Bab 6

1.6K 223 9
                                    

Mulutnya tidak henti menyanyi dengan begitu riang sekali. Tak sabar dia untuk berjumpa dengan rakannya. Dia mahu menyampaikan berita yang paling gembira. Tetapi dia sudah berjumpa Jaemin. Lupa pula dia hendak beritahu Jaemin. Ah! Tak apa. Biar Jaemin jadi orang terakhir yang tahu perkara ini.

Apabila dia terlihat kelibat rakannya yang berjalan masuk ke dalam kelas, terus dia berlari ke arah rakannya. Tak sabar dia untuk menyampaikan berita gembira itu. Tetapi dia tidak sedar yang dia terlanggar seseorang.

"Sunhye, saya ada berita nak beritahu ni..." Ujar Chaeyoung dengan matanya bersinar.

"Woi! Budak! Kau dah langgar aku, memang tak reti nak minta maafkan? Ha?!" 

Teguran sinis itu mengejutkan semua orang termasuk Chaeyoung dan rakan-rakannya. Nampaknya pelajar permpuan bersama rakannya berjalan mendekati Chaeyoung dengan wajah yang bengang. Chaeyoung yang blur tidak mengerti kenapa mereka marah padanya.

"Hei! Aku cakap dengan kau tadi!? Takkan, tak faham bahasa kut?! Memang mak bapak kau tak ajar hormat orang ke, ha?!" perlian pelajar itu membuatkan Misoo terasa bahang. Nak saja dia beri pelampang free dekat "Geng Berlagak Bagus" itu.

"Aaa~? Jeoseonghamnida~ Daeum buteojuui hagetsseumnida (Minta maaf, saya akan berhati-hati lain kali)" Chaeyoung menunduk tanda minta maaf. Dia sesama sekali tidak menahu yang dia terlanggar pelajar itu.

"Chit! Kau ingat dengan maaf kau tu. Senang aku nak maafkan kau? Dalam mimpi la!" 

"Hey, Kau! Kau ingat kau raja ke dekat dunia! Semua orang buat pernah buat silap! Dia dah minta maaf. Susah sangatkan nak maaf ke?! Oh! Memang mak bapak kau ajar macam ke, ha!? Sedap je nak ajar orang suruh hormat dia!" Misoo sudah mula berang dengan kata cacian mulut masin pelajar itu.

Semua pelajar yang berada di dalam kelas langsung keluar apabila terdengar suara Misoo memarahi seseorang. Pelajar lain yang lalu-lalang di situ turut berhenti untuk menyaksikan agenda itu.

"Misoo! Jangan!" Sunhye cuba menghalang Misoo dari berkata lagi.

"Apa dia?!" Panas telinga gadis itu apabila Misoo mula bersuara.

"Tak~ Maaf. Mungkin Chaeyoung, dia tidak perasan terlanggar awak tadi. Jadi, kita kena sama-sama saling maaf-memaafan." Sunhye cuba meredakan keadaan yang semakin tegang.

"Maaf?! Kau cakap maaf?!" dia tersenyum sinis.

"Kau dengan budak tu sama saja. Otak udang. Sorang macam terencat akal. Sorang lagi bodoh suka backup kawan yang terencat akal ni! Kau ingat ada orang nak kawan dengan orang yang terencat akal ni ke?!" aciannya yang begitu pedas.

Sunhye terus terdiam apabila terdengar pelajar itu memerlinya dengan Chaeyoung. Chaeyoung dari tadi hanya mendiamkan diri sahaja. Dia seperti mengiakan sahaja semua kata-kata gadis itu. Tiada perasaan ingin melawan untuk mempertahankan dirinya. Takut? Ia, dia takut untuk melawan semula.





















Jaemin dan rakannya yang baru sampai ke kelasnya melihat semua orang berkumpul di kelas sebelah. Ini yang menjadi tanda tanya. Teringin pula dia hendak mengetahui yang sedang berlaku sekarang ini.

"Kenapa diam?! Jadi betulkan apa yang aku cakap tadi!?"

"Kau memang nak kena!" Misoo terus menyerang pelajar itu dengan memberi satu das pelampang. 

Hayoung dan Aera yang dari tadi hanya mendiamkan diri terus menarik Misoo dari menyerang pelajar itu lagi. Pelajar itu pun mahu membalas tetapi sempat kawan Jaemin menghalangnya.

"Lepaslah!" marah pelajar tersebut apabila tanganya di genggam dengan kuat.

"Kau buat apa dekat bangunan sini?! Memang saja nak cari gaduh ke?! Jangan sampai aku laporkan kes ni pada cikgu!" 

"Lepas!" pelajar itu bergelut untuk melepaskan tangannya.

Kawan Jaemin terus melepaskan pegangannya dengan harapan pelajar itu pergi dengan segera dari tempat itu sebelum guru sampai . Pelajar itu memandang Chaeyoung pandangan yang tajam sebelum meninggalkan tempat itu. Sakit hati dia dengannya. Dah lah dapat pelempang. Kena marah pula dengan senior.

"Dah lah junior. Sedap hati cakap senior kurang sopan dengan dia." 

"Entah! Sepatutnya, dia yang kena hormat senior."

Jaemin terkejut apabila terdengar perbualan pelajar yang berada di situ. Dia memandang ke arah Chaeyoung yang dari tadi hanya menundukkan kepalanya sahaja. Apa yang budak tu buat dekat Chaeyoung? Ini membuatkan Jaemin tertanya-tanya.

Misoo memandang tajam ke arah Chaeyoung. Rasa marah pada gadis itu membuak-buak. Disebabkan perangainya yang asyik takut apabila di marah. Tak pasal-pasal semua rakannya di perli teruk oleh pelajar tadi.

"Kau ni kan Chaeyoung! Asal kau ni penakut sangat! Ha?! Apa hal kau tak lawan balik budak tu!? Kau memang suka orang pijak kepala kau ke!?" Marah Misoo yang mahu menyerang Chaeyoung pula. Tapi sempat Sunhye dan Aera menghalangnya.

"Apa kau ni Misoo? Jangan la cakap Chaeyoung macam tu." Hayoung terus mendapatkan Chaeyoung dan cuba menenangkan hati gadis itu.

"Betul apa aku cakap! Hey! Dia tu junior kau! Takkan junior pun kau takut nak lawan balik! Apa bodoh pun orang!" Hilang terus kesabaran Misoo.

"MISOO! APA YANG AWAK CAKAP NI!" terkejut rakannya apabila Misoo berkata begitu pada Chaeyoung.

Tajam mata Misoo memandang ke arah Chaeyoung. Marah benar dia pada gadis itu. Dia terus masuk ke kelas. Lagi lama dia di situ, lagi sakit hati yang datang. Hayoung yang perasan riak wajah Chaeyoung yang sudah berubah.

"Chaeyoung~ Awak~ Awak jangan ambil hati sangat apa yang Misoo cakap tadi. Awak tahukan dia macam mana." Hayoung cuba menenangkan hati rakannya itu.

Chaeyoung tersenyum kelat.

"Nae." Dia cuba untuk senyum semula untuk menutup semua rasa kesedihannya.

Dia melihat sekelilingnya yang masih lagi di penuhi dengan pelajar kelasnya dan kelas sebelah. Nampaknya mereka membuka cerita mengenai dirinya. Apabila dia ternampak kelibat Jaemin. Dia mahu menangis saat itu.

Jaemin-a~

Jaemin hanya memandangnya dengan wajah tenang. Dia tahu Chaeyoung bersedih dan terasa hati dengan kata rakannnya itu. Senyuman di bibir Jaemin tidak kelihatan langsung. Chaeyoung mengerti apa yang Jaemin cuba sampai.

Tak mengapa~ Awak seorang gadis yang kuat.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now