“Hello, awak” kata Aliya dihujung talian
“Ye saya..kenapa ni? Awak macam menangis je” soal Fikri
“Kita kahwin jom” soal Aliya
Fikri terdiam. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba Aliya mengajaknya kahwin. Dia mula berasa pelik.
“Awak..hello?” soal Aliya seperti kurang sabar
“Eh..tiba-tiba je ni. Awak jangan la bergurau” soal Fikri pula
Sakit hati Aliya mendengar soalan jejaka tinggi itu. Ikutkan hati mahu saja dia mengigit telinga Fikri kerana terlalu geram.
“Saya tak main-main la awak” balas Aliya.
Jawapan Aliya itu benar-benar membuat Fikri binggung. Kenapa permintaan Aliya terlalu rambang.
“Err..awak, bukan masih awal ke untuk kita bincang tentang ini?” soal Fikri yang ingin mendapat kepastian.
Hatinya yakin bahawa Aliya dalam keadaan tidak stabil dan sebab itulah dia buat keputusan terburu-buru. Dia juga tidak mahu Aliya salah langkah.
“Awak tak nak kahwin dengan saya ke?” soal Aliya pula.
Aliya mula ragu-ragu dengan hubungan mereka. Pada mulanya dia beranggapan bahawa Fikri sudah mengatur langkah ke alam perkahwinan pabila dia memperkenalkan Aliya kepada Ibunya.
Berapa lama lagi Aliya harus tunggu sebelum membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya. Atau mungkinkah Fikri hanya suka-suka saja.
“Bukan macam tu awak. Cuma..” suara Fikri kedengaran ragu-ragu
“Cuma apa?” balas Aliya lembut namun ada nada tegas
“Saya belum bersedia lagi. Masih terlalu awal..” kata Fikri
Aliya berdiam diri. Jantungnya berdegup kencang. Perasaan hampa dan marah bersatu. Sungguh dia kecewa dengan jawapan itu.
“Okay” balas Aliya yang kemudian menamatkan panggilan telefon.
Fikri tergamam dengan tindakan Aliya. Dia cuba untuk menghubungi Aliya sekali lagi namun tidak dijawab. Fikri semakin buntu.
Aliya langsung tidak memberi peluang untuk dia menjelaskan perihal yang sebenar. Fikri mahu adik perempuannya menamatkan pengajian dahulu barulah dia bersedia untuk berumah tangga.
Aliya semakin kesal. Beberapa jam yang lalu kehadiran ibu dan ayah Azmeer dengan niat untuk meminang Aliya sememangnya ditentang habis-habisan oleh Aliya.
Encik Karim dan Puan Fatimah tetap berkeras untuk menyatukan mereka kerana berkenan dengan Azmeer. Tapi hati Aliya hanya untuk Fikri.
Aliya mahukan Fikri sebagai suaminya dan bukannya orang lain. Mungkin sebelum ini dia ragu-ragu namun sekarang dia yakin bahawa Fikrilah lelaki yang layak menjadi imamnya.
Aliya tidak boleh membuang masa lagi. Dia perlu menghentikan aturan mak dan ayahnya. Mujurlah mereka memberi masa pada Aliya untuk membuat keputusan.
Selama mana pun masa diberi, Aliya tetap dengan pilihan hatinya.
Aliya meletak telefon diatas meja solek dalam biliknya dan terus berlari menuju ke ruang tamu. Dia perlu berbincang dengan ayah dan ibunya.
“Mak, Ayah mana?” soal Aliya yang masih belum bertemu dengan Ayahnya.
“Dia keluar dengan Aiman. Kenapa?” soal Puan Fatimah yang sedang menonton televisyen
Aliya berasa hampa.
***
Kereta dipandu menuju ke kedai pengantin. Nampaknya Encik Karim terlebih dahulu mengatur langkah dari Aliya.
Dalan fikiran Encik Karim, Aliya dan Azmeer sangat secocok. Tidak salah baginya untuk survey pakej pengantin untuk majlis perkahwinan belah perempuan.
Aiman hanya berdiam diri di sebelah Encik Karim. Namun dalam hatinya dia bersyukur adiknya bakal menamatkan zaman bujangnya.
Tiba-tiba kereta yang dipandu Encik Karim terhuyung-hayang dan Aiman terkejut melihat Ayahnya telahpun pengsan di tempat duduk pemandu.
Suasana menjadi cemas pabila kaki Encik Karim masih memijak pada pedal minyak dan menambah kelajuan kereta.
Aiman cuba menyedarkan Ayahnya namun gagal. Dia kemudian cuba mengalihkan kaki Ayahnya dari pedal minyak dan kereta mereka hilang kawalan.
Aiman cuba menarik brek tangan namun sudah terlambat kerana kereta itu telah terbabas di bahu jalan dan melanggar sebatang pokok.
Pandangan Aiman gelap.
***
Suara tangisan kedengaran di diruang menunggu dalam hospital. Aisyah dan Puan Fatimah bersedih dengan berita tentang kemalangan dua jejaka yang mereka sayangi.
Encik Karim koma manakala Aiman luka ringan. Kereta yang terbabas itu melanggar pokok dan bahagian yang paling teruk terjejas adalah bahagian pemandu.
Aiman yang baru saja dirawat duduk diluar hospital sambil menghirup udara segar. Dia perlu bertenang. Tak sanggup dia melihat Ayahnya terbaring kaku ditilam.
Dalam hatinya menyalahkan diri sendiri akibat kecuaian. Sepatutnya dia yang memandu dan bukannya Encik Karim.
Bunyi tapak kaki sedang berjalan menuju ke arah Aiman kedengaran semakin jelas.
Aiman berpaling ke belakang dan melihat Aliya dengan muka penuh kemarahan sambil menatap jauh kedalam matanya
Nafas Aliya turun naik dan tangannya memukul bahu Aiman. Terkejut Aiman dengan perilaku adiknya itu.
“Abang kejam, macam mana abang bawa kereta sampai boleh kemalangan?” tegas Aliya
“Abang…” jawab Aiman tergagap-gagap
“Abang ambil dadah lagi ke? Sebab tu khayal masa memandu! Kalau apa-apa jadi pada Ayah, Aliya takkan maafkan abang sampai bila-bila” jerit Aliya
Beberapa orang yang ada disekitar situ memandang ke arah dua beradik itu. Aiman tertunduk malu
“Abang minta maaf, sebenarnya abang..” balas Aiman
“Sudah! Aliya tak nak tengok muka abang lagi lepas ni” tegas Aliya
Aiman terdiam. Aliya kemudian menolak tubuh abangnya keluar dari kawasan hospital. Aliya nampaknya benar-benar menghalau Aiman.
“Aliya, abang minta maaf..” pinta Aiman
“Pergilah abang. Tolonglah, Aliya merayu abang pergi. Kehadiran abang cuma membawa masalah je pada mak dan ayah.” Jelas Aliya
Hati Aiman bagai ditusuk pedang mendengar kata-kata adiknya itu. Benarkah selama ini dia membawa masalah pada keluarganya. Aiman mula serba salah.
“Kalau abang sayang Ayah, abang pergilah dan jangan datang lagi” kata Aliya
Aiman menatap wajah adiknya. Rayuan Aliya benar-benar membuat hatinya tersentuh. Dia buntu.
“Tolong cakap pada Ayah yang abang minta maaf dan abang sayang ibu” kata Aiman sebelum meninggalkan Aliya yang mula menangis.
‘Maaf abang tapi inilah yang terbaik’ kata hati Aliya.
Bersambung..
YOU ARE READING
MISS BAWANG : KASIH TANPA SEMPADAN
RomanceRomance (Lengkap) (Umum) Kisah cinta seorang gadis urban, Aliya yang suka membawang. Dia menemukan jejaka idamannya ditempat dan waktu yang tidak dijangka. Pada masa sama, dia terpaksa memilih antara percintaan dan kekeluargaan. Gambar cover hanyal...