Hari demi hari berlalu. Hubungan Fikri dan Aliya semakin rapat. Mereka sering berbalas mesej dan adakalanya meluangkan masa bersama.
Aliya semakin bersikap terbuka pabila bersama Fikri. Dia tidak perlu berlakon untuk menjadi orang lain. Dia mulai selesa menjadi diri sendiri dan Fikri juga menerima peribadi asal Aliya.
Apa yang membuat Fikri jatuh hati adalah sikap matang Aliya. Manakala bicara lembut dan romantis Fikri pula membuat Aliya mimpi indah tiap malam.
Jari Aliya menaip dengan pantas. Entri kali ini berkisar tentang ciri-ciri lelaki yang layak diambil sebagai suami.
Entah kenapa sejak kebelakangan ini Aliya gemar menulis hal berkaitan perkahwinan. Contohnya pada 3 hari lepas, Aliya memuat naik entri baru tentang hantaran dan mas kahwin. Walaupun dia masih membawang tentang mas kahwin sesetengah artis tempatan yang agak luar biasa namun isi kandungan entri itu bersifat nasihat pada pasangan yang hendak memulakan rumahtangga.
Dan kali ini Aliya masih kekal dengan topik kahwin tapi sempat juga dia menyentuh sesetengah perkahwinan artis yang pada mulanya nampak gah tapi akhirnya bercerai.
Entri yang di muat naik dalam blognya itu mendapat sambutan hangat seperti biasa. Komen dari netizen adakalanya melucukan dan adakalanya membakar hati.
Namun Aliya tetap sabar melayan kerenah pengikut alam mayanya. Baginya semua individu berhak meluahkan apa yang mereka rasa.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi dan pabila diperiksa, Fikri sedang menghubungi Aliya.
“Ye awak , ada apa call malam-malam ni?” soal Aliya
“Esok sabtu awak tak kerja kan?” soal Fikri
“Ye esok saya cuti. Kenapa ye?” soal Aliya lagi
“Jom kita makan sama-sama nak? Saya nak bawa awak ke tempat paling istimewa” kata Fikri
‘Alahai kenapalah awak ni romantik sangat’ jerit hati Aliya yang mula kesukaan.
“Tempat apa tu awak?” soal Aliya lagi
“Rahsia la..esok awak akan tahu..itupun kalau awak sudi” pancing Fikri
“Ermm..kalau saya tolak?” sakat Aliya
“Ehh jangan la..awak tak kesian kat saya ke?” pinta Fikri
“Tak kasihan pun..” sakat Aliya lagi
“Alaaa…sedih hati saya..retak seribu” kata Fikri dengan nada sedih yang dibuat-buat
“Eleh, mengada..yela-yela saya ikut awak esok” balas Aliya
“Yahoooo…haha terima kasih awak. Tak sabar nak jumpa awak esok” balas Fikri yang keriangan
Aliya hanya tergelak mendengar telatah Fikri yang bersikap kebudak-budakkan. Tapi jauh di hati Aliya dia tertanya-tanya dimana tempat istimewa itu?
***
Malam pun bertukar siang dan dipagi yang indah itu Aliya sengaja bangun lewat.
Dia sengaja melajakkan waktu tidurnya kerana hari itu hari bercuti. Dia mahu menikmati tidur sepuas-puasnya.
Aliya segera ke bilik air pada pukul 10 pagi setelah menerima pesanan dari Fikri bahawa dia akan menjemput Aliya pada pukul 11 pagi.
Kelam kabut Aliya dibuatnya. Tapi hati Aliya sedikit teruja untuk menemani Fikri ke tempat istimewa itu. Bermacam-macam tempat bermain dimindanya.
Selesai mandi, Aliya memilih pakaian yang sesuai untuk keluar berjalan-jalan dan yang paling penting, semuanya menutup aurat.
Sedar tidak sedar, Fikri tiba dihadapan rumah Aliya untuk menjemputnya.
Pabila Aliya turun, barulah dia sedar bahawa semua ahli keluarganya tiada dirumah dan telah keluar entah kemana.
Namun Aliya tidak risau kerana itu perkara biasa ketika hujung minggu. Kedua ibu bapanya pasti melawat Abang long atau bersiar-siar. Manakala adiknya pula akan melepak bersama rakan-rakannya.
***
Kereta Fikri berhenti dihalaman sebuah rumah teres dua tingkat. Rumah tersebut nampak indah dan kemas.
‘Rumah siapa pula ni’ soal hati Aliya
Sepanjang perjalanan, Aliya sering bertanya ke mana mereka hendak pergi namum Fikri mengelak dari menjawab dan menukar topik.
Sedikit perasaan takut menyelubungi diri kerana ini kali pertama dia mengikut lelaki yang baru dikenali ke tempat rahsia yang tidak diketahui.
Aliya sudah bersedia untuk menghubungi pihak polis sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.
Fikri menjemput Aliya untuk masuk ke rumah dan mereka disambut oleh seseorang mak cik. Mak cik itu tersenyum lebar melihat Fikri datang bersama seorang gadis yang berpakaian sopan.
“Awak, kenalkan ni Mak Jah. Pembantu rumah saya” kata Fikri
Aliya menghulur tangan untuk bersalaman dengan Mak Jah. Sempat juga dia melemparkan senyuman paling manis.
“Ini ke kawan kamu tu Fikri. Cantik” puji Mak Jah
“Mana ada mak cik. Biasa-biasa je ni” dalih Aliya namun dalam hati kembang semangkuk.
Mereka kemudian masuk ke dalam rumah dan terus ke bahagian dapur.
“Awak kenalkan mak saya. Puan Lina” kata Fikri
Aliya melihat seorang wanita yang duduk di kerusi roda dengan pandangan sayu. Wajah wanita suram dan termenung melihat meja makan.
Aliya berasa kekok dan serba tak kena. Perlahan-lahan dia mendekati Puan Lina dan mencium tangannya yang tua dan lemah itu.
“Ayah saya dah meninggal. Jadi sekarang cuma ada mak je” jelas Fikri yang tersenyum
Aliya hampir menangis mendengar penjelasab Fikri. Tidak disangka lelaki seperti dia kuat menghadapi ujian seperti ini.
Timbul perasaan kagum ketika melihat wajah Fikri yang masih mampu tersenyum walaupun diuji dengan hebat.
Bersambung..
YOU ARE READING
MISS BAWANG : KASIH TANPA SEMPADAN
RomansaRomance (Lengkap) (Umum) Kisah cinta seorang gadis urban, Aliya yang suka membawang. Dia menemukan jejaka idamannya ditempat dan waktu yang tidak dijangka. Pada masa sama, dia terpaksa memilih antara percintaan dan kekeluargaan. Gambar cover hanyal...