Aiman melangkah dan terus melangkah. Dia sendiri tidak tahu di mana dia berada. Tempat ini sudah banyak berubah. Kakinya mulai sakit namun dia tidak berhenti.
Tiba-tiba hujan turun perlahan menyedarkan Aiman dari lamunannya. Dia kemudian berlari anak dan berteduh di stesen bas berdekatan. Hanya seorang diri.
Udara sejuk menyerang tubuh Aiman membuat dia mengigil seketika dan hujan semakin lebat. Berdiri bulu romanya.
Aiman teringat kata-kata Aliya. Air matanya perlahan-lahan gugur dan hatinya sakit. Tak sangka adik kandung akan menghalaunya.
Aiman duduk menunggu sesuatu yang tak pasti. Tiada hala tuju dan dia semakin buntu. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapannya.
Aiman tidak mempedulikan orang yang keluar dari kereta itu. Dalam fikirannya hanyalah keluarganya sahaja. Apalah nasib Ayahnya.
"Ehh bro..buat apa kat sini?" soal Azmeer yang muncul bersama payung.
"Maaf, kamu ni siapa?" soal Aiman binggung
"Mak aku cakap kau ni abang Aliya kan? Mak aku kat dalam kereta tu. Kau nak balik ke? Jom la tumpang kami" soal Azmeer.
"Erm..takpe la aku tunggu bas je. Kau Azmeer ke?" balas Aiman yang mulai malu
"Hehe ye bro. Yang datang meminang Aliya tu, keluarga aku la bagi pihak aku" balas Azmeer dengan senyuman
Aiman mengangguk faham.
"Jom la naik kereta aku, aku hantar kau balik rumah" ajak Azmeer
"Ehh tak perlu susah-susah. Aku balik sendiri je nanti" balas Aiman
Cermin pintu belakang diturunkan dan kelihatan Ibu Azmeer memanggil Aiman
"Nak, buat apa sendirian kat situ. Marilah naik kereta kami. Sejuk ni" pujuk Ibu Azmeer
Aiman terdiam, tidak tahu apa yang perlu dia balas. Hatinya ingin menolak namun dia tak mampu. Dia tidak mahu pulang ke rumah kerana takut Aliya berada disana. Setelah dia dihalau, tidak mungkin Aliya mahu melihat wajahnya lagi
Mahu tak mahu, Aiman terpaksa ikut kehendak Ibu Azmeer dan mengikut Azmeer masuk ke dalam kereta.
Sepanjang berada di dalam kereta mereka berbual namun Aiman berasa kekok dan segan.
Perjalanan mereka memakan masa lebih kurang 30 minit dan mereka tiba di rumah Encik Karim. Hati Aiman berdebar-debar memikirkan apa yang akan berlaku jika Aliya melihat dia pulang.
Setelah mengucap terima kasih pada Azmeer, Aiman masuk ke dalam rumah. Lega hatinya pabila melihat tiada kereta yang parkir di kawasan rumah. Ini bermaksud kelurganya tiada di rumah.
Aiman dengan pantas masuk ke dalam bilik dan mengemas sedikit pakaian sebelum keluar semula meninggalkan rumah Ayahnya itu.
Hatinya sebak namun dia nekad.
***
"Mak, ni baju" kata Aliya sambil menghulur satu beg yang mengandungi pakaian untuk Puan Fatimah
Sejak semalam Puan Fatimah dan Aisyah setia menunggu Encik Karim di hospital.
Mereka masih bersedih dan hanya memikirkan tentang keadaan Encik Karim saja.
"Aiman kat mana?" soal Puan Fatimah
"Entahlah..kat rumah agaknya" balas Aliya tanpa mengetahui abangnya telah pergi membawa diri
Ketika dia pulang ke rumah sebentar tadi untuk mengambil pakaian ibunya, dia tidak melihat Aiman.
Hatinya sedikit risau dengan keadaan abangnya namun dia yakin Aiman pasti akan pulang ke rumah juga.
Sayu hatinya melihat Encik Karim terbaring kaku di katil hospital dengan wajah pucat.
"Mak, Aliya minta diri dulu ya ada kerja sikit. Nanti kalau ada apa-apa call Aliya ye" kata Aliya
Puan Fatimah mengangguk faham.
***
"Saya menyesal, saya tak sangka hidup saya jadi macam ni" kata May yang menangis
Fikri bersimpati dengan keadaan May yang tersepit antara maruah dan kerjaya. Hidupnya mula berubah. Walaupun dia semakin berjaya namun dia masih lagi dipergunakan oleh Abang Tam dan pengarah-pengarah lain.
Bukan ini yang May mahukan pabila dia memulakan kerjaya sebagai artis. Ternyata industri seni tidaklah seindah seperti yang diperkatakan.
"Awak ada pilihan May, sama ada awak kekal begini atau awak tinggalkan dunia seni" kata Fikri yang cuba memujuk
Tak sanggup rasanya melihat gadis yang pernah bertakhta dihatinya itu merana. Dia benar-benar terkesan dengan perubahan hidup May.
"Saya buntu Fikri, tolonglah saya" kata May sambil memeluk erat tubuh Fikri
Fikri tergamam dengan pelukan May. Namun dia tidak menolak. Sahabatnya perlukan sokongan dan itulah yang akan dia berikan.
Tak jauh dari sana, Aliya mengalirkan air matanya melihat Fikri berpelukan dengan seorang wanita yang berpakaian seksi.
Hati Aliya bagai di cincang halus. Inikah erti kecurangan? Dimana kesetiaan?
Aliya berlalu pergi dengan hati luka.
Bersambung..
![](https://img.wattpad.com/cover/149108414-288-k707185.jpg)
YOU ARE READING
MISS BAWANG : KASIH TANPA SEMPADAN
Любовные романыRomance (Lengkap) (Umum) Kisah cinta seorang gadis urban, Aliya yang suka membawang. Dia menemukan jejaka idamannya ditempat dan waktu yang tidak dijangka. Pada masa sama, dia terpaksa memilih antara percintaan dan kekeluargaan. Gambar cover hanyal...