Bahagian 9

634 39 21
                                    

“Apa akan jadi selepas ni?” soal Fikri pada May

Wajah gadis muda itu ditatap dalam-dalam. Fikri masih keliru.

“Saya pun tak pasti” jawab May dengan nada mendatar.

May seperti sudah hilang keinginan untuk meneruskan hidup. Harta yang dijaga selama bertahun-tahun telah diragut dalam masa 15 minit.

“Awak masih nak bekerja dengan lelaki keparat tu?” soal Fikri dengan nada tegas

“Awak..saya..saya tak tahu nak buat macam mana. Ini soal kerjaya saya. Awak takkan faham!” tegas May

“Awak lebih pentingkan kerjaya dari maruah diri?” soal Fikri lagi

Kata-kata Fikri bagaikan pisau tajam yang menghiris jantungnya. Apa yang dikatakan itu benar belaka. May mendahulukan kerjaya dari maruah dirinya sendiri.

Selepas diugut oleh Abang Tam, May telah berjanji untuk memperbaiki mutu lakonannya. Namun itu tidak cukup. Ada saja isu yang dibangkitkan oleh Abang Tam.

Betul atau salah semuanya tidak bermakna, yang penting adalah Abang Tam tidak berpuas hati dengan May.

Abang Tam kemudian memberi peluang terakhir untuk May bangkit semula namun bersyarat. Korbankan daranya pada Abang Tam.

Setelah dihentam dan dipaksa beberapa kali, May akhirnya akur dan terlanjur bersama Abang Tam beberapa kali demi menyelamatkan kerjayanya yang baru menapak.

Sejak dari itu tiada lagi ugutan, tiada lagi masalah. Semuanya berjalan lancar bahkan May menerima lebih banyak peluang berlakon hasil bantuan Abang Tam yang cukup berpengaruh dalam dunia seni tanah air.

Jauh dari sudut hatinya dia menyesal kerana terburu-buru dalam membuat keputusan. Lebih-lebih lagi dia telah lama jatuh hati pada Fikri. Dia berasa seperti mengkhianati lelaki yang dicintainya itu.

Setelah lama memendam perasaan, akhirnya dia menceritakan apa yang berlaku pada Fikri.

Seperti yang dijangka, Fikri terkejut. Dia benar-benar kecewa dengan tindakan meluru May. Kenapa May sanggup mengorbankan maruah demi duit.

Mereka berdua kini berada di dalam kereta Fikri berdua-duaan. Bukan niat untuk melakulan maksiat tapi lebih pada ingin berbicara dari hati ke hati.

Masing-masing buntu dan tidak tahu kemana hala tuju hubungan mereka. Keduanya terlalu ego untuk meluahkan rasa sayang antara satu sama lain.

“Jadi Fikri dah tak nak kawan dengan May lagi?” soal May memecah kesunyian malam

Fikri menghela nafas panjang. Otaknya kusut dengan apa yang berlaku. Sudahlah dia terserempak dengan Aliya bersama lelaki lain di sebuah mall tempoh hari.

Entah kenapa hatinya sakit melihat kemesraan mereka. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia cemburu. Kenapa Aliya melayan lelaki itu dengan baik sedangkan ketika mereka berdua makan bersama, Aliya melayannya dengan buruk.

Fikri juga semakin keliru. Adakah dia menyukai Aliya pada masa sama menyintai May. Mana mungkin. Dia bukan jenis yang mudah jatuh hati pada sembarangan wanita. Fikri perlu buat keputusan untuk memilih antara May atau Aliya.

“Saya takkan berhenti berkawan dengan awak. Tapi saya nak awak fikir baik-baik. Sampai bila awak nak kekal hidup begini?” soal Fikri

May menelan liur. Dia sendiri tidak tahu selama mana dia perlu jadi perempuan simpanan Abang Tam.

“Abang Tam ada melamar saya..” jawab May perlahan

Darah Fikri mendidih. Jantungnya berdegup pantas dan wajahnya merah. Dia sedang menahan berang.

“Awak terima?” soal Fikri tersekat-sekat

May hanya berdiam diri sambil menundukkan wajahnya. Air mata May gugur dipipi.

“Tapi dia dah kahwin kan. Dah ada anak” kata Fikri lagi

“Dia sebenarnya duda” balas May pendek

“Jadi sekarang awak menyebelahi dia la?” balas Fikri pula

May berdiam diri lagi. Sungguh dia tidak mahu bergaduh dengan Fikri pada malam itu.

Hati Fikri menjerit dan memaki hamun Abang Tam kerana merosakkan May dan merampas May darinya.

***

Fikri membuka pintu bilik dan menghempas tubuhnya di tilam empuk.

Jam dinding menunjukkan pukul 11 malam dan dia baru saja pulang dari menghantar May ke rumah.

Selepas perbincangan mereka, May dan Fikri lebih banyak berdiam diri dan termenung.

Tiada senyuman terukir diwajah May ketika mereka berpisah sebentar tadi. tidak seperti selalu, mereka telah lama berkawan dan sering keluar bersama dan selalunya perpisahan mereka disambung dengan gelak tawa dan senyuman panjang lebar.

Malam ini terasa sungguh asing dan panas. Fikri membuka pakaiannya dan segera menuju ke bilik air untuk menyegarkan tubuh.

Air turun membasahi setiap inci kulitnya dan dia berdiam diri selama beberapa minit. Otaknya bergeliga memikirkan apa yang telah berlaku.

Impiannya untuk bersama May musnah hanya kerana kerjaya. Fikri berasa kesal dengan apa yang terjadi.

Selesai mandi, dia mengeringkan tubuh dengan tuala sambil membalut tubuhnya dengan pakaian tidur.
Fikri duduk di tepi tilam sambil memegang telefon bimbitnya. Hatinya masih ragu-ragu.

Dia kemudian mendail nombor dan menghubungi seseorang.

“Hello? Aliya? Maaf kacau awak malam-malam ni. Kita lunch sama-sama esok nak?” soal Fikri

Bersambung..

MISS BAWANG : KASIH TANPA SEMPADANWhere stories live. Discover now