Bahagian 6

680 41 9
                                    

Previously on Miss Bawang..

Aliya dipaksa oleh Anis untuk menghadiri temu janji dengan sepupunya namun ditunda pada hari lain.

Selepas bertemu klien di Nu Sentral, Aliya tersilap merampas coklat milik Fikri akibat salah faham lalu meninggalkannya

May dimarahi oleh Pengarah terkenal ketika shooting dan Fikri berbual dengan Ibunya tentang impiannya untuk mengambil May sebagai isteri

Aliya terserempak Fikri di taman dan sebagai menebus kesalahannya mereka merancang untuk makan bersama.

***

“Fikri, sarapan dan siap ni mai la makan” panggil Mak Jah ketika melihat Fikri turun dari tingkat atas sambil membetulkan tali lehernya.

Baju kemeja berwarna putih polos itu tampak sesuai dengan bentuk tubuh Fikri yang tinggi dan berbadan sederhana.

Adakalanya orang sekeliling menyangka Fikri adalah seorang model dek kerana wajahnya yang eksotik dan komersial. Namun dia hanyalah seorang pegawai disalah sebuah syarikat tempatan.

“Mak Jah masak apa hari ni?” soal Fikri yang mendekati meja makan sambil matanya sibuk melihat juadah makanan yang terhidang

“Ala tak masak apa sangat pun. Nasi goreng dengan lauk sikit je” balas Mak Jah yang menuang air teh o panas ke dalam sebuah cawan lalu dihidang kepada Fikri.

Fikri menyambut cawan itu sambil tersenyum. Mak Jah adalah orang gaji yang sangat prihatin dan penyabar. Fikri sangat bersyukur kerana Mak Jah sanggup mengambil tugas untuk menjaga ibunya.

Jauh disudut hati, Fikri tahu tanggungjawab menjaga ibunya itu adalah tugasnya namun oleh kerana dia perlu bekerja untuk menyara keluarga jadi dia terpaksa mengambil seorang pembantu rumah.

“Semalam Fikri tak makan malam ke?” soal Mak Jah tiba tiba

“Ohh…ye, saya makan kat luar dengan kawan” balas Fikri yang terus teringat akan datenya bersama gadis bernama Aliya.

Seorang gadis yang cantik tapi sayang temujanji mereka tidak berjalan seperti yang dimahukan. Fikri kesal dengan sikap Aliya. Telefon Fikri berbunyi dan dia segera menyambut panggilan tersebut.

Hello, Fikri?” soal May dihujung talian

“Ye saya, ada apa awak?” soal Fikri

“Erm..hurmm..nak jumpa awak petang ni boleh?” pinta May

“Boleh je nanti awak whatsapp lokasi kat mana nak jumpa” balas Fikri

Suara May kedengaran gusar dan bergetar. Seperti ada perkara buruk yang telah berlaku tapi Fikri segera menepis prasangkanya.

Okay nanti saya mesej ya. Terima kasih Fikri” balas May sebelum menamatkan panggilan.

“Amboi berseri muka Fikri lepas call tu. Mesti makwe call kan?” usik Mak Jah

“Ada-ada je la Mak Jah ni. Tadi tu kawan je” balas Fikri yang menahan malu

“Ye la..mula-mula kawan lama-lama pasangan” usik Mak Jah lagi sambil menghantar sarapan ke bilik Ibu Fikri.

Fikri tersenyum sambil mengeleng kepala.

***

Aliya merenung skrin komputer riba miliknya yang dibeli 3 tahun lalu.

Dikomputer jenis Lenovo itulah dia mencurah segala entri untuk blog Bawang Girl.

Hari ini Aliya sepatutnya mengemas kini entri terbaru yang menyentuh soal keadilan cuti hari raya bagi pekerja berstatus bujang. Topik itu bakal menjadi trending lebih-lebih lagi hari perayaan bakal menjelma.

Namun Aliya tidak memiliki sebarang idea atau mood untuk menaip. Isi secara ringkas telah siap tapi Aliya langsung mati akal untuk menghuraikannya.

Dia mula menaip tajuk untuk entri kali ini tapi kemudian berhenti seketika.

Aliya merenung skrin dalam-dalam dan hatinya tidak tenang. Seperti ada yang tidak kena. Jarinya dengan pantas menekan butang delete pada tajuk tersebut dan mula menaip tajuk baru.

Tajuk yang agak klise namun penting bagi Aliya kerana berdasarkan pengalamannya sendiri.

Entri kali ini bukan berkisar tentang cuti hari raya tetapi tentang temu janji.

Ya, Aliya masih lagi dihantui perasaan bersalah dengan Fikri kerana melayannya kurang sopan pada temu janji mereka tempoh hari.

Aliya berasa terpanggil untuk berkongsi apa yang patut dan tidak patut dibuat sepanjang temu janji dan bagaimana hendak merancang temu janji yang baik.

Jari Aliya rancak menaip papan kekunci di komputer ribanya. Bermacam idea muncul seperti hujan lebat yang turun membasah bumi.

Aliya berpuas hati kerana entrinya kali ini bakal membantu individu lain diluar sana untuk tidak mengulangi kesilapannya.

Entri ini juga sebagai nasihat untuk dirinya sendiri di masa hadapan. Setelah selesai, Aliya menekan butang enter dan entrinya berjaya dikemas kini di laman blog Bawang Girl.

Aliya tersenyum puas.

Okay tiba masa untuk bersiap ke pejabat” kata Aliya sendirian.

***

Petang itu Fikri tiba disebuah taman terpencil di sebuah kawasan perumahan. Di situlah May meminta mereka bertemu.

Lokasi dihantar melalui Whatsapp dan ini kali pertama Fikri tiba di taman tersebut.

Fikri menghantar pesanan kepada May dan memberitahu bahawa dia telah sampai, sambil menunggu May di dalam kereta.

Beberapa minit kemudian May membalas pesanan Fikri dan memberitahu bahawa dia dalam perjalanan.

10 minit menunggu dan Fikri sibuk bermain game di telefon bimbitnya sambil duduk di tempat duduk pemandu didalam kereta.

Tiba-tiba cermin keretanya diketuk lembut. Fikri terkejut seketika dan berpaling untuk melihat siapa yang mengetuk. Ternyata orang itu adalah May.

Fikri membuka pintu dan keluar untuk bertemu May yang sedang berdiri disebelah pintu kereta Fikri.

“Hai awa….” belum sempat Fikri menghabiskan kata-katanya, May terus memeluk erat tubuh Fikri sambil menangis.

Fikri tergamam dan keliru.

Bersambung…

Note:
Hai pembaca budiman. Aku dah kembali dan akan menyambung kisah Miss Bawang ni. Semoga terhibur.


MISS BAWANG : KASIH TANPA SEMPADANWhere stories live. Discover now