" Sha..." Abang aku atau Danish merayu aku untuk bercakap demgan dia,aku tak nak,bazir airliur je.
Bila aku nampak dia...nak saja aku lari ke dia dan peluk dia..erat.tapi aku tak buat..itu sebab ego aku..aku masih kecewa dengan apa yang dia buat..walaupun dah 5 tahun lepas..sekarang dia baru nak balik? Sedangkan aku dah tunggu dia banyak hari banyak bulan dan merayu untuk dia balik...aku rasa menyesal apabila marah dia masa tu...aku dapat rasakan betapa ikhlasnya airmata Danish.. Aku nak sangat sapu airmata dia masatu...tapi disebabkan ego..ego jer reason aku..Sebab ego jelah aku benci Danish...
" Sha.. Abang sangat2 minta maaf,abng tahu semuanya salah abang..abang minta Sha maafkan Abang ye...masa tu abang cuma terlalu lapar cinta..sampai tak tahu perasaan Sha dengan Ayah betapa sedihnya bila abng buat macam tu..Sha...tolong maafkan Abang..abang sayang Sha tau..abang sayang ayah juga..abang janji abang tak akan ulang begitu lagi.. Sha tolong maafkan ye? Sha.." dengar kata2 abang aku,rasa nak menangis dengan kuat..sangatlah kuat..sambil tu..nak bahu seseorang yang boleh aku peluk.
Tetiba..aku rasa macam ade seorang memeluk aku dari belakang,lama dah tak dipeluk oleh dia.. Lama sangat... Sekarang aku sudah menangis..menangis dengan kuat. Aku tahu Danishlah yng peluk aku.Pelukan dia aku rindu sangat.... Dapat ke aku maafkan dia?
" maaf kan Abang ye Sha.."
Suara dia sudah berubah,lebih garau dari dulu. Tapi perangai dia tak berubah,dia suka peluk orang bila dia menangis..aku pon nak tahu masa tu dia peluk siapa ke tak..
" Sha.." dia memanggil aku lagi,berhentilah ego...kau dah musnahkan hidup aku..lebih baik aku maafkan dia...aku nak peluk dia... Aku taknak tengok dia menangis..rasa sakit.. Masa itu pon samalah..aku halau dia sebab aku taknak tengok dia menangis..sakit.
Aku menahan menangis. Aku memegang tangan dia,rindunye tangan ini.. Aku meletak tangannya ke pipi aku,wah..lembutnye tangan dia
Aku memusing ke arahnya lalu aku peluknya erat,dia memeluk ku juga,tangisan aku semakin kuat,bersama juga dengan dia." Abang..." panggil aku,lama tak panggil nama ni..
Tetiba aku ternampak seorang perempuan menonton drama aku dengan abang aku,sambil senyum terharu.aku melepaskan pelukan.
" abang..tu ke orang yang abang sangat cintakan? " tanya aku sambil memandang tajam ke pompuan tu.. Ada kekadang rasa marah,kecewa ade semua bila tengok dia. Dialah buat abang aku jadi begini.Benci
Abang aku memusing ke arah perempuan itu,dia tersenyum dan memanggilnya kemari. Perempuan itu datang kepada aku dan abang. Abang aku memegang tangan dia.
" Ya...dialah orangnya.. Orang yang abang cintakan..sangat cintakan.." kata dia sambil memandang perempuan itu.
AKu memandang tajam perempuan itu,senyum2 je kerja dia.. Bukn sebab dia ke abang aku jadi musuh dalam list aku.." Ape senyum2!? Nak penampar ke!? Boleh lagi kau senyum selepas apa yang kau buat kat abang aku!? Kau musnah kan hidup orang kau tau tak pompuan!!? " marah aku,muka dia menjadi takut dengan aku.
" Sha! Kenapa Sha marah dia ni!? "
" Dah bukan dia ke yang buat abang lari dari rumah tu ha!? Dasar pompuan tak guna! "
*pang*
Abang bukan..Danish.. Bukan,lelaki ini menampar aku,pertama kali dia bertindak begini,aku rasa abang aku ni masih buta.buta dengan cinta,kasih sayang aku terhadap dia..aku rasa dah takde dah...dulu 100% sekarang.. Kosong pon takde.
" ABANG TAK ADE ADIK KURANG AJAR MACAM NI TAU TAK!! MANA SHA YANG ABANG KENAL HA!!? " Marah Danish,airmata dia kembali mengalir semula,aku pula..airmata aku dah hilang dari dia tampar aku lagi.aku mengetap gigi agar tak menangis,aku taknak jadi lemah depan lelaki ini.
" AKU PON TAKDE ABANG MACAM KAU JUGAK LAH !!! KAU KELUAR DARI RUMAH AKU SEKARANG!! JIJIK JE KAU JEJAK KAKI DISINI!! NAK SANGAT AKU SUH PENCUCI TANDAS BASUH DEPAN RUMAH AKU NI!! "
" sha.."
" Kau ingat aku maafkan kau!? Aku cuma berlakon jelah!! Kau nak tahu Danish! Selama ni kan..aku ingatkan diri bahwa..abang aku ni..dah lama MATI.. Mati! MATI FAHAM TAK!!? "
Danish nampak pucat sangat,terkejut dengan apa yang aku cakap,tangisan dia semakin kuat." Hey pompuan!! Kau dengar sini!! Kau bawa suami kau kuar dari umah aku!! Aku tak nak tengok dia!! Aku taknak tengok muka kau jugak!! Musnahkan hidup orang jer!! Pergi!!! Kalau tak!! Aku report polis!! "
"Sha..abang minta maaf sha..abang salah abang semuanya..maafkan abang..sha..jangan macam ni Sha..abang minta maaf.."
" Kau baru nak minta maaf sekarang apa gunanya Danish? Selepas berapa tahun kau hilangkan diri.. Selepas kau sakitkan hati aku dan ayah.. Boleh ke aku maafkan kau ni? BOLEH KE!!? "
" Sha..hiks..hikss..sha."
" Kau kuar.. Aku taknak tengok muka kau.. Kalau kau nak aku maafkan.... BIAR AKU MATI DULULAH BARU AKU MAAFKAN!! " Kata aku lalu keluar dari rumah,niat nak pergi rumah Daniel,tapi niat dibatalkan dengan tidak sengaja,Kereta terlanggar aku sampai aku terpengsan,Darah mengalir di kepala dan hidung,gelap beberapa minit kemudian,apa yang aku boleh dengar ialah. " Lita! "
Ya..suara Daniel.
YOU ARE READING
(COMPLETE) Minah Naughty I Love You!
Teen Fiction" Kau buat salah lagi!? berapa kali dah kau buat ha!? penat tau ambil nama kau tiap2 hari! " " alah relax lah kecil je kot problem ni.. " by RyuShy :)