Aliya melabuhkan punggungnya dikerusi. Meja bulat yang dihiasi alas berwarna putih itu secocok dengan kerusi yang turut dialas.
Aliya bersama seluruh ahli keluarganya kini menghadiri majlis perkahwinan adik perempuan Anis yang berlangsung di rumah pengantin perempuan.
Khemah dipasang di halaman rumah hingga ke jalan raya dan kereta tetamu memenuhi setiap ruang. Mujur Aliya dapat tempat untuk meletak kereta bapanya.Cuaca agak panas itu memang menguji kesabaran dan kipas yang dipasang tidak banyak membantu. Aisyah, adik Aliya duduk disebelah dengan pinggan yang penuh dengan makanan.
“Ni kebulur ke apa? Banyak betul” perli Aliya
“Alaa biar la..lapar tau tak” gedik Aisyah
Aliya hanya menggeleng kepala melihat adiknya yang semakin berisi kerana tidak menjaga makan. Pabila berat badannya naik, Aisyah pasti memaksa Aliya menemannya jogging.
Aliya bangkit lalu berjalan menuju ke meja panjang yang menyediakan makanan untuk para tetamu yang hadir.
“Nah air untuk awak” kata seorang lelaki sambil menghulur gelas berisi air sirap bandung yang sejukAliya yang baru selesai mengambil makanan terkejut dengan suara itu.
“Azmeer?” kata Aliya
Azmeer tersenyum melihat wajah Aliya yang mula memerah. Baju melayu ungu bersampin songket itu sesuai dengan Azmeer. Dia memang kelihatan kacak dan manis. Tubuhnya yang sederhana itu memang menjadi idaman Aliya untuk dijadikan bantal peluk.
“Ehem..awak datang dengan siapa?” tegur Azmeer yang menyedarkan Aliya dari lamunannyaAliya semakin malu.
“Tu dengan keluarga” kata Aliya sambil menunjuk ke arah satu meja bulat yang dikelilingi oleh ahli keluarganya
Azmeer mengangguk faham dan Aliya meminta diri untuk kembali bersama keluarganya. Hatinya terkejut namun bila difikirkan semula, Azmeer sepatutnya hadir dalam majlis tersebut kerana dia sepupu Anis.Majlis perkahwinan itu berjalan lancar dari acara bersanding hinggalah ke acara memotong kek kahwin. Ramai sanak saudara dan sahabat mengambil peluang untuk bergambar dengan pengantin.
Aliya sekeluarga pula sedang menunggu giliran untuk bergambar setelah dipaksa oleh Anis.
“Terima kasih la sebab sudi datang ye” kata Azmeer pada ibu dan bapa Aliya.
“Sama-sama, anak ni abang pengantin ke?” soal Encik Karim, ayah Aliya“Eh bukan pak cik, saya ni sepupu pengantin” jelas Azmeer
“Orang rumah tak ikut sekali ke?” soal Puan Fatimah ibu kepada Aliya
“Saya belum kahwin lagi mak cik. Masih bujang” balas Azmeer
“Pak cik dan mak cik nak apa-apa tak? Biar saya ambilkan, sebab kita ada cendol dengan bubur kacang hijau” sambung Azmeer lagi
“Saya nakk..nak hati abang..cia cia cia” kata Aisyah
“Hish apa la kamu ni cakap macam tu” tegur puan Fatimah.Aliya mula segan dengan sikap adiknya yang suka bergurau tanpa mengenal orang.
“Haa pak cik, mak cik dah berkenalan dengan sepupu Anis ye” kata Anis yang tiba-tiba muncul di sebelah Azmeer.
“Ohh ni ke sepupu kamu yang nak kenal dengan Aliya tu?” soal Encik Karim
“Ye, ni la dia, nama dia Azmeer, teman istimewa Aliya” balas AnisAliya hampir tersedak mendengar kata-kata Anis. Sementara Azmeer pula menundukkan wajahnya sambil tersenyum. Dalam hati Azmeer mula berbunga.
“Ehh mana ade..kami kawan biasa je” balas Aliya
Perasaan gembira tadi bertukar kepada malu. Azmeer kemudian tersenyum pahit mendengar kata-kata Aliya. Aliya sedar kata-katanya menyinggung perasaan Azmeer dan dia terdiam seketika. Suasana bertukar kekok sebelum Aisyah menukar topik perbualan kepada kos-kos perbelanjaan perkahwinan dan mengubah suasana menjadi ceria semula.
***
“Handsome budak Azmeer tu ye bang” puji Puan Fatimah yang sengaja menguatkan suaranya untuk didengari Aliya
“Ye, baik je orangnya. Abang berkenan dengan dia” balas Encik Karim pula yang sedang memandu kereta untuk pulang.
“Mak rasa kamu sesuai la dengan Azmeer tu” kata puan Fatimah pada Aliya
“Kami kawan biasa je la mak. Lagipun mesti dia dah ada awek” balas Aliya yang cuba mengelakHati Aliya berbelah bahagi. Dia menyukai Fikri tapi pada masa sama dia selesa dengan Azmeer. Kedua-duanya ada keistimewaan tersendiri tapi hati Aliya lebih cenderung kepada Fikri.
Lelaki itu benar-benar bertanggungjawab dan matang. Semuanya dilihat dengan mata kepala sendiri ketika makan tengah hari bersama dirumah Fikri tempoh hari.
Kasih sayang yang ditunjukkan oleh Fikri pada Ibunya benar-benar mencairkan hati Aliya dan membuatnya jatuh cinta. Itulah lelaki yang layak dipanggil ketua keluarga dan ayah pada anak-anaknya nanti.Kereta Encik Karim tiba dihalaman rumah tapi berhenti secara mengejut. Encik Karim sekeluarga tergamam melihat sekujur tubuh berdiri dihalaman rumah menunggu mereka pulang.
Wajah yang sangat dirindui. Aiman. Abang kepada Aliya dan Aisyah dan merupakan anak sulung Encik Karim dan Puan Fatimah.Kedua orang tua itu keluar dari kereta dan terus memeluk Aiman yang mula menangis.
“Abang!!” jerit Aisyah sambil menyertai ibu dan bapanya untuk berpelukkan sekeluarga.Aliya pula kaku didalam kereta. Dia seperti tidak percaya bahawa abang kandungnya telah pulang. Adakah ini mimpi?
Bersambung..
YOU ARE READING
MISS BAWANG : KASIH TANPA SEMPADAN
RomanceRomance (Lengkap) (Umum) Kisah cinta seorang gadis urban, Aliya yang suka membawang. Dia menemukan jejaka idamannya ditempat dan waktu yang tidak dijangka. Pada masa sama, dia terpaksa memilih antara percintaan dan kekeluargaan. Gambar cover hanyal...