Lengkap) (Umum) Kisah cinta seorang gadis urban, Aliya yang suka membawang. Dia menemukan jejaka idamannya ditempat dan waktu yang tidak dijangka. Pada masa sama, dia terpaksa memilih antara percintaan dan kekeluargaan. Gambar cover hanyal...