Bahagian 8

694 47 125
                                    

“Mana pula mamat ni..lambat setengah jam dah” keluh Aliya

Hari ini dia telah bersetuju untuk bertemu dengan sepupu Anis. Setelah perjumpaan mereka ditunda tempoh hari, kali ini mereka sudah bersedia untuk bertemu.

Aliya menunggu di Wangsa Walk untuk bertemu Azmeer, sepupu Anis. Hampir setengah jam menunggu namun batang hidung Azmeer masih belum kelihatan.

Aliya memeriksa mesej di telefon bimbit samsungnya. Mesej terakhir dari Azmeer adalah pada 40 minit yang lalu dan menurut Azmeer, dia hampir sampai.

Aliya tetap sabar menunggu walaupun dia menjerit dalam hati. Tak lama kemudian, telefon Aliya berbunyi dan kali ini dia menerima panggilan dari Azmeer.

Hello Aliya kan?” soal seorang lelaki dihujung talian

“Ye saya. Awak Azmeer kan? awak kat mana?” soal Aliya pula

“Saya dah sampai la awak. Kat depan F.O.S ni awak kat mana?” soal Azmeer

“La saya kat pintu masuk. Jap ye saya ke sana. Awak jangan ke mana-mana pulak” balas Aliya sambil melangkah.

Aliya berjalan hampir 10 minit sebelum sampai ke salah satu kedai baju terkenal itu.

Matanya meliar mencari lelaki yang kelihatan menunggu seseorang. Sejak mula mereka bermesej sehingga kini, Aliya masih belum pernah melihat wajah Azmeer.

Gambar profil Whatsapp Azmeer juga tiada. Ini kali pertama Aliya akan bertemu dengan Azmeer. Hatinya berdegup kencang tapi dia tetap beranikan diri kerana telah berjanji dengan Anis.

Sedang dia sibuk mencari Azmeer, Aliya disapa dari belakang oleh suara jantan yang garau.

“Cari saya ke?” tegur suara itu

Aliya berpaling ke belakang. Seorang lelaki berkaca mata berkulit putih bersih nampak segak dan menawan dengan baju kemeja bercorak kotak warna biru.

Handsome juga mamat ni walaupun sedikit berisi’ kata hati Aliya.

Wajah lelaki itu nampak tenang dan janggut nipis dibawah dagu menyerlahkan lagi kejantanannya.

Pakaiannya juga kemas dan tidak kusut serta berbau wangi. Tubuhnya tidak terlalu gemuk dan sedikit berisi itu memang sedap dipandang apatah lagi dipeluk.

“Awak ni Aliya kan? Kenapa senyap je?” soal Azmeer yang aneh melihat Aliya berdiam diri

“Eh..ye..er…ye..saya Aliya. Awak ni Azmeer ke?” soal Aliya pula

“Ye saya Azmeer, sepupu Anis. Maaflah buat awak tertunggu-tunggu” kata Azmeer yang kemudian memberi senyuman manis

Geram hati Aliya melihat wajah comel Azmeer yang berpipi tembam dan putih itu. Mahu saja dicubit dan digomol.

‘Kalau abang comel macam ni, 1000 tahun pun aku sanggup tunggu’ kata hati Aliya yang mula berbunga

Okay jom kita makan” ajak Azmeer

Aliya hanya menurut. Azmeer berjalan di hadapan Aliya. Gayanya seperti seorang pemimpin. Lelaki yang sesuai dijadikan suami dan ayah kepada anak-anak.

Mereka singgah disebuah restoran terletak di dalam pasar raya itu. Azmeer memang seorang yang menjaga adab dan tutur bahasanya juga sopan.

Dia juga tidak lokek senyuman dan membuat hati Aliya senang. Menghabiskan masa bersama Azmeer benar-benar mengubah sikap Aliya.

Selalunya dia pemalu dan jarang bercakap dengan lelaki melainkan klien. Ini terbukti ketika dia makan malam bersama Fikri tapi bila bersama Azmeer dia berasa selesa dan boleh menjadi diri sendiri.

Adakalanya Aliya tidak sedar sifat membawangnya terkeluar sedikit akibat terlalu selesa. Mujurlah Azmeer mengingatkan Aliya bahawa mengumpat itu perkara yang tidak elok. Aliya tersedar.

Segalanya tentang Azmeer cukup sempurna. Seperti mimpi, wujud lagi lelaki seperti dia dimuka bumi ini?

“Awak..saya nak tanya sikit boleh?” soal Aliya

“Boleh..apa dia?” balas Azmeer.

“Kenapa awak beriya nak jumpa saya? Sedangkan kita tak pernah kenal satu sama lain bahkan mesej pun jarang” kata Aliya

“Sebab nama awak sedap. Saya suka” balas Azmeer

Aliya terdiam. Hanya kerana nama? Pelik.

“Awak ni jangan la main-main. Awak tak takut ke kalau-kalau saya ni buruk ke? Pengkid ke? Pondan ke?” balas Aliya

Azmeer tertawa. Geli hatinya mendengar kata-kata gadis bertudung sopan dihadapannya itu. Mana mungkin gadis secantik dia bukan perempuan tulen.

“Saya tak takut sebab saya tau awak perempuan sejati. Saya lebih takut awak kecewa bila jumpa saya yang gemuk ni” balas Azmeer

“Gemuk? Apa awak mengarut ni. Awak tak gemuk la..tapi comel” kata Aliya pula

Mata Aliya yang nakal memerhati dada Azmeer yang tebal dan sedikit tegap. Gabungan lemak dan otot. Jika diperhatikan dengan teliti, Azmeer seorang yang memiliki hormon yang subur kerana bulu-bulu halus tumbuh dilengan dan pipinya.

“Haha..ada-ada je la awak ni. Tak ramai perempuan suka lelaki tembam macam saya ni. Mereka nak yang handsome dan fit macam model” balas Azmeer pula

“Saya tak kisah pun. Saya lebih pentingkan hati dan perasaan” sambung Aliya

Azmeer tersenyum puas. Tidak salah lagi, inilah gadis yang ingin dijadikan suri hatinya. Cantik dan pintar. Menutup aurat dan menjaga batas pergaulan.

Selesai makan dan berborak hampir 2 jam, mereka bersiar-siar sekejap sebelum berpisah.

Sedang mereka berjalan, langkah Aliya terhenti pabila melihat susuk tubuh yang amat dia kenali sedang memandang tajam ke arahnya.

Wajah manusia itu seperti tidak puas hati. Hati Aliya diserang kekacauan, kenapa mesti dia yang muncul?

“Fikri?” kata Aliya

Bersambung..



MISS BAWANG : KASIH TANPA SEMPADANWhere stories live. Discover now